Nasi Goreng Cendawan Menu Malam Yang Ringkas
Di rumah ni, setiap malam kami tak makan nasi campur.Biasanya nasi campur hanya makan di waktu tengahari sahaja.Untuk makan malam, ana biasanya menyediakan menu-menu yang ringkas dan panas-panas untuk hidangan keluarga.Malam semalam terfikir nak buat nasi goreng pula.Sehari sebelumnya kami makan di kedai tomyam nasi goreng cendawan, tapi hampa kerana cendawannya ciput sangat di dalam nasi goreng.Petang tadi ana ke kedai beli sepeket cendawan tiram dan malamnya terhasillah nasi goreng cendawan paling sempoi versi anajingga.com.Jom tengok apa yang ana masukkan dalam resepi nasi goreng cendawan kali ini.
Resepi Nasi Goreng Cendawan Mudah
Bahan-bahan yang ana gunakan:Bawang merah 3 ulas
Bawang putih 2 ulas
Cili api 5 biji (ikut kepedasan masing-masing)
Ikan bilis segenggam
Cendawan tiram sepeket (carik-carikkan)
Kicap manis
Sos tiram
Garam
Nasi yang telah disejukkan seketika
Caranya:
Tumbuk lumat bawang merah,bawang putig, cili api dan ikan bilis.Tumiskan di dalam kuali.
Masukkan cendawan dan tuangkan kicap dan sos tiram.
Masukkan nasi dan gaul rata.
Tambah garam ikut rasa dan siaplah nasi goreng cendawan yang mudah dan ringkas.
36 Comments
masak kat rumah lagi puas hati kan kak anna dari mkn di kedai..boleh buh byk2 bhn..huhuhuhu..
ReplyDeletetu lah ummul, buh je salagi mahu kan :)
DeleteSalam, haa sy pun suka NG Cendawan ni, sama mcm ana, makan kat kedai xpuas..cendawan secebis2 je..haha masak sendiri letaklah banyak mana pun cendawan..hihi
ReplyDeletekan lynn buh lah suka ati nak banyak mana pun lagi best :)
Deletebila masak sendiri...masuk la byk mana pun ramuan kan....best
ReplyDeleteyelah kan azie :)
Deleteaduhhhh tgk entry ni lapar balik :(
ReplyDeleteSuki lapar memanjang haha :)
Deletenak sikit..")
ReplyDeletemeh sini puan wawa :)
DeleteAsalamualaikum..lama tak singgah sini..sedap ni...letak cendawan banyak2..puas makan.
ReplyDeleteWaalaikumsalam yanty.. betul kan kita letak banyak-banyak bahan-bahannya pastu ngap ramai-ramai :)
DeleteMmm..tak pernah terpikir pun nak buat nasi goreng cendawan ni pula...
ReplyDeletehaha Kak Mala kita kongsi-kongsi idea masakan kak :)
Deleteorang cakap kalau nak makan nasi goreng cendawan tunggu lepas hujan
ReplyDeleteJOM FOLLOW SAYA
Ok ewan.. kak ana tunggu lepas hujan ye..sebab laa ni tengah jerebu kan :)
Deletewah bestnya akak mlm tak makan nasi berlauk.
ReplyDeletenasig goreng cendawan sedappppp:)
hehe Mieja jaga diet lah konon :)
DeleteMmg feveret nasi goreng cendawan ni
ReplyDeletesuka ye eyda, wah lama tak ziarah kakak ni :)
Deletesuka semua jenis cendawan :D
ReplyDeletesamalah kak ana pun hanis :)
DeleteOrang rumah pon selalu masak nasi goreng kalau makan malam, malas katanya hehe..
ReplyDeletesamalah SP, kak ana pun selalu menu2 ringkas macam ni je kalau malam-malam ni :)
Deletetq Syah :)
ReplyDeleteSedapnyaaa. Tapi nani lagi suka kalau cendawan tu goreng celup tepung :D
ReplyDeletesedap juga nani cendawan goreng tepung, cuma kena makan panas-panas kan :)
Deletedapnyerrr..tapi kann tak makan cendawan..hihi
ReplyDeletelaa zatie tak make' cendawan rupanya..kelate' panggil kulat kan hihi :)
Deletesedapnya..ringkas tapi menyelerakan..
ReplyDeleteringkas je HS menu makan malam kan :)
DeleteMasak kat rumah makan boleh bertambah dan berulang2 kan kak ana
ReplyDeletekan SA, macam SA rajin sangat siap bawa bekal puas ati kan :)
DeleteZumal suka nasi goreng cendawan nie... Nanti nak try buat, selalu beli jer...
ReplyDeleteTry je zumal lasgi best buh je banyak2 cendawannya hihi :)
Deleteterasa lapar bila tengok nasi goreng..padahal baru sarapan
ReplyDelete