sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Sabtu, 18 Januari 2014

Space u8 - Shah Alam

Space u8 mall


Space U8,Bukit Jelutong,Shah Alam

Kebetulan berada di kawasan perumahan Bukit Jelutong,Shah Alam baru-baru ni,ana singgahlah ke kompleks Space U8 yang tersergam luas ni.Memang tak pernah masukpun,selalu dengar masa konsert Versus di TV9 tu saja buat kat sini.Terletak di Persiaran Pasak Bumi,Taman Perindustrian Saujana Indah atau senangnya bersebelahan TUDM tu kalau datang ikut Lebuhraya Guthrie.

Kompleksnya memang besar dan luas,ruang parkirpun banyak dan percuma masa kami di sana namun amat menghampakan kerana kompleks ini kosong maksud ana tak banyak shoplot yang disewa di sini.Sekitar 30% sahaja yang beroperasi.

ruang legar Space u8
Diruang legar Space U8 ni memang menarik kerana banyak elemen air termasuklah sebuah air pancut yang tinggi di tengah-tengahnya.Kompleks ini ruang legarnya tidak menggunakan penghawa dingin kerana sistem bumbungnya yang berkonsep eko mall.Cuma dilengkapi beberapa kipas besar.



Terdapat banyak kiosk diruang legar Space U8 ini yang menyelamatkan situasi kami ke sini.Jualan baju-baju dan tudung dengan harga yang murah berbanding dengan kiosk-kiosk di kompleks lain.Namun ada sesuatu yang amat menarik perhatian yang ana nak kongsikan iaitu:

Surau An Nur-Space U8

 

Surau An Nur Space U8

Surau ni memang surau yang paling cantik ana pernah singgah di mana-mana shoping mall,kadang-kadang mall yang megah tersergam tetapi suraunya amat mendukacitakan,seolah-olah tangkap muat sahaja.Surau ini terletak bersebelahan Food Court sangat luas,cantik dan bersih.Lihat sahaja ruang legarnya yang luas.


Surau An Nur Space U8

Dari tempat wuduk yang cantik dan bersih sehinggalah ruang solat yang luas,dingin,bersih dengan hamparan permaidani berwarna pink dan paling menarik hati ana desiran air pancut disekeliling surau yang mendamaikan.Sangat lain dari kebanyakan surau yang pernah ana singgah solat di kompleks membeli belah yang lain.

Kemungkinan faktor kedudukan kompleks ini yang kurang strategik yang menyebabkan ianya tidak begitu menyerlah dan dikunjungi ramai.Semoga suatu hari nanti Space U8 akan maju dan menjadi tarikan orang ramai untuk membeli belah ke sini.

~berkongsi perjalanan~

14 ulasan:

  1. Tmpt solat yg best paling bagus kan kak. Ada tu. Mall besar sgt. Tmpt solat kecik. Dahla kecik. Hapak. Berpeluh2 dalam tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. betul tu Nina:kdg2 depa letak surau kat parkingpun ada..

      Padam
  2. Assalamualaikum kak, sheila dah add instagram akak. hehe. tak pernah sampai sini. macam cantik je mall dia daripada luar. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. dari luar mmg cantik dan besar tapi sayang tak byk kedai yg beroperasi..tq kak ana dah follow balik IG sheila..requested.

      Padam
  3. akak jarang datang ke Shah Alam...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ana pun kadang2 je ke mari kalau ada urusan zila..

      Padam
  4. dah lama bunda tak pergi shah alam...

    masa anak kat UITM dulu selalulah pergi...

    BalasPadam
  5. tak pergi pergi lagi space u8 tu kak.. huhu..

    BalasPadam
  6. mn lg best kak space u8 ke setia city mall?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lilynn: setia city mall much better ,space U8 tak ada apa2 banyak shoplot yg kosong..

      Padam
  7. ok nnt try terjah setia city mall pulak..

    BalasPadam