Di rumah ni, setiap malam kami tak makan nasi campur.Biasanya nasi campur hanya makan di waktu tengahari sahaja.Untuk makan malam, ana biasanya menyediakan menu-menu yang ringkas dan panas-panas untuk hidangan keluarga.Malam semalam terfikir nak buat nasi goreng pula.Sehari sebelumnya kami makan di kedai tomyam nasi goreng cendawan, tapi hampa kerana cendawannya ciput sangat di dalam nasi goreng.Petang tadi ana ke kedai beli sepeket cendawan tiram dan malamnya terhasillah nasi goreng cendawan paling sempoi versi anajingga.com.Jom tengok apa yang ana masukkan dalam resepi nasi goreng cendawan kali ini.

resepi nasi goreng cendawan


Resepi Nasi Goreng Cendawan Mudah

Bahan-bahan yang ana gunakan:

Bawang merah               3 ulas
Bawang putih                 2 ulas
Cili api                           5 biji (ikut kepedasan masing-masing)
Ikan bilis                        segenggam
Cendawan tiram             sepeket (carik-carikkan)
Kicap manis
Sos tiram
Garam
Nasi yang telah disejukkan seketika

Caranya:

Tumbuk lumat bawang merah,bawang putig, cili api dan ikan bilis.Tumiskan di dalam kuali.
Masukkan cendawan dan tuangkan kicap dan sos tiram.
Masukkan nasi dan gaul rata.
Tambah garam ikut rasa dan siaplah nasi goreng cendawan yang mudah dan ringkas.


36 Comments

  1. masak kat rumah lagi puas hati kan kak anna dari mkn di kedai..boleh buh byk2 bhn..huhuhuhu..

    ReplyDelete
  2. Salam, haa sy pun suka NG Cendawan ni, sama mcm ana, makan kat kedai xpuas..cendawan secebis2 je..haha masak sendiri letaklah banyak mana pun cendawan..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan lynn buh lah suka ati nak banyak mana pun lagi best :)

      Delete
  3. bila masak sendiri...masuk la byk mana pun ramuan kan....best

    ReplyDelete
  4. Asalamualaikum..lama tak singgah sini..sedap ni...letak cendawan banyak2..puas makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam yanty.. betul kan kita letak banyak-banyak bahan-bahannya pastu ngap ramai-ramai :)

      Delete
  5. Mmm..tak pernah terpikir pun nak buat nasi goreng cendawan ni pula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha Kak Mala kita kongsi-kongsi idea masakan kak :)

      Delete
  6. orang cakap kalau nak makan nasi goreng cendawan tunggu lepas hujan


    JOM FOLLOW SAYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok ewan.. kak ana tunggu lepas hujan ye..sebab laa ni tengah jerebu kan :)

      Delete
  7. wah bestnya akak mlm tak makan nasi berlauk.
    nasig goreng cendawan sedappppp:)

    ReplyDelete
  8. Mmg feveret nasi goreng cendawan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka ye eyda, wah lama tak ziarah kakak ni :)

      Delete
  9. Orang rumah pon selalu masak nasi goreng kalau makan malam, malas katanya hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah SP, kak ana pun selalu menu2 ringkas macam ni je kalau malam-malam ni :)

      Delete
  10. Sedapnyaaa. Tapi nani lagi suka kalau cendawan tu goreng celup tepung :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap juga nani cendawan goreng tepung, cuma kena makan panas-panas kan :)

      Delete
  11. dapnyerrr..tapi kann tak makan cendawan..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa zatie tak make' cendawan rupanya..kelate' panggil kulat kan hihi :)

      Delete
  12. sedapnya..ringkas tapi menyelerakan..

    ReplyDelete
  13. Masak kat rumah makan boleh bertambah dan berulang2 kan kak ana

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan SA, macam SA rajin sangat siap bawa bekal puas ati kan :)

      Delete
  14. Zumal suka nasi goreng cendawan nie... Nanti nak try buat, selalu beli jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try je zumal lasgi best buh je banyak2 cendawannya hihi :)

      Delete
  15. terasa lapar bila tengok nasi goreng..padahal baru sarapan

    ReplyDelete