sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Khamis, 12 Julai 2012

Kellie Castle- Batu Gajah,Perak


Kali ini ana nak berkongsi info tentang satu lagi tempat menarik untuk di lawati di negeri Perak,negeri kelahiran ana.Istana Kellie atau lebih di kenali sebagai Kellie Castle.


Ia mula di bina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah British bernama William Kellie Smith.Bangunan ini memiliki 3 tingkat dengan rekebentuk istana Moghul dari Agra, India.Kebanyakan buruh binaannya di datangkan dari Madras,India.


Hasil perkahwinan William Smith dengan Agnes mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Halen dan seorang anak lelaki bernama Anthony.William bercadang untuk mendirikan sebuah rumah agam seperti istana di Malaysia untuk familinya.Rumah ini dikenali dengan nama Rumah Kellas atau Kellas' House sempena rumahnya di Scotland.


Bangunan 3 tingkat ini memiliki 14 bilik,sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia yang dilengkapi dengan lif yang merupakan struktur lif pertama yang dibina di Tanah Melayu.

pokok ini terdapat di kawasan Kellie Castle yang menyerupai Imej seekor beruang.

Walaubagaimanapun rumah ini tidak dapat disempurnakan sepenuhnya kerana pada 11hb Disember 1926, William Kellie Smith meninggal dunia di Lisbon,Portugal.

Kini bangunan istana ini merupakan salah satu tarikan pelancong dari dalam dan luar negara ke daerah Batu Gajah.Keunikan senibina dan pelbagai kisah-kisah misteri menjadikan ia tempat yang sering dilawati.



Untuk datang ke sini dari Kuala Lumpur boleh menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan dan keluar di exit Simpang Pulai dan menuju ke arah Batu Gajah atau Universiti Teknologi Petronas di Tronoh.

Bayaran masuk yang dikenakan ialah Rm4 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak 6 tahun ke atas.

Sumber rujukan : Wikipedia
keterangan lanjut dan foto dari  :Kellie's Castle (Bahasa Malaysia and English Subtitle)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan