Aiskrim Kelapa



Nampak sedapkan?? Memang sedap..sedap sangat pada citarasa ana dan Adik Ika.Dah lama ana mencari di mana untuk menikmati aiskrim kelapa ni.Petang itu kebetulan kami ke Selayang Mall untuk mencari beberapa barang keperluan, terpandang sebuah kiosk yang menjual aiskrim kelapa.Dan akhirnya tercapailah hasrat untuk merasai sendiri aiskrim kelapa yang menjadi trend masa kini.


Terdapat pelbagai versi aiskrim kelapa yang dijual di pasaran kini.Antaranya ialah aiskrim dengan pelbagai perisa yang dicampurkan dengan isi kelapa muda.Untuk aiskrim kelapa yang ana nikmati di Sangkaya ni, aiskrimnya sendiri diperbuat dari kelapa muda yang sangat lemak dan enak.Terdapat dua pilihan untuk menu signature dish mereka disini iaitu aiskrim kelapa sendiri dan aiskrim perisa teh tarik.Setelah merasa kedua-dua sample yang diberi, ana memilih untuk menikmati aiskrim perisa kelapa.



Kiosk aiskrim kelapa Sangkaya ni terletak di Selayang Mall, Selayang.Di bahagian luar kompleksnya. Apabila kita memilih signature dish aiskrim kelapa ni, kita diberi pilihan untuk meletakkan toppingnya dengan pelbagai pilihan topping yang ada, antaranya jagung, corn flake, mix fruit, kismis dan lain-lain lagi.Letaklah seberapa banyak yang kita mahukan.



Harga untuk sebekas aiskrim kelapa dengan signature dish yang kami pilih ialah RM10.50.Ia disajikan di dalam kelapa muda yang dicampurkan dengan beberapa sudu isi kelapa muda dan topping pilihan.Agak mahal tetapi memang sedap dan rasa yang sangat unik,lemak dan enak dinikmati.Kita juga diberi beberapa pilihan lain seperti yang tertera di atas.Bagi yang ingin mencubanya bolehlah ke Selayang Mall.


~berkongsi kisah aiskrim kelapa disini~