Hari-hari duk bedek lanskap depan rumah kak ana , tak perasan pula ada pokok tembikai tumbuh dengan sendiri di laman. Agaknya benih di bawa burung yang hinggap atau pun duk buang biji tembikai bila makan di depan laman.

Sedar-sedar terpandang dalam pasu pokok bunga YTT kak ana adalah sebiji tembikai mini elok terletak. Mula perasan tu saiz diameter dalam 10 cm macam tu je. Kak ana cerita kan suami dan Adik Ika, depa kata biar je kita tengok besar mana nanti sudahnya. Tapi comel sangat.. 


pokok tembikai kuning

Buah tembikai kuning comel 

Adalah dalam sebulan macam tu ia bertahan dan saiz pun tak ada lah berkembang membesar, kak ana tengok ia dah mula layu daunnya yang menjalar, buahnya pun adalah dalam diameter 20 cm ia dah mula jatuh dari empulurnya.. 



buah tembikai kuning

Saja-saja kak ana ambil dan simpan. Suami kata cuba belah kita tengok isinya. Kak ana ambil pisau belah dua si comel nih. Masyaa Allah... masak ranum dah dalamnya tembikai kuning rupanya. Kak ana memang suka sangat makan tembikai kuning ni sebab rasa dia manis-manis buah jer kan.

Alhamdulillah di rezekikanNya juga kami bertiga merasai buah tembikai kuning mini nih. Sedap manis dan cukup masak ranum. Seronok sangat walaupun kecil sahaja buahnya tapi masak manis . Itulah namanya rezeki kan.. Kak ana simpan sini kisahnya untuk kenangan di masa hadapan ... Kisah tembikai kuning mini di laman #AJHomeGarden :)