Kak ana rasa pada pengunjung setia blog kak ana ni pasti pernah terbaca beberapa entri kak ana ada bercerita tentang gastrik yang sering kak ana hadapi. Kalau nak kata mula kena gastrik ni dari zaman remaja lagi, cuma tak lah serius dan mengganggu kehidupan harian kak ana selama ni.
Paling teruk pun kena waktu mengandung puluhan tahun yang lalu memang terasa teruk sangat pedih ulu hati yang kak ana alami waktu tu, namun bertahan lah dengan makan ubat-ubat klinik. Tapi kali ni memang kerap dan sangat mengganggu rutin harian bila ia terasa berdebar-debar setiap kali kena gastrik.

Sampaikan kak ana dah tak boleh nak telan makanan, semua rasa pedih hati dan loya hingga muntah kuning setiap pagi. Dah tak tahan sangat pagi tu kak ana ke Klinik Panel Dr Muiz dahulu jumpa dengan Dr Nurul. Dr Nurul sebelum ni pun dah cadangkan pada kak ana untuk refer ke hospital tapi kak ana yang bertangguh.
Tapi di sebabkan kali ni dah tak boleh tahan sangat, kak ana ke Klinik Dr Muiz jumpa Dr Nurul dan dapatan refer letter untuk ke Hospital Pakar Selgate . Kak ana pilih ke hospital ni kerana ia baru sahaja beroperasi dan rasanya tak lah lama sangat menunggu untuk mendapatkan rawatan , kan.

Prosedur rawatan endoskopi di SELGATE Specialist Hospital
Dr Nurul berikan refer letter ni untuk rujukan ke Emergency Department ( ED ) . Kak ana balik rumah dan ajak Adik Ika temankan kerana dia kebetulan ada di rumah waktu ni kerana WFH. Sampai di ED , kami register dan tunggu GL approval terlebih dahulu kerana kak ana menggunakan panel insurans suami.
Dalam sejam lebih kurang selepas approved GL kak ana di bawa masuk ke unit ED dan di lakukan pemeriksaan seperti ECG, X-ray, sample darah dan pemeriksaan di bahagian perut. Selesai semua prosedur di ED, kak ana di tolak naik terus ke wad medical bersama Adik Ika menemani sepanjang prosedur di ED.

Kak ana di tempatkan di wad medikal aras 5. Rezeki dapat bilik single senang nak jaga aurat kita di dalam wad kan, Alhamdulillah. Waktu ni suami masih bekerja dan Adik Ika lah menemani kak ana sambil di buat kerjanya di laptop dari ED sampai lah ke wad. Dapat masuk bilik sekitar jam 4.30 petang baru Adik habis kerjanya.

Kak ana review sikit bilik single ni agak luas dan ada private washroom. Pemandangan di luar mengadap Aeon Mall Anggun . Diberikan toiletries , pakaian wad dan tuala . Sama sahaja lah seperti hospital swasta yang lain kan. Cuma ia adalah hospital yang baru beroperasi dan tak ramai patients lagi. Kita boleh dapatkan rawatan dan servis yang cepat, Alhamdulillah..

Adik Ika order Panda untuk makan malam nya dari Aeon Mall sebelah sahaja dan dia ambil makanan di bawah. Kasihan dia dan kak ana pun agak kelaparan kerana kami sampai tadi hanya sempat sarapan pagi dan tidak makan tengahari lagi. Sekitar jam 5 baru dapat menjamah makanan.

Ini adalah menu hidangan makan malam kak ana dari Selgate Specialist Hospital, nasi ayam dan ayam masak merah kalau tak silap. Jadilah makan untuk kenyang kan perut sebelum malam ini, kak ana di kehendaki berpuasa mulai jam 10 malam untuk menjalani prosedur pemeriksaan dan rawatan endoskopi pada esok pagi.
Sewaktu di ED, doktor pakar bedah Dr Shahril telah pun memeriksa dan menerangkan kepada kak ana dan Adik Ika prosedur pemeriksaan endoskopi yang bakal kak ana jalani. Jadi kak ana dah faham serba sedikit dan membuat persiapan awal.

