sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Jumaat, 1 Jun 2012

Kek Coklat Lembab

Kek ini ana dapat resepi dari kitab lama rujukan buku resepi , sebelum nak balik kampung minggu ini teringat nak buatkan kek ini untuk adik yang akan balik jugak dari Penang.Dia memang suka kek coklat ni.Jadi mari kita kongsi resepi ni bersama-sama.


Bahan-A
 1 cawan air masak          1 cawan serbuk koko           1/2 cawan gula kastor

- kesemua bahan-bahan ini dimasukkan dlm periuk kecik dan didihkan dengan api sederhana,kacau selalu hingga pekat.


Bahan B


250 gm mentega                                  2 cawan gula kastor
2 cawan tepung kek                             6 biji telur
1 st esen vanilla


-pukul gula dengan mentega hingga kembang.
-masukkan telur satu persatu.
-masukkan esen vanila.
-masukkan tepung kek berselang seli dengan Bahan A.
-bakar dalam oven selama 1 jam.


Bahan C(Topping)
 1/2 bar coklat masakan                      2 sudu besar susu cair               sedikit mentega

- larutkan semua bahan ke dalam mangkuk dengan teknik "double boiling".Sejukkan.

Jadi inilah hasilnya dengan kreativiti hiasan oleh anak bongsu ana yang memang minat memasak ni.....
kek coklat sebelum di hias
selepas di solek oleh anak bongsu ana.....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan