Minum petang di Kueh Cafe , Seksyen 13 , Shah Alam
Ini kali kedua kami ke Kueh Cafe, sebelum ni kak ana ada singgah minum petang di Kueh Cafe cawangan Setia Alam yang pernah kak ana terbitkan entrinya di SINI . Kali ini kak ana bersama suami , Adik Ika , adik kak ana Lan, adik ipar Julia dan anak buah kak ana Haris singgah pula lepak minum petang di Kueh Cafe Shah Alam. Kira HQ dia lah kan.
Kueh Cafe Shah Alam ni terletak di Seksyen 13. Lebih luas cafe nya dan petang tu tak lah ramai sangat pelanggan. Kebetulan kami berada di sana untuk urusan di Kedai Emas Emilia tak jauh dari Kueh Cafe. Dah alang-alang sampai tu kami singgah lah nak minum petang.
Kueh Cafe , Seksyen 13 , Shah Alam
Kueh Cafe ni mula viral hari tu sempena perkahwinan pemiliknya lah kan MR E dengan Erra Fazira. Masa awal-awal perkahwinan depa memang penuh sampai beratur orang nak makan kat sini. Cafe ni pun lama dah berada di Seksyen 13 , tapi biasa-biasa sahaja sampai lah ia meletops semula bila gossip perkahwinan Mr E dengan si cantik jelita Erra Fazira.
Kueh cafe menyajikan menu masakan makanan ringan seperti aneka pilihan kuih muih , mee kari, lempeng, roti jala dan sebagainya. Memang banyak pilihan kuih muih tradisional dan moden Melayu yang di atur di kaunter kuih muih. Rambang mata nak pilih semua nampak sedap-sedap.
Petang tu kak ana makan kuih kole kacang, kuih kesukaan kak ana dan adik kak ana , Lan. Kami dua beradik memang suka makan kuih kole kacang ni. Sedap sangat rasa lemak manis kacang hijau yang di blend dan di masak bersama santan dan gula merah. Ada taburan tahi minyak di atas kuih ni yang menjadikannya kuih yang unik.
Kami masing-masing order juga mee kari di Kueh Cafe ni. Serius memang sedap mee kari depa. Sesedap rasa kuah kari cukup pekat lemak karinya. Portion pun banyak dalam mangkuk tu , In Syaa Allah kenyang lah sampai ke malam. Mee kari ni kesukaan adik kak ana. Pii mana pun pasti akan order mee kari kalau ada di jual di kedai yang dia singgah.
Turut kami makan petang tu adalah lempeng. Lempeng ni biasa sahaja rasa lempeng yang di cicah makan dengan sambal tumis ikan bilis. Sambal tumis tu agak pedas pada kak ana yang tak makan pedas sangat, tapi sedap je .
Kak ana makan cucur udang Kueh Cafe. Tak mengecewakan, sedap rangup garing dan di cicah dengan sambal kacang. Hat gini kalau kat kampung kak ana, Teluk Intan, kami panggil gado-gado. Ada juga hirisan timun sebagai condiment .
Harga menu makanan kat Kueh Cafe ni berbaloi lah. Tidak lah over price sangat, standard harga makan level cafe-cafe sekitar KL Selangor. Ruang makan agak banyak berkonsep hipster lepas ala-ala industrial. Berhawa dingin jadi selesa.
Makanan dan minuman order di kaunter, bayar dan depa akan maii hantar ke meja. Hidangan pun sampai cepat sahaja petang tu, tak lah lama menunggu. Kalau berada di sekitar Seksyen 13, Shah Alam atau mana-mana outlet Kueh Cafe, ampa boleh lah try singgah dan nikmati sendiri aneka pilihan menu yang di jual.







0 Comments