Sebuah telenovela dari Filipina yang diterbitkan semula, diadaptasi dari sebuah novel nukilan Emil Cruz Jr. Telenovela ini pernah di terbitkan di Filipina pada tahun 1992 dan kini dilakunkan semula oleh pelakon-pelakon remaja popular di sana.Telemovie 158 episode ini pada masa entri ini ditulis masih ditayangkan di slot Telenovela TV3 pada Isnin hingga Khamis jam 3 petang.Memang time ana punya slotlah ni...


poster Telenovela Mara Clara di Filipina pada tahun 2011

Sinopsis drama Mara Clara:

Kisah mengenai dua orang bayi perempuan yang sengaja ditukar tempat oleh seorang ayah iaitu Gary David dan pakciknya Karlo David yang berdendam kerana cinta yang tidak dibalas oleh keluarga del Valle.

Seorang gadis remaja bernama Mara David terpaksa hidup dalam kesusahan dan kemiskinan dan tidak mengetahui identitinya yang sebenar yang sepatutnya anak seorang yang kaya. Walaubagaimanapun Mara David seorang remaja yang cantik, lemah lembut, baik hati dan rajin berusaha.Hidupnya sentiasa dibenci oleh ayahnya dan terpaksa mengharungi pelbagai kesedihan dan penghinaan.


Seorang lagi watak Clara del Valle merupakan remaja perempuan yang cantik dan hidup dalam seribu kemewahan yang sepatutnya bukan miliknya.Dia menjadi seorang remaja yang sombong, tidak boleh menerima kekalahan dan sering menganiaya Mara.Walaubagaimanapun pada suatu ketika mereka pernah menjadi kawan baik tetapi hasutan dan iri hati telah membuatkan mereka sering bermusuhan.


Walaupun ana sudah menonton episode akhir telenovela ini di Youtube tetapi tak bestlah nak kongsi kat sini....jadi kita tunggulah apakah kesudahan drama ini hingga ke penghujungnya..........

slot Mara Clara di TV3


 Pelakon-pelakon utama Mara Clara:



Kathryn Bernardo  
Kathryn Bernardo sebagai Mara David / Clara del Valle



~melakonkan watak Mara David/Clara del Valle.
~nama sebenarnya Kathryn Chandria Manuel Bernardo.
~tarikh lahir pada 26 Mac 1996.
~tempat lahir di Cabanatuan City,Nueva Ecija,Filipina.


Julia Montes

Julia Montes sebagai Clara del Valle / Mara David
~melakonkan watak Clara del Valle/Mara David
~nama sebenarnya Mara Hautea Schnittka atau Julia Montes
~tarikh lahirnya pada 19 Mac 1995
~dilahirkan di Quezon City,Filipina

Albie Casino 

Albie Casino sebagai Cristian Torralba
~ sebagai watak pelajar lelaki di sekolah Mara dan Clara
~nama sebenarnya Alan Benedict Albie Lee Casino
~tarikh lahir pada 14 Mei 1993
~dilahirkan di Makati,Filipina


Mylene Dizon


Mylene Dizon sebagai Susan David


~ sebagai Susan David ibu kepada Mara/isteri Gary David, seorang ibu yang amat menyayangi anak perempuannya.
~seorang actres bernama Mylene Lilibeth Dizon
~dilahirkan pada 6 September 1976 di Manila ,Filipina


Jhong Hilario


Jhong Hilario sebagai Gary David

~ sebagai Gary David seorang bapa yang bengis dan sering melakukan keganasan kepada isteri dan anaknya kerana dendam.
~nama sebenar aktor ini ialah Virgillio Hilario Jr
~tarikh lahir pada 11 Ogos 1976
~dari Makati City,Filipina


Dimples Romana


Dimples Romana sebagai Alvira del Valle


~memainkan watak Alvira del Valle seorang ibu kepada Clara del Valle
~seorang aktress dan model di lahirkan pada 11 November 1984
~nama sebenarnya Diaane Marie Romana
~lahir di Paranaque,Filipina


Bobby Andrews


Bobby Andrews sebagai Amante del Valle
~wataknya sebagai lelaki kaya bapa kepada Clara yang terlalu sibuk dengan urusan perniagaannya.
~nama sebenarnya Robert Riu Andrews
~dilahirkan pada 30 November 1976 di Manila,Filipina.


Lain-lain foto dari Mara Clara telenovela:


 sumber rujukan : wikipedia & foto dari Google Image

0 Comments