sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Ahad, 22 Februari 2015

Nasuha - TV9

Drama Siri Nasuha TV9:

drama siri nasuha tv9


Setelah berakhir kisah cinta Isfahan dan Sabrina dalam drama siri Satu Hari di slot Ratu TV9, kini satu lagi kisah sedih dan airmata muncul, drama siri Nasuha.Menerusi slot Ratu TV9, setiap Selasa dan Rabu jam 8:30 malam.Memang tak boleh tinggallah ana, jika drama-drama sedih sebegini, sangat minat untuk terus mengikutinya episod demi episod.

Drama siri Nasuha 14 episod menggandingkan lakonan Tasha Shilla, Fattah Amin, Shah Iskandar, Jasmin Hamid, Miera Liyana dan Faye Khusairi, Ammar Alfian Aziz, Azhan Rani, Amyza Adnan, Fendi Seman serta Roy Azman. Terbitan Zeel Production Sdn Bhd dan arahan Shuhaimi Lua Abdullah Syed Abdul Jalil.

Watak dalam drama siri Nasuha: 

Tasha Shilla sebagai Nasuha
Fattah Amin sebagai Irfan
Shah Iskandar sebagai Zahid
Miera Leyana sebagai Marina
Jasmin Hamid sebagai Baidura
Faye Kusairi sebagai Yani
Roy Azman sebagai Imran

Sinopsis Drama siri Nasuha : 

 Mengisahkan persahabatan akrab Nasuha dan juga Zahid sejak dari kecil. Hidup di dalam keluarga yang miskin banyak mengajarkan Nasuha erti ketabahan dan kematangan. Nasuha banyak dibantu oleh Zahid dan satu-satunya kawan yang Nasuha ada semasa kecil lagi. Sehinggalah satu insiden kemalangan yang meragut penglihatannya. Disebabkan keadaan keluarganya yang daif, Nasuha tidak mampu dirawat dan terpaksa menerima ketentuan dia akan menjadi buta. Dalam meningkat remaja, Zahid memendam perasaan cinta terhadap Nasuha dan berharap Nasuha membalas cintanya. Zahid menerima seadanya Nasuha kerana kesucian hati Nasuha sudah menjadikan dia sempurna di mata Zahid.

Namun persahabatan mereka tidak kekal lama. Zahid hilang di laut ketika bersama Nasuha di atas perahu.Pada Nasuha , Zahid sudah tiada lagi kerana jasadnya tidak ditemui. Tetapi sebenarnya , Zahid terpaksa menyertai satu kumpulan gengster demi menyelamatkan bapanya yang banyak berhutang. Zahid tiada pilihan selain membiarkan dirinya ‘mati’ dan hidup sebagai Zack, seorang penjenayah. Kehilangan Zahid benar-benar memberi tamparan kepada Nasuha.

 Namun, kemunculan Irfan membuka hatinya tentang cinta. Marina, tunang Irfan cemburu melihat Irfan yang selalu menemaninya di pasar. Kerana cinta yang tidak berbalas dan benci melihat Nasuha bersama Irfan, Marina mengupah Zack untuk membunuh Nasuha.

Adakah Zack akan membunuh seseorang yang paling disayangi dalam hidupnya? Apakah segala rahsia ini akan terbongkar? Apakah Nasuha mengecap bahagia dalam hidupnya?

Jom sama-sama kita ikuti kisah menarik ini hingga ke episod akhir. Lagu tema untuk drama siri Nasuha ialah Terbaik Bagimu nyanyian Dato Siti Nurhaliza dan juga Terhakis oleh Aweera.



foto-foto: Google Image

8 ulasan:

  1. Balasan
    1. Tak sempat kut, Nani kan busy lainlah kak ana ni :)

      Padam
  2. Balasan
    1. Layannn kak cik ..:(, siap nangis kalau tgk sengsorang ni sedih. huhu.

      Padam
  3. salam jemput join segmen di blog saya http://www.vitaminuntuksemua.my/2015/02/segmen-jom-tonton-video-by-farahamzah.html tq

    BalasPadam
  4. pernah tengok kejap jer..dah tu terpksa blek kmpus..hoho

    BalasPadam
    Balasan
    1. erm Dayah sambung tgk kat tonton je lah hehe :)

      Padam