sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Sabtu, 8 Mac 2014

Seni Hiasan Rumah Decoupage


Seni Hiasan Rumah Decoupage

Sebelum ini ana pernah kongsikan hiasan rumah bertema ala Inggeris milik kediaman adik ipar ana, Juliana DISINI .Oleh kerana minatnya yang sangat mendalam di dalam tatarias susun atur rumah bertema 'English Cottage', Ju telah belajar menghasilkan seni hiasan decoupage dan hingga ke hari ini dia banyak menerima tempahan dari rakan-rakan khasnya kenalan Facebook yang mempunyai minat yang sama dalam menghias rumah ala Inggeris.Menghasilkan seni decoupage ini memerlukan bakat semulajadi juga disamping minat yang mendalam kerana ianya agak rumit dan perlukan kesabaran yang tinggi.Menggunakan helaian tisu yang dibeli khas melalui 'online' dengan pelbagai corak yang cantik dan bersesuaian dengan sesuatu tema tertentu seperti untuk hiasan bilik, hiasan dapur dan hiasan ruang tamu.

Disini ana kongsikan beberapa keping foto dari koleksi Juliana dan tempahan yang disiapkan buat kawan-kawannya.Sekiranya ada yang berminat untuk menempah bolehlah tinggalkan komen di bawah dan ana akan 'forward'kan kepada Juliana nanti.Bagi bukan blogger boleh gunakan komen menerusi 'open ID' sahaja.

Decoupage untuk peti surat
Antara yang paling banyak menerima tempahan adalah hiasan decoupage pada peti surat ini.Namun agak sukar juga untuk mencari bentuk peti surat seperti di atas yang diperbuat daripada tin kerana sekarang ini kebanyakannya berbentuk empat segi dan dari bahan plastik.

Decoupage pada bakul tin

Decoupage pada 'frying pan'

Tin biskutpun berubah wajah bila di decoupage

Hiasan tombol pintu

Plag hiasan kayu decoupage

Plag hiasan kayu untuk bilik tidur

Decoupage untuk hiasan ruang dapur

Barangan dapur


Senduk kayupun di hias decoupage

Labu sayung turut berubah wajah

Papan hiasan  ruang dapur

Nak Hias Rumah? Klik Sini!

~Berkongsi idea kreatif disini~

17 ulasan:

  1. Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq Muhammad Taufiq, nanti ana singgah ye..

      Padam
  2. Hi ana..
    Thanks singgah blog azie...:)
    Kreatif sungguh adik ana..cantik!!!!

    BalasPadam
  3. Hi ana..
    Thanks singgah blog azie...:)
    Kreatif sungguh adik ana..cantik!!!!

    BalasPadam
  4. cantik dan kreatif, terutamnya peti surat tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq shameel..minat gak peti pos tu ye.

      Padam
  5. Balasan
    1. kan Fuza: very the english hehe

      Padam
  6. ne kalau akak bukak bisness, mesti masyuk banyak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nick.ni adik ipar kak ana buat..

      Padam
  7. wah..kalau tempah hadiah kat mak kt kampung nehh..maunyee sengeh2..sebb mak suka corak inggeris...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sha klu berminat mesej kat IG akak nnt akak bagi no whatsapp adik ipar kak ana ni..bolehlah bagi masa mother's day nnt ke, bday mak nnt ke..hehe

      Padam
  8. Cantiknya la hiasan rumah Kalau gantung kat rumah akak tahan berapa hari jer la sebab anak-anak tengah lasak dan ligat. Semua yang ada jadi bahan mainan mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha..biasalah DP anak2 sedang membesar,yang penting keselesaan mereka kan..

      Padam