Kak ana mula temujanji dengan hospital dan klinik kesihatan ni sejak beberapa tahun yang lepas. Itu pun selepas kak ana tak sihat waktu menemani arwah mak di wad , hampir rebah dan jururawat yang ada buat check up BP tekanan darah memang tinggi. 

Kemudian depa suruh buat rawatan susulan di Jabatan Pesakit Luar HTI. Dari situlah detected kak ana ada tekanan darah tinggi dan mula lah rutin makan ubat kawalan darah tinggi. Selepas mak meninggal, kak ana sambung lah temujanji susulan di Klinik Kesihatan di daerah kak ana tinggal. 

Sampailah ke hari ini akan akan temujanji susulan dan ujian darah setiap enam bulan sekali. Dari keputusan darah sangkut pula kadar kolestrol tak cantik. Tambah pula ubat kawalan kolestrol. Bila bacaan BP tak okay waktu temujanji beberapa kali, doktor tambah pula ubat kawalan darah tinggi sampai dua jenis. 



cara guna applikasi My Ubat

Tapi sebelum menunaikan umrah pada temujanji di KK, kak ana ada buat catatan bacaan tekanan BP di rumah. Sehari dua kali kak ana ambil dan rekod. Bawa dan tunjuk pada doktor bila sampai masa temujanji, Alhamdulillah doktor dah kurangkan ubat darah tinggi , cuma perlu ambil satu jenis sahaja sehingga tarikh ini. 

Bukan apa, bila makan dua jenis ubat ni, badan rasa lemau sungguh. Mengantuk di siang hari. Kak ana beritahu doktor dan doktor tukar suruh ambil malam sebelum tido dan tukar jenis ubat yang dos lebih rendah. Barulah rasa lega semula. 

Bukan kisah penyakit kak ana yang nak di kongsikan disini. Itu mukadimah sahaja hehe :) Kisahnya setiap enam bulan temujanji, kak ana akan di bekalkan ubat untuk tempoh tiga bulan sahaja. Selepas 3 bulan, kak ana perlu datang ke farmasi untuk sambung bekalan ubat untuk tempuh 3 bulan akan datang sebelum tarikh temujanji. 


cara guna aplikasi My Ubat untuk ubat susulan KKM

Kak ana percaya lah majoriti kita ni memang malas sungguh nak ke KK kalau bukan atas urusan kesihatan yang memerlukan rawatan. Nak ambil ubat susulan pun makan masa juga kerana kita faham bilangan pesakit di KK sangatlah padat dan tinggi. 

Kak ana terbaca mengenai aplikasi MyUbat di kaunter farmasi KK. Kak ana tanya dan pegawai farmasi kata boleh sahaja gunakannya untuk mendapatkan bekalan ubat susulan. Setakad ni kak ana dah pun menggunakan 2 kali perkhidmatan MyUbat dan Alhamdulillah bekalan ubat sampai sebelum tarikh perlu ambil. Memang memudahkan. 

Cara penggunaan MyUbat untuk sambung bekalan ubat KKM




Cara penggunaan MyUbat untuk sambung bekalan ubat KKM

Kak ana nak kongsikan cara penggunaan MyUbat untuk sambung bekalan ubat KKM buat mereka yang mungkin belum pernah mencubanya. Mudah sahaja cuma kita kena alert mengenai tarikh temujanji dan pengambilan ubat susulan kerana ia perlu di lakukan 2 minggu sebelum bekalan ubat habis. 

Langkah 1

Muat Turun dan Pendaftaran AkaunMuat turun aplikasi MyUBAT melalui Google Play Store, Apple App Store, atau Huawei AppGallery. Boleh juga mengakses terus melalui Laman Web MyUBAT.

Buka aplikasi dan klik Daftar Kendiri.Masukkan maklumat peribadi seperti nama penuh, nombor kad pengenalan (IC), nombor telefon, dan e-mel.Cipta kata laluan dan sahkan akaun melalui kod pengesahan yang dihantar.

Langkah 2: Cara Memohon Bekalan Ubat Susulan . 

Setelah akaun aktif, kita boleh mula membuat permohonan baharu sekurang-kurangnya 2 minggu  sebelum tarikh temu janji ubat. :

Log masuk ke dalam aplikasi MyUBAT. Pergi ke menu Bekalan atau Temu Janji dan klik butang Mohon Baru.

Pilih Fasiliti KKM (hospital atau klinik kesihatan) tempat biasa mengambil ubat.

Pilih Jenis Perkhidmatan pengambilan ubat yang anda inginkan

Ubat Melalui Pos (UMP): Ubat dihantar terus ke rumah anda menggunakan kurier (kos penghantaran ditanggung oleh pesakit secara Cash on Delivery).

Farmasi Pandu Lalu (Drive-Thru): Ambil ubat di kaunter pandu lalu fasiliti kesihatan pilihan mengikut masa yang ditetapkan.

Sistem Temu Janji Farmasi (Sistem Kad Temu Janji): Menetapkan masa khusus untuk mengambil ubat di kaunter biasa tanpa menunggu lama.

Muat naik gambar preskripsi ubat  (depan dan belakang) yang sah dan jelas sebagai bukti jika diminta oleh sistem.

Pilih tarikh dan masa slot pengambilan yang kita  mahukan.Sahkan permohonan.

Langkah 3: Semakan Status dan Notifikasi

Kita akan menerima notifikasi terus di telefon pintar sebaik sahaja permohonan diluluskan atau ubat sedia untuk diambil.Status permohonan boleh disemak pada bila-bila masa melalui skrin Sejarah Pembekalan.

Jika kita mempunyai ahli keluarga (seperti ibu bapa atau anak) yang memerlukan ubat susulan, kita boleh menggunakan fungsi Akaun Berbilang (Multiple Accounts) untuk menguruskan permohonan mereka di dalam satu peranti yang sama.



MyUbat

Alhamdulillah selepas status di luluskan , tunggu sahaja bekalan ubat sampai ke rumah melalui perkhidmatan kurier jika kita memilih untuk ubat melalui pos. Di kawasan kak ana menggunakan perkhidmatan PosLaju dan penghantaran adalah secara COD. 

Bayaran postage kak ana setakad ni cuma RM6 sahaja yang di bayar waktu terima bekalan ubat. Sangat lah memudahkan kak ana untuk tidak lagi hadir ke Farmasi KK sekadar untuk ambil bekalan ubat susulan . 

Semoga akan memberi manfaat pada mereka yang baru pertama kali ingin menggunakan cara aplikasi MyUbat . 

1 Comments

  1. Ooo nak try laa nanti.. hrtu pi KK nampak ada banner promo apps myUbat ni.. tapi tak scan plak QR dia, nati nak buatlah, macam mudah pulak..

    ReplyDelete