Dalam pukul 9 malam barulah suami kak ana sampai dari tempat kerja dan kak ana minta Adik Ika dan suami bawakan beberapa barang keperluan seperti pakaian, telekung, sejadah , Al Quran kecil dan tasbih , selipar dan sebagainya.
Mereka balik dan datang semula untuk menghantar pakaian dan malam tu kak ana suruh Adik Ika bawa kereta dan balik ke rumah dengan ayahnya. Tak sampai hati nak suruh dia temankan kerana tak selesa nanti tidur di atas sofa kecil sahaja.
Lagipun kak ana okay dan mampu bangun untuk urus diri. Pukul 10 lebih kak ana mula di masukkan dripped selepas kak ana selesai solat Isyak. Sambil tu bacalah Quran dan zikir buat peneman.
Malam tu tak berapa lena tidur juga, ada rasa takut untuk menjalani prosedur walaupun doktor dah bagitau prosedur ni tak makan masa lama sekitar 30 minit sahaja dan kak ana akan di tidurkan sepanjang prosedur di lakukan.
Tapi mestilah ada pelbagai rasa cuak juga kan. Tambah kak ana ni cepat overthinking dan anxiety pula, adoi.. tapi lama-lama lelap juga rasanya. Cuma tersedar bila jururawat masuk buat pemeriksaan BP dan dripped.
Jam 5 pagi kak ana dah tersedar dan siap-siap nak mandi untuk solat Subuh. Jururawat masuk dan sediakan pakaian surgical untuk di pakai kerana dalam jam 9 pagi kak ana akan di tolak ke bilik surgical dan endoskopi.
Dalam jam 8 pagi suami dan Adik Ika sampai untuk menemani kak ana. Sekitar 8.30 pagi Dr Shahril masuk ke wad beri serba sedikit penerangan pada suami dan kami semua, buat pemeriksaan sedikit dan kemudian kak ana di tolak ke Surgical Department untuk menjalani prosedur.
Sewaktu sampai ke unit endoskopi, kak ana di terangkan sekali lagi oleh pegawai yang bertugas, tak pasti apa jawatan nya tapi seorang wanita yang baik sangat. Selepas tu kak ana di baringkan mengiring dan di suntik sejenis ubat melalui branula. Masa ni sangat sakit rasanya apabila cecair ini memasuki urat-urat dalam badan.
Dalam masa yang sama mulut kak ana di masukkan sejenis tiub yang membuatkan mulut kita ternganga dan air liur terus meleleh di sisi di mana telah di letakkan kain lap kalau tak silap lah. Dalam beberapa saat kak ana dah tak sedar apa-apa dah.
Sedar-sedar jururawat tepuk-tepuk manja bagitau prosedur dah selesai dan kak ana di tolak semula ke wad dalam keadaan mamai . Memang masih mengantuk sangat, lalu kak ana sambung tidur di dalam wad di temani Adik Ika dan ayahnya.
Dalam tengahari macam tu baru kak ana sedar dan terasa lapar nak makan. Menu makan tengahri pun dah sampai kak ana makan lah sedikit dan selebihnya suami dan anak yang makan. Cuma haus sangat dan kak ana banyak minum air kosong dan makan buah.
Lontong ni menu untuk sarapan pagi yang kak ana tak sempat nak ambil tadi. Selepas prosedur endoskopi baru kak ana jamah sedikit kerana malam tu kan berpuasa jadi memang agak lapar.
Ini pula menu makan tengahari yang kak ana pilih semalam. Hat ni tak berapa selera nak makan sebab dah makan lontong tu baru sat kan. Suami yang habiskan kerana Adik Ika keluar makan dengan Luq. Selesai makan tu Dr Shahril masuk dan terangkan keputusan pemeriksaan endoskopi yang kak ana jalani pagi tadi.
Banyaklah penerangan mengenai usus kak ana serba sedikit dan rawatan yang telah di berikan melalui prosedur endoskopi tersebut. Di jelaskan juga mengenai Gerd dan Asid Reflux yang kak ana hadapi dan cara mengatasinya lebih kepada penjagaan diet dan gaya hidup.
Dr beri pilihan untuk kak ana rehat semalam lagi di wad atau kalau nak discaj petang ni pun boleh. Kak ana pilih untuk discaj kerana memang nak tidur lena di bilik sendiri kan. Walaupun dalam wad yang selesa tak sama dengan tidur di rumah sendiri.
Petang tu sempat lagi makan menu petang samosa. Jangan marah kalau kak ana duk cerita pasal menu kerana kak ana kan food blogger hehe :) Dalam pukul 5 macam tu, unit akaun datang ke bilik menyerahkan bil.
Alhamdulillah tiada bayara tambahan yang perlu di bayar kerana fully covered by insurans panel. Total kos untuk rawatan dan prosedur endoskopi termasuk dua hari warded sekiatar RM6k lebih kurang. Ia bergantung pada situasi dan rawatan masing-masing , naa. Tak sama untuk setiap pesakit.
Kemudian unit farmasi pula masuk menghantar bekalan ubat untuk kak ana ambil sehingga next appoitment lagi sebulan dengan Dr Shahril di klinik surgeri . Selesai semua urusan medikal kami pun balik ke rumah.
Alhamdulillah semuanya di permudahkan Allah swt dan terima kasih buat semua staff dan doktor Shahril khasnya sepanjang pengalaman kak ana dua hari satu malam di Selgate Specialist Hospital, Rawang.
Kak ana perlu merubah diet dan gaya hidup dan pelan-pelan kurangkan kebergantungan dengan ubat. Hanya ambil jika betul-betul perlu sahaja ubat gastric , gerd dan asid refluxs ni. Sehingga entri ini di terbitkan telah hampir 3 bulan berlalu dan tetap ada sekali sekala ia attacked cuma tidaklah sekerap sebelum ini kerana penyakit ini tidak boleh hilang kerana tiada rawatan yang khusus untuknya.
Teruslah jalani ujian-ujian di akhir usia ni sambil mendekatkan diri dengan Allah swt berdoa untuk segala kebaikan dunya dan akhirat, aamiin... Jaga kesihatan naa ampa.. !!
0 Comments