KWSP Rawang

by - Monday, March 23, 2015

KWSP Cawangan Rawang:

kwsp cawangan rawang

Sekarang lebih mudah berurusan dengan pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja buat penduduk sekitar Rawang, sejak adanya cawangan pejabat KWSP di Bandar Rawang. Jika sebelum ini kami terpaksa ke Selayang untuk sebarang urusan namun setelah adanya cawangan di sini lebih mudah dan senang.

Cawangan KWSP di Bandar Rawang terletak di Rawang One, bersebelahan Hospital KPJ Rawang, dihadapan hentian bas atau lebih senang di hadapan Mydin , Rawang. Segala urusan boleh dilakukan disini seperti mencetak penyata KWSP di mesin yang disediakan, urusan pengeluaran, penama, pengeluran perumahan dan sebagainya.

Disini ana sertakan keterangan lanjut tentang cawangan pejabat KWSP di Bandar Rawang untuk yang ingin berurusan kelak :

Alamat:
No. 3S-10-G & 3S-10-1
Rawang One, Jalan Pintas Rawang,
48000 Rawang, Selangor
Malaysia
Nombor Faks: 03-60920054
Waktu Operasi Pejabat
Hari: Isnin - Jumaat
Waktu: 8.00 pg - 5.00 ptg

Waktu Operasi Kaunter
Hari: Isnin - Jumaat
Waktu: 8.15 pg - 4.45 ptg 
~berkongsi info KWSP Rawang disini~

You May Also Like

16 comments

  1. dekat lagi mudah..mesti banyak wang simpan k.ana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. simpanan hari tua anda katanya ;)

      Delete
  2. Semoga perkhidmatan yang diberikan adalah yang terbaik juga... :)

    ReplyDelete
  3. Lagi senang la org sekitar sana nk pegi bila dah dekat

    ReplyDelete
  4. cn kena pegi klang jer, tp ok la sbb situ besar, best ! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum ni kak ana berurusan di selayang,kini dekat sgt dah.

      Delete
  5. perkongsian yang berguna kak ana

    ReplyDelete
  6. Hari jumaat waktu rehatnya pkol brp smpi brp

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama seperti waktu pejabat juga rasanya, saya tak pasti boleh call terus untuk kepastian :)

      Delete
  7. tak kisah ke kalau keje mane2 pun, boleh bukak akaun kwsp kt rawang jgk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti Nur Musfirah, sila hubungi nombor di atas untuk maklumat lebih lanjut dari kwsp ya :)

      Delete