#Cabaran20Hari - Menu Wajib Pagi Raya

by - Monday, July 13, 2015


Menu Wajib Pagi Raya

 


Antara menu wajib ada di meja makan keluarga kami ialah ketupat daun palas. Ketupat pulut ini sudah menjadi menu warisan keluarga di kampung halaman ana, Teluk Intan,Perak.Berpuluh tahun inilah yang kami sajikan juadah di pagi lebaran yang mulia.


Ketupat daun palas ini, perlu di lipat kelongsongnya di malam raya untuk memudahkan proses menyediakannya.Biasanya mak akan menanak pulut bersama santan dan kami ramai-ramai akan membungkus semula pulut ke dalam kelongsong ketupat tadi.Ketupat palas yang siap dibungkus akan di panaskan di atas api di dalam kuali yang besar supaya tidak basi keesokkan harinya.

Ketupat pulut ni, biasanya di makan bersama rendang ataupun kari ayam atau daging.Ada pelbagai kenangan lucu ketika ramai-ramai membungkus ketupat pulut ni.Jika arwah ibu saudara yang paling tua masih ada dahulu, pasti kami akan dimarahi kerana salah membungkus ketupat.Menurutnya bentuk segitiga ketupat palas itu mesti betul jika tidak ia dipanggil ketupat jantan.Sampai hari ini, ana masih tak tahu apa beza ketupat jantan dan ketupat palas betina.Segalanya kini menjadi kenang-kenangan apabila setiap tahun kami sama-sama mengulangi aktiviti membungkus ketupat palas ini.

You May Also Like

8 comments

  1. sedapnyaaa ketupat daun palas :)

    ReplyDelete
  2. Saya suka ketupat palas. Ada tempat pulut tu siap letak kacang. Ada yang makan dengan air gula.

    Selamat hari raya, sis Ana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Farrah MF, kat pantai timur selalunya depa buh kacang kan, Salam Lebaran juga buat Farrah MF dan terima kasih sering singgah ke sini.:)

      Delete
  3. eh sama pulak menu kita kak ana..hehehehmenu wajib ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama juga ye KG di Sabah pun..sedapnya kan :)

      Delete
  4. Dulu saya tak minat tapi sekarang rasa macam nak mintak tapau.. hehehe..

    ReplyDelete