sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Khamis, 8 November 2012

Aroma dalam masakan

Di Malaysia ni buminya amat subur dan menghijau dengan pelbagai tumbuh-tumbuhan, dan sentiasa ingat dihati bahawa sebagai seorang muslim kita wajib percaya bahawa tiada satu pun diatas mukabumi ini yang diciptaNya yang sia-sia... Bermacam jenis dedaun dengan pelbagai rupa dan saiz ada kegunaannya buat semua penghuni bumi Allah ini.Kali ini ana nak kongsi dengan kalian semua tentang dedaun yang memberi aroma dalam masakan kita khasnya orang Melayu... Apa yang ana kongsikan ni adalah berdasarkan pendapat peribadi ana sahaja dan jika ada yang salah dari segi fakta kerana kekurangan ilmu ana sendiri dan bolehlah rujuk kepada sumber-sumber yang sahih....

Bunga Kantan:(Phaecomeria Speciosa)
Dibelakang dapur ana ada pokok kantan ini hidup subur dan berbunga tanpa henti.. Pokoknya agak tinggi dengan daun yang licin dan berkilat,mengeluarkan kudup dan lama kelamaan berkembang menjadi sekuntum bunga yang mekar dan beraroma wangi.Seringkali dijadikan ulam untuk dimakan bersama nasi kerabu atau dimasukkan kedalam masakan supaya mendapat aroma dari kuntuman bunga kantan ini.. Ana sering memasukkannya dalam ramuan masakan asam pedas,kuah laksa dan dibuat ulam makan dengan sambal kering ikan bilis.

Daun Kari (Murraya Koenigii)
Rasanya semua kita kenal dengan daun kari dan pokok kari ini.Pokoknya renek dan ada yang boleh tinggi dan membesar jika tidak dipantau tumbesarannya.Berdaun kecil pada setiap ranting dan mengeluarkan aroma kari yang kuat walaupun rasanya agak pahit-pahit sedikit.Pokok kari ini mempunyai bunga berwarna putih dan berbuah kecil-kecil kemerahan bila masak ranum.Banyak digunakan dalam masakan kaum India khasnya seperti didalam kari,rasam,chutney malah didalam adunan-adunan kuih mereka seperti kuih muruku, masalode dan kuih siput.Pokok ini boleh di tanam melalui keratan batang ataupun anak pokok yang tumbuh diatas tanah.

Lengkuas (Alpinia Galanga)

Pokok lengkuas ni sama dengan pokok kantan dari segi rupa dan batangnya cuma ia lebih kecil dari segi saiznya..jika dahulu masa remaja memang susah nak bezakan antara lengkuas dan halia tapi kini semakin banyak coretan perjalanan hidup senang dah nak bezakan antara keduanya.Lengkuas berwarna lebih kemerahan dan baunya pun lain dari halia walaupun dari segi rasa akan-akan sama sahaja.Isi lengkuas lebih keras jika dibandingkan dengan halia.Seringkali digunakan didalam masakan asam tumis atau asam pedas,rendang dan singgang ikan.Ia memberikan kelainan dari segi rasa jika kita menambah lengkuas dalam masakan kita.

Daun Pandan (Pandanus Almaryllifolius)


Yang ni memang yang paling terkenallah di seluruh negara kita,daun pandan.Pokoknya senang ditanam dan merebak dengan biak jika sesuai tanah dan persekitarannya.Daun pandan sering kali digunakan didalam masakan orang Melayu untuk memberi aroma dan warna hijau khasnya semasa membuat adunan kuih muih tradisional.Contohnya untuk mewangikan inti kelapa buat kuih ketayap,kuin tepung bungkus atau inti untuk pulut inti.Selain daripada itu ia juga memberi warna hijau asli kepada adunan kuih buah melaka,kuih cara,kuih talam dan serimuka dan lain-lain lagi kuih tradisional Melayu.Ia juga menambah aroma dalam masakan nasi dan pulut dimana daun pandan diikat dan dimasukkan kedalam periuk atau kukusan.

Daun Limau Purut( Khaffir Lime Leaf)


Daun limau purut seringkali digunakan didalam masakan Melayu dan juga masakan Thai.Pokok limau purut berduri dan merimbun serta boleh ditanam melalui keratan batang atau kaedah tut.Daunnya seringkali ana gunakan didalam masakan asam tumis,asam pedas daging tetel,rendang dan tomyam.Lazimnya kita memasukkan daun limau purut ini diakhir masakan untuk mengekalkan harumannya.
Selain dari daunnya,buah limau purut juga seringkali digunakan untuk rawatan dan digunakan sebagai aroma didalam mandian.Bau lemonnya memang menyegarkan dan boleh membersihkan kotaran pada kulit cuma hati-hati jika terdapat luka pada kulit kerana kita akan berasa pedih jika terkenanya...

Serai (Lemongrass)


Jangan keliru antara pokok serai dan daun lalang khasnya untuk anak-anak yang baru nak belajar memasak.Serai merupakan satu lagi ramuan yang sering digunakan didalam masakan Melayu dan Thai.Biasanya serai hanya diketuk untuk mengeluarkan aromanya.Ada juga yang dimayang halus kemudian ditumbuk atau diblend seperti dalam masakan rendang,tomyam,masak lemak dan macam-macam lagi.Aroma serai memang sedap dan memberi kesan rasa yang berlainan didalam resepi masakan kita.Terdapat juga serai yang hanya digunakan untuk aroma terapi dan minyak urut iaitu serai wangi.Serai wangi ini tidak boleh dimakan tetapi hanya untuk mendapatkan baunya sahaja.

Daun Kunyit (Turmeric)


Seterusnya ana kongsikan disini tentang daun kunyit yang memang paling mahsyur kat seantero dunia.Daun kunyit paling kerap digunakan dalam masakan Melayu kita terutamanya dalam hidangan rendang,masak lemak cili api ,singgang dan pelbagai lagi.Aromanya memang amat menyelerakan dan sinonim dengan masakan orang kita.Selain daripada itu , isi kunyit hidup juga mempunyai kesedapan yang unik jika dibandingkan dengan serbuk kunyit.Pokok kunyit memang mudah ditanam hanya dengan menanam isi kunyit kita boleh memiliki pokok kunyit, cuma ia perlu dikawal airnya kerana lebihan air boleh menjadikan isi kunyit cepat mereput dan busuk.


Disini dahulu ana kongsikan beberapa info yang ana ketahui tentang aroma dari tumbuhan yang boleh menambahkan keenakan dan kelazatan dalam masakan orang-orang Melayu berdasarkan pengetahuan ana yang tidak seberapa ini...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan