sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Khamis, 4 September 2014

Kehilangan bapa saudara






Subuh 1hb September..ana dikejutkan dengan panggilan telefon seawal 5.00 pagi.Wancu menelefon memberi perkhabaran sedih bapa saudara ana, Allahyarham achik Zulkafli meninggal dunia.Sangat terkejut dengan berita ini kerana ianya secara tiba-tiba kerana Allahyarham tidak mengalami sebarang penyakit sebelum ini.Selepas solat Subuh, kami ke Kampung Pandan untuk menziarah jenazah dan keluarga dan Allahyarham selamat dikebumikan lebih kurang jam 11 pagi di tanah pekuburan Islam Taman Teratai,Ampang.

Menurut isteri Allahyarham, achik mengadu sakit dada selepas pulang dari surau selepas solat Isyak.Memandangkan makcik tidak boleh memandu kereta, Allahyarham sendiri membawa motor dengan ditemani makcik ke klinik berhampiran.Setiba di klinik dan sementara menunggu dipanggil Allahyarham rebah dan pihak klinik memanggil ambulan untuk dihantar ke Hospital Ampang.Namun dalam perjalanan Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhirnya.

Begitulah janji Allah swt yang pasti,bila tiba masanya tiada sedetik awal dan tidak lewat walau sesaat. Semuanya berlaku secara tiba-tiba dan dengan sekelip mata, Allah lebih sayangkan Allahyarham achik pergi dengan begitu mudah sekali.Doa dari kami kaum keluarga dan sahabat semoga roh Allahyarham ditempatkan disisi mereka yang beramal soleh.Diampunkan segala dosa dan diterima setiap amalan kerana Allahyarham achik memang seorang yang sangat taat pada setiap perintahNya.Amin Ya Rabbul Alamin.
 


14 ulasan:

  1. al-fatihah...semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman.amin..

    BalasPadam
  2. Takziah utk kak ana dan family ye. Innalillah. .

    BalasPadam
  3. salam takziah kak ana.. al-fatihah..

    BalasPadam
  4. Al-fatihah...
    Takziah buat family Allahyarham.
    Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

    BalasPadam
  5. Al-fatihah..
    Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat..

    BalasPadam
  6. innalillahi wainna ilaihi raajiiun

    BalasPadam
    Balasan
    1. begitulah bila sampai janjiNya..terima kasih mimi

      Padam