Siapa lah tak suka makan ayam goreng kan ? Dari kanak-kanak sampai lah yang berusia kilauan emas tetap suka ayam goreng. Ada orang suka makan kepak ayam goreng, peha ayam goreng atau pun dada ayam goreng. Ada pula yang menggemari bahagian-bahagian lain dari ayam macam kulit ayam goreng, pedal, ayam goreng atau pun kaki dan leher ayam goreng. Ikut korang lah suka part mana. 



Ayam goreng ni sedap kalau salutan nya rangup dan berperisa yang menyelerakan. Baru lah crunchy untuk di nikmati. Banyak jer ayam goreng di pasaran cuma nak dapat yang betul-betul kena dengan selera tu jarang lah. Macam ana sendiri agak memilih juga nak makan ayam goreng jualan ni, pertama sekali ana tak berapa lalu nak makan kalau isi ayamnya dah tak segar. Pernah baru-baru ni order ayam goreng yang di kenali ramai tapi kecewa juga bila sampai dapat isi yang dah lebam, ermmm tak segar dah kan walau pun di luar masih elok. Mujur ada anak-anak bulus rumah ni, rezeki depa lah. Kalau buang sayang membazir sangat bukan murah pun. 


Ting Tong ayam goreng


Ting Tong Ayam Goreng 


Ting Tong Ayam Goreng


Sabtu lepas, kebetulan ada urusan kerja di Wangsa Maju, singgah lah lepak kat AB Corner Food Court Seksyen 1 tu. Ada banner Ting Tong Ayam Goreng nampak ada jual pelbagai bahagian ayam goreng. Menggoda sungguh lah nampak part-part ayam yang rangup di salut tepung. Rupannya ini lah salah satu cawangan Ting Tong Ayam Goreng yang viral diperkata kan orang kat FB tu. 


Ting Tong Ayam Goreng


Tak lama kemudian sampai lah pelbagai set ayam goreng untuk kami nikmati. Ana bersama suami dan Adik Ika petang tu. Cukup kan kuota dalam kenderaan tak lebih 3 orang dari satu alamat ye dak. Bila sampai je mula-mula yang ana ngap adalah kulit ayam goreng. Masyaa Allah.... rangup ya amat dan yang bestnya tak berminyak tu. Ana jarang makan kulit ayam ni sebab selalu kalau ada jual pun nampak berminyak hitam pada kulit tak selera nak makan. Ini sama lah macam dalam banner tu, elok kering rangup tak berminyak kulit ayam gorengnya, dan yang penting tak berbau . Dah rasa makan kerepek je krup krup di kunyah. 


Ting Tong Ayam Goreng


Ting Tong Ayam Goreng


Suami ana awal-awal dah nak  makan pedal ayam goreng. Dia peminat pedal ayam. Pedal ayam goreng nya pun sedap rangup salutan tepung dan pedal masih rasa segar tak lah berbau juga. Adik Ika ermm.. apa lagi chicken wings dan peha dia punya part. Ratah bukan main suka budak ni makan. Kejap je selesai. Lagipun dia memang tengah lapar tadi . Sian Adik , tu lah nak juga ikut ibu dengan ayah urusan kerja luar, maklum lah lama terkurung kan. Dapat belanja dia ayam goreng sedap macam ni happy dah tu. 


Ting Tong ayam goreng


Ting Tong ayam goreng


Ting Tong ayam goreng

Selain itu nak ratah-ratah ada juga rangka ayam. Murah tau rangka ayam goreng di Ting Tong Ayam Goreng ni cuma RM3.50 sahaja. Sedap lah mengorek celah-celah rangka tu kan, kena pula salutan tepung rangup nya yang marvellous sangat. Sambil borak-borak habis juga lah menu-menu yang kami di hidangkan. Kenyang  dan puas hati sangat. 


Ting Tong ayam goreng


Ting Tong ayam goreng


Ting Tong ayam goreng


Petang tu, ana sempatlah berkenalan dan berbual-bual dengan owner Ting Tong Ayam Goreng ni Puan Yenty. Cantik, peramah sangat orangnya. Dah nama blogger kan, benda baik dan sedap mestilah nak kena kongsikan dengan pembaca tersayang. Risik-risik lah dengan Puan Yenty, rahsia ayam goreng nya yang rangup dan sedap ni. Resepi memang lah Puan Yenty tak boleh nak reveal, secret recipe katanya. Tapi Puan Yenty ada lah bagi hint ianya gabungan 10 bahan dalam satu ramuan salutan tepung. Ada campuran citarasa Melayu, Cina dan India. Barulah Malaysia kan. Suami Puan Yenty pula adalah saudara baru iaitu Tuan Rosdi Lew jadi mestilah ada gabungan resepi rasa yang istimewa di situ. 


Ting Tong Ayam goreng


Dan rupanya rahsia kesedapan isi ayam goreng di Ting Tong Ayam Goreng ni terletak pada ayam nya lah. Puan Yenty hanya menggunakan ayam segar dari pusat sembelihan yang HALAL sebagai bahan masakannya. Bukan ayam borong dari pasaraya. Itu memang jelas dari rasa ayam goreng yang ana makan. Lain! Memang terasa keenakan ayam segar. Sebab tu kalau tengk harga nya agak mahal sedikit dari yang biasa di jual di tepi jalan atau pasar malam. Terpulang lah pada selera masing-masing kan. Tapi hat ni lain, lain rasa dia. Korang kena cuba sendiri, betul lah kan yang terbaik ni adalah nilai pada harganya juga khasnya dalam bab menu makanan. 


