sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Khamis, 18 September 2014

Muzium Negeri Perak,Taiping


Muzium Negeri Perak,Taiping

 

Muzium Perak di Taiping
Menurut sumber dari portal rasmi arkid negara,Muzium Perak di Taiping ini merupakan muzium yang tertua sekali di Semenanjung Malaysia.Ditubuhkan pada tahun 1883 di asaskan oleh Inggeris yang di ilhamkan oleh Residen Inggeris ketika itu Sir Hugh Low.



Muzium Perak ini terletak di Jalan Taming Sari tidak jauh dari Taman Tasik Taiping.Sebelum ini ana masuk ke dalam kompleks muzium tidak dikenakan sebarang bayaran namun pada cuti Hari Raya yang lalu kami ke sini telah dikenakan bayaran masuk.Menurut pegawai yang bertugas banyak penambahbaikan telah dijalankan disini dan ruang pameran juga telah di naik taraf.

Harga tiket masuk Muzium Perak,Taiping

Harga tiket yang dikenakan ialah sebanyak RM2 bagi pemegang Mykad dan kanak-kanak sekolah manakala RM1 untuk kanak-kanak dan warga emas.Waktu melawatnya pula mulai jam 9:00 pagi hingga 6:00 petang.

Diruang dalam dewan pameran

Sebenarnya kami tidak dibenarkan mengambil gambar didalam dewan pameran, terlepas juga sekeping foto yang curi-curi ambil disini.Terdapat dua tingkat ruang pameran yang banyak mempamerkan replika dan binatang-binatang yang di awet, galeri budaya tradisi kaum-kaum di Malaysia, galeri orang asli dan lain-lain lagi untuk dikunjungi.







Manakala dibahagian luar muzium terdapat pameran kereta-kereta dan kenderaan antik termasuk kapal terbang dan keretapi.Disini juga tersedia sebuah surau yang agak selesa untuk kita menunaikan solat.


~berkongsi info disini~

16 ulasan:

  1. Ambil gambar curi tu... biasa hiks..hiks..hikss.

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha itu biasa lah kan Mrs.A...hehe

      Padam
  2. baru sekali ja sampai muzium ni...biasanya kalau ke Taiping..tempat pertama dituju adalah taman tasik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. erm lepas ni kak kamsiah kalau ke Taiping terus naik Bukit Larut lak, lagi mencabar..hehe

      Padam
  3. Ana..teringin nak melawat Perak tahun depan..tempat apa yang menarik lagi ya..kat mana ada tempat yang boleh memancing dan ada aktiviti..tepi laut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaa Allah Kak Mala, sampailah nanti.. kalau tepi laut tu yang paling popular di Pulau Pangkor, kalau tak ke pulau di Lumutpun ada pantainya di Teluk Batik, kak Mala cubalah ke label 'ditanahairku' banyak tempat2 menarik sekitar Perak yang ana kongsikan disana..:)

      Padam
  4. Dapat juga amik gambar dalam tu yer... :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. erm biasalah curi2 ambil gambar, sebenarnya tak ada pengawalpun Nurul... hehe

      Padam
  5. salam... nice sharing.. mana tau tetibe nk bercuti ke perak leh singgah sini.. hehe..

    cikla ada tag kak ana utk liebstar awrd. slmt menjawab....
    http://anajingga.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok Cik La nanti kak ana singgah ye..tq so much my dear..

      Padam
  6. belum pernah masuk muzium perak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaa Allah Kakyon, suatu hari nanti sampai jua..:)

      Padam
  7. Sedangkan dalam wayang pun org boleh curi2 ambil video apatah lagi dalam muzium xD
    Eh tu fossil gajah ke mammoth? Ada mammoth ke kat Malaysia dulu?

    BalasPadam
  8. Yang ini akak belum pernah masuk lagi. Agak jarang juga ke Taiping...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaa Allah suatu hari nanti mungkin Zila sampai sini pula

      Padam