sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Jumaat, 12 Jun 2015

EFG Dari Manual ke Auto Schedule Feed

EFG Dari Manual ke Auto Schedule Feed

EFG ialah Exchange Feed Group, rasanya ramai yang dah tahu kan, apakah dia Exchange Feed Group ini. Penubuhannya oleh Blogger gigih Mommy Irra dari www.irrayyan.com bermula dari awal sepuluh orang kini kami berganbung seramai 45 orang ahli yang aktif di dunia penulisan dan perkongsian blog.Matlamat asal kami tetap sama, iaitu bertukar-tukar Feed entri blog yang akan di paparkan sebanyak lima entri di setiap blog ahli EFG.Dengan cara ini, kami saling mempromosikan blog ahli secara langsung untuk menambah pageview dan unique visitor masing-masing.

Namun mulai hari ini 12 Jun 2015, kami melangkah ke satu langkah ke hadapan apabila dengan jayanya pertukaran feed antara ahli kini lebih profesional dan canggih kerana ia akan terpapar di setiap blog ahli secara automatik. Cuba lihat pada keratan gambar di bawah.Ataupun di bahagian atas blog www.anajingga.com atau mana-mana blog yang mempunyai logo bulat biru kebanggaan kami EFG.Itulah dia Exchange Feed Group pertukaran feed secara automatik.



Jika sebelum ini setiap malam kami menantikan jadual pertukaran feed dari BOD EFG yang disedia oleh Mommy Irra atau Ewento Marcello, kini segalanya telah dipermudahkan dengan usaha dan kepakaran suami Mommy Irra iaitu DaddyG.Alhamdulillah.Setiap pertukaran tarikh maka dengan sendirinya feed entri antara ahli akan berubah paparannya secara berjadual.Nampak lebih kemas dan sangat menarik.Dengan cara ini memudahkan lagi untuk pengunjung blog singgah ke mana-mana paparan entri yang menarik .

Langkah demi langkah telah kami lakukan ibarat dari merangkak kini kami mula bertatih bekerjasama dan saling bertukar-tukar pandangan untuk memajukan dan memperbaiki blog setiap ahli.Dan untuk julung kalinya juga kami di EFG telah berjaya menganjurkan satu Giveaway EFG Mega Raya 2015 dengan tawaran hadiah bernilai sehingga RM3100 dan penaja utama kami ialah Helenz Signature.Apa lagi blogger-blogger semua jangan lepaskan peluang ini, mana tahu rezeki Ramadan kali ini milik anda.

http://www.akupenghibur.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html
Klik banner untuk join

Harapan dan doa kami semua keluarga EFG semoga akan terus sukses dan berjaya berganding tangan bersama-sama di dalam segala perkongsian ilmu.Langkah demi langkah yang kami atur ,akan mendapat keberkatan dari setiap perkongsian yang baik-baik.Jalinan ukhwah bagaikan adik beradik di sebuah keluarga yang meriah dengan hilai tawa walau hanya di alam cyber ini akan terus erat terjalin.In Shaa Allah kerana setiap yang baik itu datangnya dari Allah swt dan yang tidak elok adalah dari kealpaan kami sebagai hambaNya jua.

EFG
Wajah-wajah kesayangan EFG


#EFGBukanSembangKosong  #ExchangeFeedGroup  #AwesomeEFG #EFG #anajinggadotcom


7 ulasan:

  1. Balasan
    1. erm singgah semata-mata nak tengok tulisan berangkai lah ye, babab.net FR baru tahu :O

      Padam
  2. Semakin maju kedepan EFG, Tahniah.dgn kerjasama semua yg terlibat.

    BalasPadam
  3. efg kini makin maju dan melangkah ke depan dgn lebih bergaya

    BalasPadam
  4. Semoga terus maju jaya ;-)

    BalasPadam