sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Rabu, 12 Mac 2014

Hujung Minggu di Putrajaya



Putrajaya


Bangunan Jabatan Perdana Menteri,Putrajaya

Sudah agak lama tidak berkunjung ke Putrajaya.Selepas menziarahi ibu saudara di Hospital Serdang, ana dan keluarga singgah ke Putrajaya yang tidak jauh dari Hospital Serdang.Destinasi pertama di Alamanda,Putrajaya .Ceritanya di DISINI . Kemudian kami singgah untuk solat Asar di Masjid Putra,Putrajaya.

Masjid Putra,Putrajaya

 

Masjid Putra,Putrajaya

Masjid Putra mengambil nama sempena nama Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj,Perdana Menteri kita yang pertama, siap dibina pada 1999.Ana lihat ramai pelancong dari dalam dan luar negara melawat sekitar kawasan masjid dan ada beberapa syarat di kenakan untuk memelihara kesucian tempat beribadat ini.



Peraturan semasa berada di Masjid Putra,Putrajaya

Bagi pengunjung bukan Islam turut dibenarkan melawat sekitar kawasan masjid tetapi bukan di ruang solat.Bagi golongan wanita bukan Islam malah muslimah sekalipun yang berpakaian tidak sopan dan menutup aurat disediakan sebuah kaunter untuk menyarung jubah berwarna merah.


Kaunter jubah,Masjid Putra,Putrajaya

Masjid yang tesergam indah ini merupakan salah satu mercu tanda Putrajaya dan sangat indah senibinanya.


Masjid Putra,Putrajaya

 

Dataran Putra,Putrajaya

Dataran Putra,Putrajaya

Dihadapan Masjid Putra, terletaknya Dataran Putra yang agak luas mengibarkan kesemua bendera negeri-negeri dan persekutuan di Malaysia.Petang itu, ana lihat ramai keluarga bersiar-siar disini dimana terdapat aktiviti santai untuk anak-anak kecil seperti berbasikal dan sebagainya.

 

Istana Kehakiman,Putrajaya


Istana Kehakiman,Putrajaya


Kemudian kami berhenti seketika di hadapan Istana Kehakiman,kompleks mahkamah yang juga salah satu bangunan yang mempunyai senibina yang indah.Pada ketika itu,kelihatan beberapa pasangan pengantin sedang melakukan sessi fotografi di sini.

 

Perbadanan Putrajaya

Bangunan Perbadanan Putrajaya


Berhadapan Istana Kehakiman satu lagi bangunan dengan senibina yang unik ialah bangunan Perbadanan Putrajaya.Di hadapan kompleks bangunan ini, terdapat sebuah padang hijau yang di hiasi kuntuman bunga 'marigold' yang mekar.Dicelah tengah bangunan ini, ana dapat melihat Masjid Sultan Mizan atau masjid besi dibelakangnya.

Bunga 'marigold' atau bunga tahi ayam


Disinilah kawasan tengah atau 'centre' Putrajaya dimana dari tengah-tengah jalan ini kita akan dapat melihat bangunan Jabatan Perdana Menteri di utara dan bangunan PICC atau Putrajaya International Convention Centre di selatannya.


Bangunan tinggi dan moden di Putrajaya


Ana agak terperanjat apabila melihat Putrajaya kini sudah mempunyai bangunan-bangunan baru yang berkonsep moden dan tinggi.Mungkin sudah hampir dua tahun tidak sampai ke sini sehingga tidak sedar akan kepesatan pembangunan di Putrajaya.Deretan bangunan pencakar langit ini ialah bangunan Jabatan Peguam Negara,KKLW,KPKT dan LPPKN .


Jambatan Seri Warisan,Putrajaya

Putrajaya juga mempunyai banyak jambatan yang cantik-cantik yang menghubungkan kawasan di sekitar Tasik Putrajaya yang luas.Dalam perjalanan pulang, kami melalui Jambatan Seri Warisan untuk memasuki laluan ke lebuhraya.


Begitulah kisah lawatan singkat ana ke Putrajaya kali ini.Sekadar singgah dan lalu sahaja memandangkan hari dah hampir senja dan perjalanan untuk pulang agak jauh juga.


~berkongsi info disini~

4 ulasan:

  1. sha g putrajaya singgh nk mkn ABC je kak..eheheh

    BalasPadam
  2. Jalan-jalan Putrajaya emmang mendamaikan terutamanya on weekend..damai je rasa..suka pergi kat area Pullman tu sebab view sangat cantik..hehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu mommy: sesekali singgah ke sini untuk melihat keindahan Putrajaya.

      Padam