sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Khamis, 1 Mei 2014

Permainan Dalaman (Board Game)

 

Permainan dalaman (indoor games)


Permainan dalaman

Suatu masa dahulu, semasa zaman sekolah rendah dan menengah memang seronok kalau dapat main permainan dalaman macam ni.Antara yang paling popular permainan kad seperti Donkey,Snap,Happy Family, manakala permainan papan (board game) macam Monopoli,Saidina,Dam,Dam Ular dan lain-lain lagi.

Masa itu kalau bermain bersama kawan-kawan atau adik beradik sepupu sepapat memang riuh rendah.Ada saja helah untuk menang sehingga ada yang bertekak-tekak.Namun tetap meriah dan seronok sangat bila di kenangkan semula.Silaturrahim dan ukhwah yang terjalin sangat erat disanubari.

Selalunya di sekolah apabila akhir tahun persekolahan pasti kami akan membawa permainan sebegini ke kelas untuk bermain dan yang paling seronok apabila kami bermain bersama guru-guru sekali.

Tetapi arus permodenan dengan gadjet-gadjet moden ketika ini, semakin menenggelamkan ruang untuk anak-anak kita menerokai permainan sebegini lagi.Mereka lebih leka dalam dunia mereka sendiri bermain permainan alam cyber.Kadang-kadang duduk semeja namun masing-masing di alam dunia sendiri.Inilah fenomena teknologi yang sedikit sebanyak menjarakkan komunikasi dalam kekeluargaan dan persahabatan.

Bagi ana dan keluarga, kami sering kali bercuti bersama dan apabila mengadakan Hari Keluarga , kami akan bermain semula permainan dalaman ini dengan seluruh anggota keluarga.Kami adakan pertandingan 'indoor games' ini apabila ada kesempatan berkumpul adik-beradik dan anak-anak buah.Bagaikan mengimbas semula nostalgia bermain sewaktu zaman kanak-kanak dahulu.


~berkongsi kisah disini~

21 ulasan:

  1. permainan macam ni, bagus untuk minda kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul zila lagi satu ia mengeratkan silaturrahim dan ada komunikasi ketika bermain bersama adik beradik atau rakan rakan..

      Padam
  2. best kan kalau mengimbau blk kenangan kecik2 dulu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang ye Suki... banyak memori tercipta waktu bermain bersama-sama kan..

      Padam
  3. noe kalau jumpa anak2 buah...mesti main saidina...tak pun sahibba...mmg gamat satu umah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam-macam aksikan nak menang ni hehehe

      Padam
  4. saya baru habiskan duit panitia bi untuk beli scrabble..budak2 main ni konpem dapat tmbh diorg punye vocabulary :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tepat sekali.. cuma kak ana tak pandai sangat vocabulary Inggeris ni..lebih cenderung main Sahiba dalam BM..

      Padam
  5. Mang syok main ni kak....tingat masa budk2 duluu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sha..bila main ada yang gaduh2 nak menangkan..adik lelaki kak ana dulu kalau main selalu nak main tipu je..hehe

      Padam
    2. Hahahaa...ye ke...2 la yg leh dikenang smpai besar kn kak...
      Sha main ngan ayah je..lambat dpt adik...sesorg..so ayah jelaa musuh...

      Padam
  6. Dulu2 memang selalu main semua ni, tapi anak2 sekarang dah tak berapa tau benda ni semua... nrl rasa patut kenalkan indoor games camni kat anak2... lebih mengasah minda... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah dia Nurul..permainan sekarang ni lebih individual kan...cubalah kenalkan dengan anak2 permainan sebegini..

      Padam
  7. paling syok main dam ular..tapi budak sekarang dah taknak main .

    BalasPadam
    Balasan
    1. CP: kak ana main dam ular ni letih..dah penat2 naik ..turun balik..tapi mmg best kan..

      Padam
  8. skang budak budak memg tak pndg permainan nih kan kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu mimi...tu lah kak ana buh under label once upon a time..hehe

      Padam
  9. permainan mcm ni kurang main.. tapi klau jutaria.. tu kegemaran dulu.. ;0

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sobri..jutaria tu sama macam monopoli kan..cuma dia kertas lembut tu..duitnya terbang2 kena kipas..hehe..

      Padam
  10. Main congkak pun best kan...ada kawan saya suka betul tipu masa msin congkak hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yelah Linda, congkakpun ada kat rumah ni,cuma dh berhabuk dan guli dah banyak hilang..

      Padam