Kenali nama dan jenis buah mangga
Beberapa hari lepas, jiran kami ada menghantar beberapa biji buah mangga epal yang di petik dari laman rumahnya. Alhamdulillah dan terima kasih Ida, berkongsi rezeki dengan kami. Semoga buah mangga di laman Ida makin banyak berbuah di masa-masa hadapan hendakNya.. Aamiin. Bila kami buka plastik, rupanya ada terselit juga tiga biji mangga telur atau kalau di kampung ana, Teluk Intan, kami panggil pelam padi. Kak long yang kebetulan ada di sisi ana bertanya lah pada ibunya ni, " Kak long tak tahu lah, ibu apa beza nama buah-buah pelam atau mangga ni, yang Kak Long tahu semua pun buah mangga je.. ? " Haa.. tu la.. , buah mangga atau pelam ni ada beberapa jenis yang ana ketahui dari coretan perjalanan hidup yang di pinjamkan Nya selama lebih 40 tahun ni. Dan dari pengalaman ini lah.. ana cerita kan pada anak-anak dan pembaca yang singgah.
Coretan ana di sini bukan lah dalam bentuk ilmiah dalam ilmu pertanian ya, cuma coretan dari pengalaman perjalanan hidup anak kampung sahaja yang kenal pun dari salur galur apa yang kami lalui dan tahu dari mak dan saudara mara terdekat. Jom kita tengok sama atau tidak gelaran atau nama buah pelam atau mangga yang ana coretkan disini dari pengalaman hidup kalian pula ? Ini kerana lain daerah dan asal negeri lain nama atau gelarannya, bukan :) Kita berkongsi pengalaman okay :)
Nama-nama dan jenis buah mangga di Malaysia
Mangga harum manis
Inilah raja kepada buah mangga barangkali kan, kerana rasanya yang sedap, bau yang harum dan harganya di pasaran pun amatlah tinggi. Kalau nak membelinya kena betul-betul kenal akan haruman asli buah mangga harum manis ni yang amat terkenal dari negeri Perlis Indera Kayangan. Jangan sampai tertipu dengan penjual sudah ye. Ana pernah makan dan melihat sendiri buah mangga harum manis apabila di beri oleh jiran kami, Man dan Ida yang kisah nya ana kongsikan di sini. Buah mangga harum manis ni hanya di makan setelah masak ranum, tak boleh makan colek naa :)
Ya amatlah sedapnya buah mangga harum manis yang kami nikmati ni, Maha Suci Allah yang menciptakan setiap kejadian dengan amat sempurna untuk dinikmati oleh hamba-hambaNya dengan penuh kesyukuran.
Mangga Chokanan
kredit foto : tokopedia |
Setahu ana lah kan, buah mangga chokanan ni yang banyak di jual di pasar-pasar atau pasarmalam di sekitar tanahair kita ni. Buah ni kalau sekali pandang sama je macam harum manis tapi ia tidak berbau sama seperti harum manis. Harganya pun jauh lebih murah lah dari harum manis. Buahnya pun jenis kurus dan panjang. Rasanya kadang-kadang ada juga yang masam , selalunya dari yang jenis yang di peram untuk masak tu. Kalau ia masak secara semulajadi ia selalunya manis, kan. Sedap di makan masak ranum dan ada juga yang di makan ketika muda. Korang rujuk lah blog info pertanian untuk mendapatkan maklumat yang lebih sahih dan ilmiah kay. Tapi ana suka makan buah mangga chokanan ni bila tiba musimnya.
Mangga epal
Mangga epal dalam gambar kat atas tu pemberian jiran kami juga, kak Gee. Alhamdulillah.. ana di kelilingi insan-insan yang baik dan saling berkongsi rezeki untuk di nikmati. Mangga epal ni pada ana juga salah satu spesis buah mangga yang sedap ya amat. Kalau muda ia tak terlalu masam, rasanya macam makan buah jambu je kan. Kalau yang masak ranum pun sedap lemak manis rasanya. Ana suka juga buah mangga epal ni.. Masyaa Allah .. sedap ya amat.
Mangga telur atau pelam padi
Haa.. yang sebelah buah jambu merah tu , ana panggil mangga telur atau pelam padi kat kampung. Mangga telur ni saiznya kecil-kecil dan bujur macam telur lah kan hehe :) Rasanya manis kalau masak dan masa muda agak masam puing juga lah. Kalau muda, selalunya kami cicah dengan gula dan kicap atau pun mak ana suka buat jeruk pelam. Kalau masak, basuh bersih-bersih ngap terus dengan kulit-kulitnya.. baru lah anak kampung namanya.. jangan tercekik biji sudah ye.. Aip!! Jangan tiru aksi ni kalau tak biasa buat, bahaya tau.. hehe :)
Kami juga panggil pelam padi kerana biasanya pokok pelam telur ni banyak di tanam di sawah-sawah padi di kawasan bendang Sungai Manik, Teluk Intan tu. Rumah sepupu ana Yong dan Yan banyak buahnya bila tiba musim dan kami selalu juga dapat kiriman dari mereka jika kebetulan ada di kampung masa tu. Sedap sangat buah pelam padi atau mangga telur ni. Alhamdulillah.
Buah bachang
Haa ni ana tak tahu lah kalau ia memang juga salah satu spesis buah mangga ke tidak. Tapi bagi ana , rupa paras mereka ni tak jauh beza pun kan, jadi ana kategorikannya sebagai salah satu jenis buah mangga juga lah.. Korang jangan percaya tau ! Pi cari dari sumber blog pertanian yang tepat dalam penyampaian fakta nya.. Ini sekadar kisah pengalaman sahaja.
Lama dah gambar tu, dari zaman blogspot.com lagi pernah ana kongsikan sebuah artikel kisah perbezaan buah bachang dan kuinin dari kaca mata ana di SINi . Buah bachang ni bau dia lain sikit dari buah kuinin. Macam mana nak cerita pun ana tak tahu sebab kena bau sendiri. Tapi dari kulit nya dah boleh kenal buah bachang ni ia macam ada tompok-tompok hitam tu.
Buah Kuinin
Dan ini pula buah kuinin. Ana suka sangat makan buah kuinin ni dan baunya lebih lembut dari buah bachang. Tapi kan... kalau korang bawa dalam kereta salah satu buah ni, comfirm bau dia semerbak berhari nak menghilangkannya. Hehe... adik beradik bau durian juga lah. Kedua-dua buah bachang dan kuinin ni sedap di makan begitu atau pun di jadikan serawa. Dan tak kurang sedapnya juga kalau di jadikan sambal belacan.. perghhh!! Meletopsss selera makan... Sesuai lah selera orang kampung macam kami ni :)
Setakad ini sahaja lah yang terlintas di fikiran ana untuk ana kongsikan jenis-jenis buah pelam atau mangga yang ana kenali secara ringkasnya. Dari coretan perjalanan kehidupan yang indah-indah ana kongsikan di sini dan mungkin ada manfaatnya buat insan lain. Fakta pertanian bukan kepakaran ana, jadi korang rujuk lah blog-blog yang lebih tepat sebagai rujukan. Sekadar coretan kisah ana terbitkan disini sebagai sebuah perkongsian pengalaman kan... Waallahu a'lam ..
2 Comments
makan buah2 ni semua memang xingat la hahaha... lama mengidma pauh epal tu aduhaiiiii
ReplyDeletebuah pauh ni kesukaan ramai kan ekin :)
Delete