Ting Tong ayam goreng


Sambil borak-borak lagi Puan Yenty bercerita, resepi dan rahsia menu ayam goreng Ting Tong ni adalah dari air tangan arwah ibunya. Arwah ibunya orang Negeri Sembilan, memang bab masakan ni mereka akan mencari bahan yang segar-segar jer. Bila masak mesti nak guna ayam segar jadi dari situ lah menjadi inspirasi kepada Puan Yenty untuk mencari kelainan dalam menu jualan ayam goreng beliau. 




Motto Ting Tong Ayam Goreng pula adalah Bersih, Halal, Segar dan Sedap. Alhamdulillah sesuai lah dengan kita sebagai umat Islam ni perlu sangat mencari sumber makanan yang HALAL , penyediaan yang bersih , dari bahan-bahan yang segar dan pastilah nak yang sedap. Cukup puas hati dengan menu-menu dari Ting Tong Ayam Goreng ni. In Shaa Allah, kami akan repeat lagi bawa Kak Long pula selepas PKPB nanti. Tak lupa kan Kak Long, kami tapau juga bawa balik. Ada yang tak habis makan kat situ minta Puan Yenty tapau dan tambah lah mana yang dah habis tu. Mak - mak ni makan mesti teringat kat anak. 


Ting Tong ayam goreng


Hat bawa balik tu, bila buka kotak pun masih cruncy lagi. Kak Long panaskan dalam microwave sekejap elok rangup bahagian luarnya sama macam di kedai. Sebab tu Ting Tong Ayam Goreng ni juga korang boleh beli secara delivery dengan Food Panda di kawasan terpilih sekitar cawangan nya. 


Ting Tong ayam goreng


Ting Tong Ayam Goreng kini ada di 3 cawangan.

AB Corner Wangsa Maju

62 Jalan 2/27a,

Seksyen 1 Wangsa Maju,

Kuala Lumpur.


Medan Niaga (bersebelahan Klinik Kesihatan)

Jalan Tasik Utama 6,

Medan Niaga Tasik Damai,

The Trillium, Lake Field,

Sungai Besi, Belakong,

Selangor.


Abang Besar Food Court

Jalan Sri Cheras,

Taman Kota Cheras,

Cheras Selangor.

Sempat juga Puan Yenty bagitau akan datang satu lagi outlet akan dibuka iaitu di Melawati pula. Ting Tong Ayam Goreng dibuka setiap hari dari jam 3.30 petang sehingga 11.30 malam. Untuk setiap 2 minggu, Ting Tong Ayam Goreng akan cuti sehari iaitu pada hari Isnin. Ia juga boleh di beli secara delivery melalui aplikasi Food Panda, Grab Food dan MyGo. Boleh lah korang pula cuba sendiri naa. 


Korang juga boleh layari ke FB 



26 Comments

  1. paling dekat pun di cheras, tapi tak sure dia boleh hantar ke tak. Saya kalo kata ayam dari sumber sembelihan yg sah, baru berani nsk makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba azi tengok di Grab Food atau Food Panda, in shaa allah Ting Tong Ayam goreng menggunakan ayam Halal dan bersih penyediaannya .

      Delete
  2. meriahnyaaa ayam.. semua bahagian ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa dia pilih jer mana yang suka Nina :)

      Delete
  3. Terasa crispy tengok kulit ayam tu.. sedap nye!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye CP memang crunchy sangat kulit ayam tu sedap tak berminyak kak ana pun suka sangat tapi tak elok makan selalu laa kan sekali sekala :)

      Delete
  4. sedapnya rangka ayam especially kalau rempah dia terasa

    ReplyDelete
  5. Dari bahagian leher, sampai ke kaki semua ada. Cantik-cantik pula tu hasil gorengannya.

    ReplyDelete
  6. Memang sedap Ayam Ting Tong nie kan Ana.. rasa rempah dia lain dari yang lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Sue terasa perapannya dan tak berminyak tu yang awesome :)

      Delete
  7. Kat sini takde. Harap2 sikit hari lagi ada la kat penang pulak. Sini ramai suka ayam goreng.heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah D, mana tahu mudah-mudahan Ting Tong Ayam Goreng akan berada di utara satu hari nanti, aamiin

      Delete
  8. halah2..tak ada pulak cawangan yang dekat dgn umah saya. kalau tak,boleh gak order guna food panda..tak pe, kot tersesat ke area w.maju atau sekitar situ, boleh lah terjah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Fiez kalau ada sesat kat WM boleh lah cari Ting Tong Ayam Goreng ni :)

      Delete
  9. kenapa la jauh sgt...nieyl mmg suka ayam-ayam ni...

    ReplyDelete
  10. ada leher, nampak salutan dia tu best... kalau ada tongkeng lagi mantop tu kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha sama lak taste kita Dana, tapi tak ada lagi part tu kat Ting Tong Ayam Goreng ni :)

      Delete
  11. 👍 Motto Ting Tong Ayam Goreng pula adalah Bersih, Halal, Segar dan Sedap.
    Terima Kasih Ana Jingga

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Camy , Bersih, Halal, Segar dan sedap :)

      Delete