Aiskrim Kelapa
Aiskrim Kelapa
Nampak sedapkan?? Memang sedap..sedap sangat pada citarasa ana dan Adik Ika.Dah lama ana mencari di mana untuk menikmati aiskrim kelapa ni.Petang itu kebetulan kami ke Selayang Mall untuk mencari beberapa barang keperluan, terpandang sebuah kiosk yang menjual aiskrim kelapa.Dan akhirnya tercapailah hasrat untuk merasai sendiri aiskrim kelapa yang menjadi trend masa kini.
Terdapat pelbagai versi aiskrim kelapa yang dijual di pasaran kini.Antaranya ialah aiskrim dengan pelbagai perisa yang dicampurkan dengan isi kelapa muda.Untuk aiskrim kelapa yang ana nikmati di Sangkaya ni, aiskrimnya sendiri diperbuat dari kelapa muda yang sangat lemak dan enak.Terdapat dua pilihan untuk menu signature dish mereka disini iaitu aiskrim kelapa sendiri dan aiskrim perisa teh tarik.Setelah merasa kedua-dua sample yang diberi, ana memilih untuk menikmati aiskrim perisa kelapa.
Kiosk aiskrim kelapa Sangkaya ni terletak di Selayang Mall, Selayang.Di bahagian luar kompleksnya. Apabila kita memilih signature dish aiskrim kelapa ni, kita diberi pilihan untuk meletakkan toppingnya dengan pelbagai pilihan topping yang ada, antaranya jagung, corn flake, mix fruit, kismis dan lain-lain lagi.Letaklah seberapa banyak yang kita mahukan.
Harga untuk sebekas aiskrim kelapa dengan signature dish yang kami pilih ialah RM10.50.Ia disajikan di dalam kelapa muda yang dicampurkan dengan beberapa sudu isi kelapa muda dan topping pilihan.Agak mahal tetapi memang sedap dan rasa yang sangat unik,lemak dan enak dinikmati.Kita juga diberi beberapa pilihan lain seperti yang tertera di atas.Bagi yang ingin mencubanya bolehlah ke Selayang Mall.
~berkongsi kisah aiskrim kelapa disini~
49 Comments
Wah kak ana dah mencuba ye...alhamdulillah syukur...terluir PC kak..
ReplyDeleteAlhamdulillah PC, dapat dah merasanya hihi :) sedap sangat.
Deletewah, kak Ana merasa eh aiskrim kelapa. pernah dengar pasal Sangkaya ni. tapi tgk harga dia. gulp
ReplyDeletejom Amy.. lawan bowling.. sape menang belanja eskrem tempurung ni...!! :)
DeleteAmy harga memei boleh tahan lah tapi tu kak ana kata makan sesekali boleh lah kan hhihi :)
Deleteeskrim tempurung ye, mentang-mentang lah awak makan magnum je kan hamboi kan men ,babab baru tahu :)
DeleteMemang nampak sedap dan unik, harga pun ok... kena try nie ^-^
ReplyDeleteada kesempatan boleh try zumal :)
DeleteIni sudah melampau nie...
ReplyDeletemengoda dengan makanan yang sedap2..
Petang nie AM nak pi cari..
Siap review penghargaan kepada penganjur Giveaway
Follow blog AlongMisuari
Artikel TERBARU AM
Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1K Give Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000
Hadiah daripada AM untuk sahabat AM Ebook Percuma Putihkan Gigi
Hadiah dari AM untuk sahabat Lelaki AM Ebook Percuma (Rahsia Lelaki)
HOT ITEM..
LeoRa For Men
LeoRa For Women
Terima Kasih
AlongMisuari
jumpa tak cari AM :)
DeleteSangat sedap..;)
ReplyDeletekan SP sangat sedap :)
DeleteSedaaaaap ;D
ReplyDeletecedap Nani, pi cari cepat nanti kan suka JJCM ;0
Deletehai k.ana..ini bukan nampak sedap, tapi memang sedappppp sangat..
