sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Isnin, 4 Mei 2015

Kisah Jingga

Pada suatu hari ...hahaha macam kisah dongeng pula...Ok start semula...
Hari tu ana macam biasa keluar pagar nak ambil anak-anak balik sekolah waktu tengahari.. cuaca memang panas terik dan depan rumah kami tu tengah berjalan kerja-kerja ubahsuai rumah jiran..

Depan tu ada tong sampah besar yang digunakan oleh kontractor untuk membuang sisi bahan binaan dan tiba-tiba ana terdengar suara anak kucing menjerit-jerit...Naluri kasihan menerpa ke setiap inci hati dan mencari-cari dari mana datangnya suara anak kucing itu...Dan...ana jumpa dia di bawah tong besar tersebut seekor anak kucing yang sangat comel dan badannya amat panas kerana dek bahang mentari tengahari itu...

Ana ambil dan letakkan di luar pagar yang agak teduh tapi anak kucing ni terus berlari ke tengan jalan dan hampir dilanggar kereta..Dan bimbangkan keselamatannya anak masukkan dalam kereta dan bawanya ke sekolah anak-anak untuk menjemput mereka...

Bila anak-anak ana jumpa dia dalam kereta apa lagi sukalah mereka sebab mereka memang nak sangat pelihara kucing tetapi ayahnya tidak membenarkan... mereka bawa balik,mandikan sebab badannya penuh kutu ,beri minum susu dan makanan kucing serta letakkan didalam kotak di luar rumah...Mereka namakannya Jingga sebab warna orennya..

Ana beritahu anak-anak bahawa kita hanya selamatkannya dan biarlah dia pergi sebab ayah tak nak kita bela kucing di rumah.. hari demi hari mereka semakin sayang dan si Jingga pula tidak mahu pergi dari belakang rumah dan ada kalanya anak-anak curi-curi bawa masuk kebilik tidur mereka tanpa pengetahuan ayah.. Akhirnya ayah tewas juga bila adik memujuk untuk terus membelanya dengan syarat dia tidak buang najis dalam rumah....

Inilah saiz Jingga masa mula-mula kami jumpa dan peliharanya tahun 2011
Kini.... Jingga semakin besar dan dah tinggal bersama kami selama dua tahun..dan dia menjadi kesayangan keluarga kecil kami...malah jika balik kampongpun kami turut membawanya bersama..malah tok dan opah pun sangat sayang pada Jingga...

Jingga suka makan ikan tawar yang di rebus dengan nasi,nuget ayam,ayam goreng dan roti canai atau roti gardenia...setiap kali kami makan di luar atau jalan-jalan pasti balik belikan dia makanan tin kesukaannya iaitu perisa salmon dan tuna...Tiap-tiap malam dia tidur di dalam sangkarnya yang dihias oleh anak-anak dengan bantal,alas dan langsir walaupun seringkali ana buang sebab dia terbuang najis didalamnya...

Itulah kisah Jingga seekor kucing biasa yang di pungut di tepi jalan dan sedangkan Junjungan kita Nabi Muhammad saw kasih akan haiwan ini apatah lagi kita sebagai umatnya perlulah mengikuti peradaban Baginda yang kasih akan haiwan... kerana sesesungguhnya tiada satupun yang Allah swt jadikan sia-sia kecuali untuk beribadat kepadaNya...

Disini ana kongsikan beberapa keping fotofoto Jingga yang comel dan macam-macam kerenah.... Wasalam..


















Tiada ulasan:

Catat Ulasan