sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Ahad, 12 Julai 2015

#Cabaran20Hari - Aktiviti di Pagi Raya


Aktiviti di Pagi Raya ;



Ana rasa siapa dan di mana juga kita berada di pagi Syawal, pasti aktivitinya sama sahaja kan. Lepas solat Subuh terus bangun untuk persiapan juadah di dapur.Kemudian siap-siap untuk ke masjid atau surau berdekatan menunaikan solat sunat Aidil Fitri.

Kembali dari solat sunat, kita akan bermaaf-maafan seisi keluarga yang terdekat.Mulakan dari suami, mak, abah, adik-beradik, anak-anak.Masa ni lah kadang kala amat menyentuh perasaan.Sebak ada, kelakar pun ada ketika bersalaman dengan mereka ahli keluarga terdekat.

Bagi anak-anak pula, masa ni lah mereka dapat habuan duit raya.Kemudian selepas menjamu selera, lazimnya ana dan keluarga akan ke tanah perkuburan yang terletak di Kampung Durian Sebatang,Teluk Intan.Sayu dan hiba jiwa bila mereka yang pernah suatu ketika dahulu bersama meraikan Aidil Fitri, kini sudah tiada lagi.Tahlil dan Al-Fatihah menjadi kiriman buat arwah yang telah lebih awal meninggalkan kita.


2 ulasan: