Aiskrim Kelapa

by - Monday, October 05, 2015


Aiskrim Kelapa



Nampak sedapkan?? Memang sedap..sedap sangat pada citarasa ana dan Adik Ika.Dah lama ana mencari di mana untuk menikmati aiskrim kelapa ni.Petang itu kebetulan kami ke Selayang Mall untuk mencari beberapa barang keperluan, terpandang sebuah kiosk yang menjual aiskrim kelapa.Dan akhirnya tercapailah hasrat untuk merasai sendiri aiskrim kelapa yang menjadi trend masa kini.


Terdapat pelbagai versi aiskrim kelapa yang dijual di pasaran kini.Antaranya ialah aiskrim dengan pelbagai perisa yang dicampurkan dengan isi kelapa muda.Untuk aiskrim kelapa yang ana nikmati di Sangkaya ni, aiskrimnya sendiri diperbuat dari kelapa muda yang sangat lemak dan enak.Terdapat dua pilihan untuk menu signature dish mereka disini iaitu aiskrim kelapa sendiri dan aiskrim perisa teh tarik.Setelah merasa kedua-dua sample yang diberi, ana memilih untuk menikmati aiskrim perisa kelapa.



Kiosk aiskrim kelapa Sangkaya ni terletak di Selayang Mall, Selayang.Di bahagian luar kompleksnya. Apabila kita memilih signature dish aiskrim kelapa ni, kita diberi pilihan untuk meletakkan toppingnya dengan pelbagai pilihan topping yang ada, antaranya jagung, corn flake, mix fruit, kismis dan lain-lain lagi.Letaklah seberapa banyak yang kita mahukan.



Harga untuk sebekas aiskrim kelapa dengan signature dish yang kami pilih ialah RM10.50.Ia disajikan di dalam kelapa muda yang dicampurkan dengan beberapa sudu isi kelapa muda dan topping pilihan.Agak mahal tetapi memang sedap dan rasa yang sangat unik,lemak dan enak dinikmati.Kita juga diberi beberapa pilihan lain seperti yang tertera di atas.Bagi yang ingin mencubanya bolehlah ke Selayang Mall.


~berkongsi kisah aiskrim kelapa disini~

You May Also Like

50 comments

  1. Wah kak ana dah mencuba ye...alhamdulillah syukur...terluir PC kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah PC, dapat dah merasanya hihi :) sedap sangat.

      Delete
  2. wah, kak Ana merasa eh aiskrim kelapa. pernah dengar pasal Sangkaya ni. tapi tgk harga dia. gulp

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom Amy.. lawan bowling.. sape menang belanja eskrem tempurung ni...!! :)

      Delete
    2. Amy harga memei boleh tahan lah tapi tu kak ana kata makan sesekali boleh lah kan hhihi :)

      Delete
    3. eskrim tempurung ye, mentang-mentang lah awak makan magnum je kan hamboi kan men ,babab baru tahu :)

      Delete
  3. Memang nampak sedap dan unik, harga pun ok... kena try nie ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kesempatan boleh try zumal :)

      Delete
  4. Ini sudah melampau nie...
    mengoda dengan makanan yang sedap2..
    Petang nie AM nak pi cari..

    Siap review penghargaan kepada penganjur Giveaway

    Follow blog AlongMisuari

    Artikel TERBARU AM
    Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1K Give Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000
    Hadiah daripada AM untuk sahabat AM Ebook Percuma Putihkan Gigi
    Hadiah dari AM untuk sahabat Lelaki AM Ebook Percuma (Rahsia Lelaki)

    HOT ITEM..
    LeoRa For Men
    LeoRa For Women

    Terima Kasih
    AlongMisuari

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. cedap Nani, pi cari cepat nanti kan suka JJCM ;0

      Delete
  6. hai k.ana..ini bukan nampak sedap, tapi memang sedappppp sangat..

    Jom baca entry terbaru khaty  DRAMA TV / MOVIE FEVERET | Cabaran7Hari

    ReplyDelete
  7. Nampak menarik. Kiosk pun cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak sedap rasa pun sedap CP :)

      Delete
  8. kreatif kan? belum pernah try lg ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kreatif kan, Suki pasni JJCM sini pula kay :)

      Delete
  9. Amboi..dengar cerita pun dah rasa kesedapannya...sini tak ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak mala kalau tak ada buat homemade je lah kan , pasti lagi sedap .

      Delete
  10. Salam, wahh ade jugak perisa teh tarik ye..haha tp rasanya perisa kelapa lebih segar kot? mmg nampak sedap, kedai pun lawa..cuma kalau sy sorang makan satu 'mangkuk' tu, mmg xhabis tuu...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. lynn perisa kalapa lagi sedap Lyn, boleh habis kut Lyn sebab sedap hihi :)

      Delete
  11. aarrrgghhh....!! satu tak cukup nii... hehehehehee... :)

    ain pun dah try sekali kat Wangsa Walk, sekali lagi kat NU Sentral.. memang sedap dan unik.. ain suka letak jagung dgn kacang lebih.. crunchy gituuu..

    tapi harga memang agak mahal la.. sampai sekarang buat kira2 apa agaknya yg mahal sangat tu.. kerana tempurungnya kah...??!!! :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. wangsa walk ada ye ain, tak perasan pula kak ana, tu lah sebab tu tak leh makan selalu hihi :)

      Delete
  12. mummy pun dah rasa sangkaya.. sodap! nak nak waktu tgh..perghhh.. satu memang tak cukup.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kam mummy, tu lah walaupun mahal tetapi lazat sangat :)

      Delete
  13. sedapnya aiskrim...kak ana..belanja laaa..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi meh datang sini zatie, kak ana bawa makan eskrim kelapa :)

      Delete
  14. aiskrim kelapa pernah rasa tapi yang siap di tambah dengan jagung semua macam ni tak pernah rasa lagi la kak..nampak sedap nya..teringin pulak..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah ada yang memang perisa kelapa, ada yang aiskrim perisa lain tapi di makan dengan isi kelapa kan DR, nanti boleh lah cuba pula dengan anak-anak DR :)

      Delete
  15. Haritu ada ternmpk masa jln2 kt setia city mall..teringin nk cuba..tpi bru pas mkn pulak..lain kli lah.hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok pasni ummul cuba pula ye hihi :)

      Delete
  16. Replies
    1. haha gi cari aida boleh je cuba nanti kay :)

      Delete
  17. sedapnyaaa.. pernah makan dulu.. tapi skang cari tempat jual tu dh tutup.. huhuhu

    ReplyDelete
  18. Sang Kaya ~ yummeh !

    bila entah nak sampai Penang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana tahu Zaf sikit masa lagi sampai penang lak nanti :)

      Delete
  19. Sedapnya...tgk aiskrim tu k.ana...sbr jela kan....hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap rubiah, memang sedap hihi :)

      Delete
  20. assalamualaikum ana...sedapnya tengok ais krim tu...rasa nak mkn pulak...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama, hihi sedap mama eskrim kelapa ni :)

      Delete
  21. maaaaaaaaaaaaaaaaakin mahal !! huhu..
    sedih kejap.. dulu below rm10..
    eh x adalah dulu mana.. dalam few months ago je huurm..

    ReplyDelete
  22. alaaaasedapnyee. teringinn nak makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti leyla pii cari ye kut2 kat perlis ada kan :)

      Delete