sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Jumaat, 2 Oktober 2015

Inilah Terung Pipit


Terung pipit 



Anak kampung macam ana ni memang biasa dengan ulam-ulaman segar yang ada di keliling rumah.Salah satu pokok yang tak pernah pupus sejak dari kecil sampai sekarang yang ada di halaman rumah arwah Tok ni ialah pokok terung pipit.Mak ana panggil terung rembang. Lebat berbuah dan balik kali ni, ana mengikut sepupu yang datang untuk memetik buah terung pipit untuk di masak sambal tumis dengan ikan bilis katanya.

Sambil berbual memetik buah terung pipit ni, ana rakamkan dua keping foto untuk di kongsikan dengan pengunjung anajingga.com. Mungkin anak-anak muda sekarang ni ada yang tak kenal rupa paras terung pipit kan...kalau nak tahu inilah rupanya.

Pokok terung pipit ni renek sahaja dan biasanya tumbuh meliar di halaman.Berbunga putih sebelum menjadi buah yang berwarna hijau kecil-kecil.Isinya sama seperti buah terung bulat, berbijiian halus dan banyak didalamnya.Rasanya agak pahit sedikit tapi bila di masak bersama kerang tumis sangat sedap rasanya.Ada juga yang memasak dengan ikan bilis sebagai sambal tumis.Dan sering kali dijadikan ulam-ulaman bersama sambal.Untuk di makan sebagai ulam, buah terung pipit ini perlu dicelur terlebih dahulu.

Ana yakin ia mengandungi khasiat yang banyak cuma ana tak pasti dari segi kandungan zat dan khasiat tetapi apa saja jenis ulam-ulaman tradisional ni pasti memberi kebaikan kepada tubuh badan, In Shaa Allah.Untuk yang tinggal di bandar, rasanya boleh didapati di pasar-pasar segar atau pasar tani berhampiran tempat masing-masing.Inilah perkongsian ana kali ini tentang buah terung pipit yang comel ni.


~berkongsi kisah disini~

32 ulasan:

  1. Sha panggil buah berembang. Masa kecik-kecik dulu selalu petik buah ni buat main polis-pencuri. Buah berembang as in peluru pistol polis. Hehe =D
    Kalau balik kampung, selalu diorang masak dengan lemak pucuk ubi. Sedap =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oo berembang ye Sha, kalau kak ana buah berembang lain pulak hehe, haah lupa nak cerita pasal jadi peluru tu kan, nostalgia tu :)

      Padam
  2. Assalamualaikum Kak Ana,

    Oh terung pipit ni saya tak pernah makan, tapi pernah nampak orang masak dengan sambal hijau campur ikan bilis tumbuk kasar.. Mungkin sebab pahit so kena masak sambal untuk kurangkan rasa pahit tu kot..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam LZ, sambal hijau ye, hat tu kak ana tak pernah pula rasa, mungkin jugakan disatukan dengan pedas supaya hilang rasa pahitnya.

      Padam
  3. sedap buat sambal tumis ni.. lama tak makan.. dan tq ye sis wish birthday dkt haida... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. most welcome dear haida, betul kak ana pun suka masak sambal tumis dengan ikan bilis atau kerang ,sedap sangat.

      Padam
  4. tak pernah rasa...tp mcm sedap je tgk hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi tak lah sedap sangat Suki..rasa macam terung juga cuma ia kecil cinonet je :)

      Padam
  5. Sekarang terung pipit ni pun dah mahal kak ana...dulu tak laku...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oo ye ke PC, kak ana tak pernah beli tak tahu harganya, sebab ada je di halaman rumah arwah tok di kampung. :)

      Padam
  6. Balasan
    1. ermm ingat manusia je nak makan terung, pipit pun nak jugak hihi :)

      Padam
  7. hehe tak macam terung kan Ana :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah sebab dia mini je Linda hehe :)

      Padam
  8. suka main terung pipit ni..tapi tak makan pun..heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. main masak-masak ke zatie hihi :)

      Padam
  9. k.ana..kat kampung khaty panggil terung chewea

    Jom terjah Ada apa dalam wallet anda | Cabaran7Hari

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah glamour nama dia kat sana ye khaty :)

      Padam
  10. zaman kecik-kecik, depa buat peluru. Kena tang belakang...adoih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha tu lah terlupa nak masukkan dalam entri bab peluru ni monalita hihi :)

      Padam
  11. hii .kat kg2 boleh la jumpa ..kat bancar2 memang x jumpa la .. kena p pasar.. baru ada.. kat belakang rumah ni pun ada .. cuma x ambil makan huu

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan wani, di kampung ada je buah terung pipit ni, cuma di bandar jarang lah nak jumpa,cuba wani cipta resepi dari terung pipit ni, inovasikan supaya lebih sedap hihi :)

      Padam
  12. Salam, erk...nape saye tak tahu langsung pasal ni? hahahaha suke makan ulam, tapi xtau pulak psl terung pipit ni...now dah tahu, thank you! hehe

    BalasPadam
  13. cantik bunga purple segar mata memandangnya, aik rupanya terung bpipit selepas membaca..) cute..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bunga tu sebelum jadi buah terungnya etuza :)

      Padam
  14. wah comelnya terung pipit. hahahahahha. x pernah nampak pun. ke pernah nampak tapi x tahu nama..

    BalasPadam
    Balasan
    1. amy anak bandar mana nak jumpa ni hihi :)

      Padam
  15. sedap ni buat sambal....

    lapar tetiba...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zaf pun pandai makan terung pipit ni ye, memang sedap masak sambal tumis kan :)

      Padam
  16. wooooh terung ke ni ? wakakaka.. ada je penah nampak..
    tapi takla selalu.. ingat cem pokok tumbuhan liar ngeh2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terunglah cik CT, tapi pipit punya hihi :)

      Padam