Ana bukanlah pakar dalam bidang masak memasak ni, masak pun ikut mood sahaja sejak usia kian senja ni. Tapi itu lah dia sebagai isteri dan ibu, macam mana sekali pun kita kena sediakan makanan dan minuman untuk ahli keluarga tersayang kan. Nak nak lagi bila anak-anak sedang menuntut ni, tiap kali balik pasti ada sahaja permintaan nak makan itu dan ini. Bukan apa, kata depa kalau di kampus tu semua menu ayam hari-hari, menu yang hampir sama. Kadang-kadang tak kena dengan selera anak-anak ni, bila balik bercutilah nak makan airtangan ibunda kan. 




Sekadar masakan suri rumah biasa sahaja yang selalu ana kongsi kan di coretan blog picisan ini. Menu yang biasa-biasa sahaja namun Alhamdulillah semoga apa yang ana kongsikan ada manfaatnya buat insan lain. Setiap menu atau resepi yang ana terbitkan disini adalah yang ana sendiri pernah masak dan menjadi serta sedaplah pada selera kami sekeluarga. Kalau hat tak berapa nak menjadi tu memang tak akan ana kongsikan hehe :) 

Dan hari ini, ana nak kongsikan pula satu tips untuk rujukan ana sendiri juga sebenarnya. Baru-baru ni ketibaan Syawal, ana sempat membuat 4 biji kek mentega dan juga kek coklat lembab. Kesemuanya adalah dari resepi arwah ibu saudara ana we Tijah. Sukatan pun guna cawan, resepinya ada ana kongsikan di SINI . Agak menarik kesemua kek yang dibuat kali ini menjadi dan naik gebu serta lembab ataupun tidak kering. 




Jika sebelum ini, ana menggunakan adunan yang sama tetapi kek jadi agak kering dan garing. Tapi kali ini Alhamdulillah hasil perkongsian tips dari sahabat blogger ana sendiri siapa tak kenal kan blogger masakan Eny Abdullah tu, tentang tips tetapan suhu oven untuk kek di Facebook beliau. Ana aplikasi kan dan sungguh cantik hasil kek nya. Terima kasih Eny. 

Ana terbitkan semula disini sebagai panduan kita bersama, In Shaa Allah dan sebagai rujukan ana sendiri di masa akan datang. Maklumlah buat kek ni bukan hari-hari ye tak :) Dan tips membakar kek ini juga sesuai untuk di guna pakai untuk butter cake atau pun kek asas sahaja. Mungkin untuk kek sponge atau biskut lain pula panduan nya , Waallahu a'lam.


Berapa suhu oven untuk membakar kek ? 


Menurut Eny, sama seperti ana juga kami menggunakan oven jenama Khind. Panaskan oven terlebih dahulu sebelum memasukkan adunan kek. Tetapkan suhu oven pada 175 ' C . Gunakan api atas dan bawah berserta kipas. Ini ada pada button oven kebanyakkannya. Dan satu lagi tips beliau yang ana gunakan ialah letakkan tray atau loyang pembakar pada tempat yang paling bawah. Dan check kek sama ada masak atau tidak selepas 40 minit dengan menggunakan teknik cucuk pada bahagian tengah kek dengan lidi. Jika telah kering bila di tarik keluar bermakna kek telah masak sempurna. Bakar dalam masa 40 minit atau tambah lah masa sekiranya kek masih belum masak sempurna, paling lama pun 60 minit sahaja biasanya. 




Tips untuk kek tidak melekat pada loyang bila di terbalikkan 


Dan satu lagi tips dari ana untuk mempastikan kek tidak melekat pada loyang, khasnya yang tidak menggunakan non-stick tray atau pun tidak mengalas loyang dengan baking paper. Korang boleh griskan loyang pembakar dengan mentega dan renjiskan sedikit tepung kek. Dan penting sangat supaya tidak terus menterbalikkan kek ketika masih panas. Biarkan kek sejuk pada suhu bilik baharulah di terbalikkan. In Shaa Allah kek korang akan nampak lebih sempurna kejadiannya. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat. Ini adalah tips dari amatur sahaja. 

4 Comments

  1. Terima kasih kak perkongsian..lama sangat tak buat kek sejak oven rosak..oven turun temurun mama guna sejak PC kecik lagi..sempat PC guna sekejap..kemudian rosak.Tips ni sangat berguna..betul la kak..benda yang tak selalu buat ni kena sentiasa rujuk kan..kekok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana dah try sendiri dan Alhamdulillah menjadi PC, kita kongsikan semula dan sebagai rujukan sendiri juga nanti kan :)

      Delete
  2. Senang tengok akak buat kek.. terima kasih atas tips yg sangat berguna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau mood rajin tu datang, in shaa allah jadi Fiza hehe :)

      Delete