Album setem

 

Ana ni memang gemar buat koleksi dari zaman persekolahan lagi macam-macam ana kumpul dari buku-buku cerita,novel,majalah,lirik-lirik lagu,gambar-gambar artis,penanda buku dan lain-lain..Salah satu koleksi silam yang masih ada hingga sekarang ialah empat buah album setem ..lama dah ana simpan album setem ni rasanya dari era 1990 lagi.....

Mula mengumpul setem semasa di sekolah menengah dimana arwah ibu saudara bekerja dengan majikan orang Inggeris, bila sahaja menerima surat-surat atau poskad dari luar negara arwah ibu saudara akan bagi setemnya untuk ana simpan...dari situlah mula berminat mengumpul setem ini...untuk menambah koleksi, ada yang ana beli dari kedai-kedai buku sekitar Teluk Intan...dari surat-surat saudara mara dan semasa ana bekerja dengan sebuah syarikat Engineering Consultant dimana kebanyakan juruteranya dari luar ana minta dari mereka setem-setem luar negara...

Namun kini memang sukar untuk mendapatkan lagi setem-setem terpakai sebegini kerana kurangnya atau memang tak ada lagi penghantaran warkah-warkah dari teman dan saudara mara...semakin hari semakin pupus era persuratan ini di gantikan dengan kemajuan teknologi yang lebih ringkas dan cepat...kalau adapun surat-surat rasmi sahaja..

Koleksi setem-setem ini ana simpan untuk tatapan anak-anak yang pada saat ini memang tak ada lagi hobi-hobi sebegini...kalau ada pengumpul setem pun adalah di kalangan mereka yang profesional di kenali sebagai Filateli (Philately) ...mereka ini mengumpul setem-setem keluaran khas dari Pos Malaysia serta sampul surat hari pertama...manakala koleksi setem-setem ana adalah yang telah terpakai sekadar hobi masa lapang sahaja..

Disini ana kongsikan sebahagian dari koleksi setem-setem terpakai yang masih ana miliki..ada yang tempatan dan ada juga dari luar negara...

Setem-setem Malaysia sekitar 1990an..
Setem-setem dari England (UK)
Setem-setem Malaysia bertema buah-buahan tempatan..
Setem-setem USA
Setem-setem Indonesia dan Brunei
Setem-setem Pakistan

Setem Lady Diana

Setem Iraq Saddam Hussain

Banyak lagi setem-setem yang terdapat dalam koleksi album setem ana ni..sekadar ini sahaja yang ana kongsikan dahulu..mungkin di lain entri ana akan updatekan lagi part 2 pula..In Syaa Allah...

~berkongsi kisah lama~