sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Selasa, 19 Mei 2015

Resepi Cheesekut Mudah


Resepi Cheesekut Mudah

Kali ini ana kongsikan salah satu resepi yang paling mudah dan cepat untuk disediakan.Sebenarnya anak-anak ana yang menyempurnakan resepi cheesekut ni tanpa bantuan ibunya.Ana cuma belikan bahan-bahan dan mereka mendapatkan resepi dari blog nameeroslan dan tahu-tahu dah siap selepas beberapa jam dibekukan dalam petisejuk.Anak-anak memang menggemari makanan yang berkeju ni.Jadi hari ini ana kongsikan kembali resepi mudah untuk menyediakan cheesekut dari cream creaker sebagai bahan asasnya.


resepi cheesekut mudah


Senang dan mudah sangat untuk membuat cheesekut tanpa proses memasak samada membakar atau mengukusnya.Ana kongsikan antara bahan-bahan yang diperlukan:

- Cream Cheese ( ana gunakan Tatura pek kecil)
- 3/4 tin susu pekat manis
- 1 kotak susu segar ( ana guna Dutch Lady )
- 1 pek biskut Oreo
- 1 pek biskut cream creaker atau ada juga yang menggunakan biskut marie

Cara-caranya:

- Rendam biskut cream creaker ke dalam susu segar Datch Lady seketika, jangan sampai terlalu lembut.Tinggalkan baki susu segar untuk langkah seterusnya.
- Satukan cream cheese Tatura,susu pekat manis dan susu segar dalam anggaran 4 sudu ikut kepekatan yang diingini ke dalam blender.Kisarkan sehingga sebati dan ketepikan.
- Buang krim biskut oreo dan gunakan pengisar kering untuk mengisarnya sehingga halus.
-Susun aturkan kepingan biskut cream creaker ke dalam bekas atau tupperware segi empat.
- Kemudian letakkan lapisan adunan cream cheese tadi.
- Di ikuti pula taburan serbuk biskut oreo.
- Ulang proses lapisan ketiga-tiga  lapisan sehingga selesai.
- Dibahagian atas sekali pastikan di lapisan cream cheese, dan taburan serbuk biskut oreo.
- Tutup bekas atau tupperware dan sejukkan didalam petiais sehingga 4 ke 5 jam.
- Siap untuk dipotong-potong atau di sudu terus dari dalam tupperware.


~berkongsi resepi di cheesekut mudah disini~

16 ulasan:

  1. Terima kasih untuk perkongsian resepi ini, Ana... :)

    BalasPadam
  2. dah pernah cuba cheesekut ni. Sekejap jer selesai hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang kan azie, laju je budak2 ni makan :)

      Padam
  3. asalam..hai k.ana..sori lama tak jenguk sini..wah..makanan lagi..EFG memang suka makanan kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam Khaty.. tu lama jangan menghilang terus dah ye, we missed you so much.. makanan lagi kan :)

      Padam
  4. Best resepi ini..
    Nak wat tiramisu pun boleh..
    Just tukar susu tu kepada nescafe..
    Macam2 jenis biskut leh pakai...

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah kan Shahida, tq for the tips.. :)

      Padam
  5. cheesekut! feveret sy gak ni kak ana!

    BalasPadam
    Balasan
    1. ramai yang suka cheesekut ni kan anamizu :)

      Padam
  6. cheesekut ye namanya..hari tu adik saya buat, tapi dia pun tak tau nama..hehe

    BalasPadam
  7. alamak sedapnye lahai.. asal nama cheese.. semua sedap =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. oo penggemar cheese lah cik CT ni rupanya :)

      Padam