sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Khamis, 7 November 2013

SayangYou - Semua House

Setiap kali ada anak buah atau adik-adik yang akan bertunang atau melangsungkan perkahwinan memang menjadi kewajiban ana ke kedai SayangYou di Semua House ,Jalan Masjid India ni...Bukan apa bila beli peralatan untuk membuat hantaran harga di sini memang jauh lebih murah kalau dibandingkan dengan kedai-kedai lain disekitar bandar...

Memang benar di Nilai Tiga tu pun murah-murah juga tapi bila digabungkan dengan kos minyak dan tol tak masuk lagi kos tersembunyi seperti makan , minum dan Terbeli benda-benda lain yang lari dari tajuk dah berganda-ganda budgetnya... Disini memang semua ada dibawah satu bumbung...

Untuk ke sini, selalunya ana menaiki LRT Putra dan turun di stesen Bandaraya kat SOGO tu... kemudian berjalan kakilah sikit sambil jamu-jamu mata tengok tudung-tudung kat sekitar Jalan TAR tu... Sampai Semua House ambil lif naik ke tingkat U5..memang tak de tangga ke sini selain menggunakan lif...

Sayang You Semua House
Disini boleh dikatakan lengkaplah untuk membeli barang-barang persiapan perkahwinan dan pertunangan dari bunga-bunga pahar,pahar,goddies,riben,bunga dan serba serbi ada...sediakan sahaja RMnya... Untuk keterangan lanjut dan contoh-contoh hantaran kat sini bolehlah ke Facebook mereka Sayang You Sdn Bhd... Disini tak dibenarkan mengambil gambar mungkin takut hasil gubahan mereka di tiru agaknya tapi boleh lihat di Facebook mereka...samalah kan..

Ana hanya sempat curi-curi rakam 2 keping foto sahaja disini setelah pastikan tiada staff mereka kat kawasan tu...Selain SayangYou di tingkat U5 ini ada satu lagi kedai kraftangan dan perkahwinan yang sama murahnya di aras bawah Basement 1 Semua House iaitu Sin Yin... agaknya pengurusan yang sama dengan Sayang You sebab harga dan namapun dekat-dekat sama sahaja..








Bagi bakal-bakal pengantin yang berhasrat nak membuat hantaran dan persiapan sendiri untuk majlis anda bolehlah ke sini kerana semua ada dibawah satu bumbung...

6 ulasan:

  1. dear ana.. hihi.. rindu entry.. dpt jugak baca ni.. lame tak bersiaran dear?.. nampk sis ana snap pict kt ribbon tu.. lilynn beli ribbon kat situ untuk bt sulam ribbon.. hihi.. :)

    BalasPadam
  2. tq Lilynn : kak ana memang agak sibuk kebelangan ni dgn urusan keluarga..Inshaa Allah ada idea nak diperkongsikan kak ana akan update...

    BalasPadam
  3. Salam kenal kak..sya snggh dan folo blog akk..arap kita boleh berkawan dan berkongsi2 cerita ya kak.. :D..

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam kenal kembali adrianna syaz: In Shaa Allah kita akan berkenalan lebih akrab dan semoga dapat memberi pelbagai perkongsian bermanfaat di alam cyber ini..

      Padam
  4. wahh boleh rambang mata tengok barang kat sini.. sis, sana ada jual lace x? hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. hye Ann Nurain...memang ada menjual lace disini dengan pelbagai corak menarik,jom pi shopping..

      Padam