ReplyDeleteJom baca entry terbaru khaty DRAMA TV / MOVIE FEVERET | Cabaran7Hari
hihi sedap sesangat kan khaty :)
DeleteNampak menarik. Kiosk pun cantik
ReplyDeletenampak sedap rasa pun sedap CP :)
Deletekreatif kan? belum pernah try lg ni
ReplyDeletekreatif kan, Suki pasni JJCM sini pula kay :)
DeleteAmboi..dengar cerita pun dah rasa kesedapannya...sini tak ada.
ReplyDeletekak mala kalau tak ada buat homemade je lah kan , pasti lagi sedap .
DeleteSalam, wahh ade jugak perisa teh tarik ye..haha tp rasanya perisa kelapa lebih segar kot? mmg nampak sedap, kedai pun lawa..cuma kalau sy sorang makan satu 'mangkuk' tu, mmg xhabis tuu...haha
ReplyDeletelynn perisa kalapa lagi sedap Lyn, boleh habis kut Lyn sebab sedap hihi :)
Deletesedappp
ReplyDeletesedap cik T :)
Deleteaarrrgghhh....!! satu tak cukup nii... hehehehehee... :)
ReplyDeleteain pun dah try sekali kat Wangsa Walk, sekali lagi kat NU Sentral.. memang sedap dan unik.. ain suka letak jagung dgn kacang lebih.. crunchy gituuu..
tapi harga memang agak mahal la.. sampai sekarang buat kira2 apa agaknya yg mahal sangat tu.. kerana tempurungnya kah...??!!! :p
wangsa walk ada ye ain, tak perasan pula kak ana, tu lah sebab tu tak leh makan selalu hihi :)
Deletemummy pun dah rasa sangkaya.. sodap! nak nak waktu tgh..perghhh.. satu memang tak cukup.. :p
ReplyDeletesedap kam mummy, tu lah walaupun mahal tetapi lazat sangat :)
Deletesedapnya aiskrim...kak ana..belanja laaa..heheh
ReplyDeletehihi meh datang sini zatie, kak ana bawa makan eskrim kelapa :)
DeleteHaritu ada ternmpk masa jln2 kt setia city mall..teringin nk cuba..tpi bru pas mkn pulak..lain kli lah.hehehehe
ReplyDeleteok pasni ummul cuba pula ye hihi :)
DeleteTetliur jap tgk eskrim ni kakk..
ReplyDeletehaha gi cari aida boleh je cuba nanti kay :)
Deletehaah ada yang memang perisa kelapa, ada yang aiskrim perisa lain tapi di makan dengan isi kelapa kan DR, nanti boleh lah cuba pula dengan anak-anak DR :)
ReplyDeletesedapnyaaa.. pernah makan dulu.. tapi skang cari tempat jual tu dh tutup.. huhuhu
ReplyDeleteeny kan boleh buat sendiri je :)
DeleteSang Kaya ~ yummeh !
ReplyDeletebila entah nak sampai Penang...
mana tahu Zaf sikit masa lagi sampai penang lak nanti :)
DeleteSedapnya...tgk aiskrim tu k.ana...sbr jela kan....hehehe..
ReplyDeletesedap rubiah, memang sedap hihi :)
Deleteassalamualaikum ana...sedapnya tengok ais krim tu...rasa nak mkn pulak...:)
ReplyDeletewaalaikumsalam mama, hihi sedap mama eskrim kelapa ni :)
Deletemaaaaaaaaaaaaaaaaakin mahal !! huhu..
ReplyDeletesedih kejap.. dulu below rm10..
eh x adalah dulu mana.. dalam few months ago je huurm..
haha sudah naik wooo CT hihi :)
Deletealaaaasedapnyee. teringinn nak makan
ReplyDeletenanti leyla pii cari ye kut2 kat perlis ada kan :)
Delete