Pelbagai Menu Potluck Majlis Hari Raya
Tahun ini merupakan tahun kedua kami penghuni DM 3/1, mengadakan majlis Hari Raya di kawasan kejiranan. Seperti tahun lepas, majlis kali ini juga AJK penduduk membuat kutipan sebanyak RM50 sebuah rumah dan kami kaum ibu pula bersetuju untuk menambah menu secara potluck. Macam selalu bila adanya potlluck, Alhamdulillah melimpah ruah rezeki yang pelbagai dengan beraneka menu.
Pelbagai Menu Majlis Potluck
Untuk memudahkan kami membuat pilihan menu sebagai juadah potluck, Kak Niza meminta kami dalam group ibu-ibu ni menghantar senarai menu yang akan di bawa kelak. Mudah dengan cara ini tidaklah berlaku pertindahan atau menu yang sama. Oleh kerana kesihatan ana belum begitu kuat untuk masak memasak, ana bercadang untuk membawa agar-agar santan sahaja sebagai sumbangan menu potluck malam tu. Dan mari ana kongsikan beberapa menu utama serta menu potluck yang kami nikmati ketika berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Raya pada malam Jumaat lepas 22hb Julai 2016.
Haa tuu laa dia agar-agar santan ana yang kaler pink tu :) Tak berapa cantik berkepala sebab ana gunakan santan kotak, kalau santan asli pasti lebih menarik kan.Macam-macam menu pencuci mulut yang ada tersedia untuk kami semua.Agar-agar pun macam-macam perisa.
Ini pula rendang Melaka kata jiran ana , Zura. Zura ni orang Negeri Sembilan, rendangnya memang kaw-kaw pedas tapi sedap sangat.Tambah lagi Zura menggunakan ayam pencen untuk memasak rendang Melaka ni. Lain rasanya.
Selain dari rendang Melaka yang Zura bawa tu, ada satu lagi juadah rendang ayam. Memang sesuai kerana antara menu utama kami malam tu terdapat juga lemang. Dah ada lemang mujur juga ada dua jenis rendang ini. Baru lah ngam makan lemang bersama rendang.
Yang comel lote' gebu geban ni apam dot-dot, sedap kan sesekali makan sebagai pencuci mulut.Kenyang juga tau bila makan lebih dari satu :)
Dalam banyak-banyak menu malam tu, agar-agar bunga ros ini yang paling rare. Bukan sebab rasa tetapi rupa parasnya yang cantik menawan tu. Agar-agar ni ada rasa susu sikit, sedap dan cantik. Jom kita tengok lagi lain-lain menu yang ada.
Roti Jala dan kuah kari,lemang dan makaroni cheese |
Rojak Buah |
Salah satu menu utama juga satay ayam dan daging |
Laksa Utara dan Nasi Lemak |
Paling awal habis pastinya kambing bakar |
Kambing bakar bersama salad dan sos black pepper |
Seperti tahun lepas juga, malam itu ada acara bunga api yang menerangi kejiranan kami. Kemudian letupan mercun juga memeriahkan suasan sambutan.
Ana kongsikan juga wajah-wajah jiran-jiran yang turut hadir menjalin ukhwah sesama kami. Cuma gambar reramai kaum bapa tak ada pula dalam simpanan ana untuk di upload disini :)
Cun-cun kan jiran tetangga ana, ana je tak ada dalam gambar |
Ini pula group kaum ibu |
Inilah kisah kami merayakan Aidil Fitri di malam Syawal 1437H kali ini.Kisah tahun lepas telah ana terbitkan di SINI .Jiran adalah saudara yang paling hampir dengan kita ketika suka dan duka.Semoga jalinan ukhwah antara kami sentiasa mendapat keberkatanNya dan kekal mewangi hingga selamanya. Salam Aidil Fitri, maaf zahir dan batin dari www.anajingga.com.
12 Comments
selamat pagi kak ana..sedapnye hidangan..lapoo pulak..hehe
ReplyDeletepepagi singgah dah nampak makanan ye zatie,sabar je la kan :)
Deletemeriahnyaaaa Kak Ana.. yang bunga ros tu rarenya.. rajin sungguh buat hehehe..
ReplyDeletekan CT menggoda jiwa raga agar-agar tu hihi :)
Deleteuwaaa sedapnya...terus perut berbunyi
ReplyDeleteSuki dan makanan berpisah tiada hihi :)
Deletewow terbaik.
ReplyDeletethn ni kejiranan aida agak suram la, ana.
sedih :)
da hampir 10 thn dok sama. lately mcm ada ketidakfahaman berlaku.
ntah nape :(
alahai aida, apapun semoga semuanya kembali menjalin ukhwah hendaknya..aamiin .
Deleteaduhhhhh....nangis la camni...buka blog sume taruk gambo makanan je...sedap2 pulak tu...ok la bye....hahahaha
ReplyDeleteHuwaaa :( habis bulan Syawal ni habis laa entri makan-makan Malinda hihi :)
DeleteSeronok kak zai tengok kejiranan ditempat ana. Masing2 ambik peranan bawa potluck. Meriah sungguh ada bunga api lagi.
ReplyDeletep/s: ana buka mamasya.r itulah insta kak Zai.
Alhamdulillah kak zai, sehingga hari ni semuanya okay lagi, mudah-mudahan berkekalan hendaknya
Delete