Inggeris deko di ruang tamu

Susun atur rumah bertema Inggeris

Lain orang lain citarasanya,lain minatnya.Isnin lepas ana ke Manjung rumah adik sempena cuti Maulidur Rasul.Bermalam di rumah adik kali ini baru terfikir nak buat satu entri tentang hiasan dalaman hasil minat adik ipar ana,Juliana yang memang dari dahulu sangat meminati seni susun atur hiasan dalaman bertema Inggeris.Tinggal di sebuah rumah teres setingkat kuanters kakitangan kerajaan tidak menghadkan minatnya untuk menghias ruang tamu rumah dengan ciri-ciri English Cottage.Seperti pepatah mengatakan 'Rumahku Syurgaku' sudah pasti dimana sahaja kita tinggal,rumah adalah syurga kita sekeluarga dan sudah pasti syurga itu sangat indah dan selesa buat penghuninya.

Bagi yang meminati seni hiasan Inggeris ini,ana harap perkongsian ana disini dapat memberi serba sedikit ilham untuk menatarias kediaman masing-masing.Ju mula mengumpul koleksi English Cottage ini sejak beberapa tahun yang lalu.Ada yang dibeli di kedai-kedai hiasan Inggeris,melalui jualan online dan paling kreatif apabila menghasilkan seni decoupagenya sendiri.Banyak juga menerima tempahan membuat decoupage ini dari teman-teman facebooknya dan untuk kegunaannya sendiri.Begitulah bila minat dan tekun pasti akan membuah hasil,paling tidak memberi kepuasan diri sendiri.

Disini ana kongsikan beberapa keping foto di ambil dari sudut-sudut ruang tamu rumahnya.Bukan niat hendak menunjuk-nunjuk tetapi berfikiran positif supaya dapat berkongsi idea kreatif ini dengan mereka yang mempunyai minat yang sama dalam seni hiasan rumah ala Inggeris ini.

Rak hiasan dinding
Rak hiasan di dinding ini di letakkan set minuman teh bertema Inggeris di hadapan meja makan.

Rak berkaki di sudut ruang makan
Rak berkaki dari kayu bercat putih ini diletakkannya di ruang sudut meja makan manakala dihadapannya terdapat sebuah sangkar burung berkaki sebagai hiasan tambahan.

Ruang makan
Memandangkan ruang rumah yang terhad,Ju memilih meja makan dengan 4 bangku kayu putih sahaja tambahan pula mereka hanya bertiga tinggal di rumah ini.Ia dapat mengoptimakan lagi ruang tamu rumah.

Laluan ke ruang dapur
Sebuah cermin hiasan bertingkap di gantung di dinding laluan ke dapur.Dibawahnya pula meja kayu kecil dihiasi aksesori comel ala Inggeris manakala di dinding hadapan di gantung sebuah jam.

Ruang dapur
Ruang dapur yang comel ini juga mendapat sentuhan ala-ala English Cottage.Begitulah dimana ada kemahuan disitu ada jalan,tak kira ruang dapur yang luas atau kecil sekiranya ada minat untuk menghias pasti akan memberi kepuasan kepada penghuninya.

Ruang tamu
Ini pula ruang tamu rumah menggunakan sebuah sofa jalur yang ditempah, diserikan sudut tepi dengan sebuah almari kayu putih dan sebuah lagi rak besi putih untuk meletakkan koleksi hiasan Inggerisnya.

Rak telefon
Disebelah sofa diletakkan sebuah lagi rak besi berkaki yang diletakkan telefon antik tetapi masih berfungsi.

Meja konsul
Disalah satu ruang pula di letakkan sebuah meja konsul dan cermin besar di hiasi koleksi Inggerisnya lagi.Rumah ini menggunakan warna asas putih dan dinding utama berwarna pink lembut.

Perkongsian idea kreatif pemilik rumah ini moga-moga memberikan sedikit ilham untuk mereka yang berminat dalam seni susun atur rumah berkonsep Inggeris atau English Cottage.

