sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Selasa, 17 Disember 2013

Once Upon A Time: Hobi Mengumpul Setem

Album setem

 

Ana ni memang gemar buat koleksi dari zaman persekolahan lagi macam-macam ana kumpul dari buku-buku cerita,novel,majalah,lirik-lirik lagu,gambar-gambar artis,penanda buku dan lain-lain..Salah satu koleksi silam yang masih ada hingga sekarang ialah empat buah album setem ..lama dah ana simpan album setem ni rasanya dari era 1990 lagi.....

Mula mengumpul setem semasa di sekolah menengah dimana arwah ibu saudara bekerja dengan majikan orang Inggeris, bila sahaja menerima surat-surat atau poskad dari luar negara arwah ibu saudara akan bagi setemnya untuk ana simpan...dari situlah mula berminat mengumpul setem ini...untuk menambah koleksi, ada yang ana beli dari kedai-kedai buku sekitar Teluk Intan...dari surat-surat saudara mara dan semasa ana bekerja dengan sebuah syarikat Engineering Consultant dimana kebanyakan juruteranya dari luar ana minta dari mereka setem-setem luar negara...

Namun kini memang sukar untuk mendapatkan lagi setem-setem terpakai sebegini kerana kurangnya atau memang tak ada lagi penghantaran warkah-warkah dari teman dan saudara mara...semakin hari semakin pupus era persuratan ini di gantikan dengan kemajuan teknologi yang lebih ringkas dan cepat...kalau adapun surat-surat rasmi sahaja..

Koleksi setem-setem ini ana simpan untuk tatapan anak-anak yang pada saat ini memang tak ada lagi hobi-hobi sebegini...kalau ada pengumpul setem pun adalah di kalangan mereka yang profesional di kenali sebagai Filateli (Philately) ...mereka ini mengumpul setem-setem keluaran khas dari Pos Malaysia serta sampul surat hari pertama...manakala koleksi setem-setem ana adalah yang telah terpakai sekadar hobi masa lapang sahaja..

Disini ana kongsikan sebahagian dari koleksi setem-setem terpakai yang masih ana miliki..ada yang tempatan dan ada juga dari luar negara...

Setem-setem Malaysia sekitar 1990an..
Setem-setem dari England (UK)
Setem-setem Malaysia bertema buah-buahan tempatan..
Setem-setem USA
Setem-setem Indonesia dan Brunei
Setem-setem Pakistan

Setem Lady Diana

Setem Iraq Saddam Hussain

Banyak lagi setem-setem yang terdapat dalam koleksi album setem ana ni..sekadar ini sahaja yang ana kongsikan dahulu..mungkin di lain entri ana akan updatekan lagi part 2 pula..In Syaa Allah...

~berkongsi kisah lama~

16 ulasan:

  1. nina dulu pun suka sgt kumpul setem. lepas masuk sekolah menengah, dah xtahu dah kat mana buku setem tu. hehee

    BalasPadam
  2. wahh banyaknya setem2..
    anne dulu2 je time sekolah rendah suka kumpul setem ni, lepas tu terbiar gitu je.. hihi

    BalasPadam
  3. waa samala dgn sy. sy pun suka sgt kumpul brg2 ni. kdg sampai pembalut coklat apa sgala di simpan hahaha...

    tp bestkan. lagi2 setem. unik sgt setem dlu2. bila tgok balik setem2 ni, rasa sedih pon ada . mcm lagi tenang dan baik zaman dulu2. wlupun pbanggunanya tak seberapa hehehe...

    BalasPadam
  4. Sya dulu pun suka kumpul setem akk..tp dah byk yg ilng.huhu..dulu siap surat2 jiran pnya setem pun sya amik..hehehe

    BalasPadam
  5. wah nampaknya ladies yang banyak hobi kumpul2 ni kan...tq my dear Nina Az,Anne Nurain,Liza dan adrianna syaz...mengimbas kenangan kita kan..

    BalasPadam
  6. hihi.. kak ana.. byk nyer setem.. mengenang kisah dolu dolu terase manis kan kak ana.. :) adik lilynn lelaki yang suke collect setem..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kisah lama ni dear...ada kalanya seronok gak kan flash back semula..

      Padam
  7. Hobi saya masa zaman kecik-kecik dulu. Pernah juga ada album setem. tapi entah mana perginya sekarang album tu.
    sekarang susah dah nak buat hobi macam ni.. orang zaman IT dah tak nak main balas2 surat. huhu.. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu Faarihin...dah tak jumpa dah setem era IT ni..tapi kuranglah sentimental valuenya kan..

      Padam
  8. Ini kalau jual kat EBAY ni....leh kaya ni.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak laku kut jeBateja: ni setem yang dah digunakan...

      Padam
  9. uish! seyes teringat zaman sekolah dulu,.. hihihi.. kerjanya mengumpul setem lah sangat.... tapi setem malaysia.. hihihi

    Boleh jenguk mama di sini.. Mommy As Blog

    BalasPadam
    Balasan
    1. hobi masa silam lah ye mama...always following yr update dear..

      Padam
  10. kak ana.. ingat lilynn jer dh lame tak update blog.. rupenyer kak ana pun same.. lucky IG make us close and keep in touch.. luv u kak ana :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. luv you too my darling Lilynn...keep in touch kay thru IG..

      Padam
  11. akak pun minat kumpul setem dulu...masih ada lagi simpanannya tapi tak lah sebanyak Ana punya hehee salam ukhuwah Ana....

    BalasPadam