Sambung kisah percutian keluarga kak ana di Pulau Pangkor , kali ni nak share kami penginap di Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pangkor ( RPP Pulau Pangkor ) . RPP ni adalah khusus untuk kakitangan awam sahaja dan bukan lah untuk sewaan orang ramai. 

Adik kak ana, Lan.. salah seorang penjawat awam jadi dialah yang uruskan penginapan kami di sini. Itu pun selepas adik sepupu kak ana, Ija dan Syukri yang merupakan pesara TLDM yang dahulu berkhidmat di Lumut, singgah rumah kak ana dan depa lah yang cadangkan kami staycation di RPP Pangkor. 


Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pangkor


Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pangkor 


Selesai kami island tour dengan teksi van pink di seluruh pulau yang kisahnya kak ana telah terbitkan di SINI , teksi tersebut terus menghantar kami ke RPP . Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pangkor ni terletak lokasinya di hadapan Pantai Pasir Bogak. 

Kawasan perpagar dan ada pengawal di pintu masuk, Rela kalau tak silap kak ana, bagitau nak check in. Sampai di kaunter, Alhamdulillah mudah urusan check in dan rumah yang kami booking pun dah siap kemas. Dapatlah kami masuk awal lebih kurang pukul 1 lebih, tengahari tu.  


Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pangkor


Bagaimana booking dan bayaran semua adik kak ana yang uruskan, kak ana tak berapa pasti nak kongsikan dengan ampa, tapi rasanya semua kakitangan awam tahu lah kan bagaimana nak booking RPP di seluruh Malaysia. Ada laman web depa kak ana sertakan di bawah tapi bukan backlink, ampa copy dan paste untuk ke pautan naa.... 

Jenis rumah pula mengikut gred perkhidmatan, sebab tu kak ana tak tahu segala urusan pendaftaran dan booking RPP, sekadar nak berkongsi pemandangan di sekitar RPP Pulau Pangkor ni sahaja dengan ampa semua. 


Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pangkor

Ada beberapa jenis rumah di sini, seperti banglo, semi-D dan teres dua tingkat. Untuk teres dua tingkat ni, satu aras adalah unit berbeza, maknanya atas penginap orang yang berlainan. 

Setiap unit rumah ada dua bilik tidur, ruang tamu dan bilik air serta balkoni. RPP Pulau Pangkor ni tidak ada dapur tetapi ada peti sejuk kecil di ruang tamu. Maknanya ampa tak boleh masak .


Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pangkor


Setiap bilik ada penghawa dingin tapi ruang tamu cuma ada kipas sahaja. RPP Pulau Pangkor ni masih baharu beroperasi dan ia sangat bersih dan selesa untuk kami bermalam di sini. Pemandangan sekitarnya sangat bersih, tenang dan kehijauan tumbuhan dalam lanskap yang cantik. 


Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pangkor


Dibahagian luar rumah ada di sediakan beberapa unit ruang bbq di sebelah wakaf. Kami sampai terus letakkan arang di dapur bbq sebagai tanda booked ruang bbq tersebut. Tips ni di kongsikan oleh penyambut tetamu kat sini, sebab mereka tak boleh nak reservation, ia adalah berkonsep siapa cepat dia dapat. 


Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pangkor


Unit yang adik kak ana sewa ni adalah unit semi-D jadi mudah kami dapat wakaf di hadapan rumah sahaja. Malam tu seronok sangat bbq udang segar dan sotong segar yang kami beli di pasar Pulau Pangkor masa sampai tadi. 

Kami bawa juga kepak ayam dan kak ana marinated semua bahan di sinki RPP dan pastikanlah bersihkan semula. Kami juga bawa periuk letrik untuk buat oden dan mee segera untuk makan malam tu. Masyaa Allah.. satu memori indah bersama keluarga kecil kami, Alhamdulillah.. 


Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pangkor


Di hadapan sahaja RPP Pulau Pangkor adalah pantai Pasir Bogak yang sangat indah. Boleh jalan kaki seberang jalan sahaja, tapi kami pii dengan motor yang di sewa . 

Sewa motor pun boleh minta kan penyambut tetamu untuk dapatkannya termasuklah teksi untuk kami check out dan balik ke jeti pun depa juga boleh uruskan. 


Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pangkor

 
Keesokkannya kami check -out jam 12 tengahari selepas sarapan, ronda pulau dan shopping di kedai duty free di sekitar jeti pulau. Satu pengalaman baharu pada kak ana menginap di Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pangkor . 

Menurut staff yang bertugas ada beberapa RPP di seluruh negara untuk kemudahan penjawat awam. Dan kak ana di fahamkan sewanya sangat murah sekitar RM100-RM200 bergantung kepada jenis rumah. 

Untuk pertanyaan dan lebih info, ampa boleh layari sahaja ke laman web https://www.bph.gov.my/portal/rpp-pulau-pangkor/ . ( copy link  ) . Semoga bermanfaat buat semua... 

5 Comments

  1. Untungnya Kak Ana dapat menginap di sini. Kami org² awam ni kena cari hotel, ikut nasib la kalau dapat hotel yg tak ok.

    ReplyDelete
  2. Cantik juga yer rumah peranginan persekutuan ni. Seronok ber bbq dengan family.

    ReplyDelete
  3. Bersih kemas cantik rumah penginapan ni.

    ReplyDelete
  4. Nampak selesa... macam best je

    ReplyDelete
  5. Untung para penjawat awam... Murah sewanya tu, rumah pun nampak bersih dan selesa sangat 👍🏻

    ReplyDelete