Mahu Deko! Deko! Deko!.. Klik je sini!

Terkini ana updatekan Hiasan Rumah Julia Alisya dengan gaya baru bertema Romantic English Cottage, sila klik di SINI


~berkongsi idea~




47 Comments

  1. Assalamualaikum kak, cantiknya. dekat kawasan rumah sheila ada gak rumah bercirikan Inggeris gini. dari laman rumah jiran dah tahu hehehaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti lamannya cantik sheila kan penuh bunga2 agaknya..

      Delete
  2. cantiknyaaa kak :) nina pun suka english style. tp kalau nk deco semua cenggini sekali harung confirm pengsan. hehe. kena slow2 la kan kan

    ReplyDelete
  3. cantik....pandai pulak susun atur lagi tambah nampak cantik dan kemas

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq dayah.kalau dah minat macam tu lah kan..

      Delete
  4. kalau kena gaya susunannya....cantik juga gaya inggeris ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu OZIE MAHSA, terpulang pada kreativi masing-masing.

      Delete
  5. Cantik! Rumah adik ina pun kat Manjung gak ct..

    ReplyDelete
  6. seronok tengok rumah yang deko ala-ala inggeris ni

    ReplyDelete
  7. terima kasih semua...kita ikutlah idea dan minat masing2 kan lain orang lain citarasanya..janji selesa..

    ReplyDelete
  8. waa cantik-cantik. sy mg suka ni inggeris style. tp belum bkesempatan lg nak buat kat rumah sdri. sebab selalu bcanggah pendapat dgn husband haha. dia suka moden sy suka mcm ni. alih2 buat rumah mcm biasa. sudah. dua2 tak gado haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe macam tu kisahnya, Liza buat tema English kat ruang tamu,husband buat tema moden kat dapur kan settle..bolehlah tu Liza janji selesa dan mempunyai cukup ruang untuk Akim.

      Delete
  9. wah.. minat betul ipar akk yer.. jiran lilynn pun suke sgt dengan vantage.. satu rumah vantage..

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm tulah Lilynn: mesti meriah rumah jiran tu dengan vantage setnya kan..

      Delete
  10. cnteekknyeee..sejuk mata mandang...tapi suami sha xsuka english style...iskkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha...ni adik ipar kak ana punya rumah..mmg kena ada minat yg sama dalam kreativiti menghias rumah ni..

      Delete
  11. Salam tuan dan puan

    Maaf menGanggu saya Adhwa Zulhilmi, dari continental aces laminated and vinyl floor and artificial grass specialist. Jikalau berminat untuk flooring (wood), bolehlah sudi menghubungi saya untuk harga yang kompetitif dan kualiti yang tinggi mengikut bajet saudara dan saudari :) 0179865933 (laman web http://www.acesloc.com.my/contactus.html)

    Terima Kasih

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum ana...wah cantik n menarik la...

    ReplyDelete
  13. cantik sangat,,saya suka tengok perhiasan ala inggeris ni..tp tak cukup kreatif utk menggayakannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada minat Mar, semua boleh jadi,cubalah perlahan-lahan dahulu.. :)

      Delete
  14. nk buat camni jugak nanti dah ada rumah sendiri,,hehe

    ReplyDelete
  15. rumah tema inggeris ni, menariknya sbb kaler2 die lembut. dinding pun takde kaler sangat. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpulang pada kreativiti masing2 kan Hanis dalam menatarias rumah ,macam-macam tema ada sekarang ni :)

      Delete
  16. nice... suka tengok..kreatif..kaler pon soft je..sukaaa :D

    ReplyDelete
  17. assalam tengah cari fireplace tu kat mane jual ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. menurut adik ipar ana, membelinya di online dari FB rakannya :)

      Delete
  18. Cantik.....suka diana tengok.....

    ReplyDelete
  19. nampak menarik, suka tengok...

    ReplyDelete
  20. Sye ske sgt...decor yg mcm ni...nice and cozy...mcm duduk kt rmh omputeh je..byk brg hiasan yg cantik2.

    ReplyDelete