sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Ahad, 7 September 2014

Ayam Goreng Lobak Masin


Ayam goreng dengan lobak masin

Ayam goreng dengan lobak masin

Selalunya bila hari-hari minggu macam ni, mood masak tu memang hilang secara automatik.Memandang ana tinggal berdua je dengan adik Ika tengahari ni, menu ana sangat ringkas dan mudah.Nasi goreng cendawan di makan bersama ayam goreng lobak masin atau jeruk lobak.

Cara nak sediakannya sangat mudah.Ayam di potong kecil-kecil,digaul kunyit,garam dan sedikit sos tiram.Goreng di dalam kuali sehingga garing dan ketepikan.

Potong dadu lobak jeruk atau lobak masin,bawang besar dan cili api.Goreng seketika dengan lebihan minyak ayam tadi dan toskan minyaknya.Taburkan di atas ayam goreng kunyit tadi.Siap untuk hidangan.

Menu ini juga sedap di makan dengan bubur nasi. Apa lagi, jika diserang angin malas nak masak nanti, bolehlah cuba resepi ana ni.Selain ayam, ana pernah juga menggoreng lobak masin ini dengan udang.


~berkongsi resepi ringkas disini~

20 ulasan:

  1. Sedapnya..boleh makan dengan pulut yang CP buat semalam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh ke CP, hentam je lah kan hehe

      Padam
  2. Nampak sedap ni. InsyaAllah boleh cuba nanti... tq share :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ringkas sangat fayreen, cubalah nanti kay..:)

      Padam
  3. Balasan
    1. rasa ayam goreng kunyit biasa je Anizz cuba tambah sedap bila dimakan dengan lobak jeruk tu..

      Padam
  4. Balasan
    1. menu time malas ni Fuza hehe

      Padam
    2. Hat yang campak2 tu ler yang lagi sodap kak

      Padam
    3. Tu la..hat tu yang pak aji sukaa tu, kata labu labi ye..hehe

      Padam
  5. Balasan
    1. Haha sham stallion, amacam boleh try masak nanti.. :)

      Padam
  6. sha duk perak bru kenai lobak masin..ikkiik

    BalasPadam
    Balasan
    1. menu ni lebih mirip masakan cina Sha.. :)

      Padam
  7. eh! tak penah try masak letak lobak asin la.. hurm.. sesuatu yg ada kelainan la ana....

    BalasPadam
  8. Nampak lain sikit menu ni...biasanyer kaum cina yang suka lobak masin ni...mesti special ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. lebih kurang menu masakn cina ni Bunda... :) selalunya mereka makan dengan bubur nasi

      Padam