Terung pipit 



Anak kampung macam ana ni memang biasa dengan ulam-ulaman segar yang ada di keliling rumah.Salah satu pokok yang tak pernah pupus sejak dari kecil sampai sekarang yang ada di halaman rumah arwah Tok ni ialah pokok terung pipit.Mak ana panggil terung rembang. Lebat berbuah dan balik kali ni, ana mengikut sepupu yang datang untuk memetik buah terung pipit untuk di masak sambal tumis dengan ikan bilis katanya.

Sambil berbual memetik buah terung pipit ni, ana rakamkan dua keping foto untuk di kongsikan dengan pengunjung anajingga.com. Mungkin anak-anak muda sekarang ni ada yang tak kenal rupa paras terung pipit kan...kalau nak tahu inilah rupanya.

Pokok terung pipit ni renek sahaja dan biasanya tumbuh meliar di halaman.Berbunga putih sebelum menjadi buah yang berwarna hijau kecil-kecil.Isinya sama seperti buah terung bulat, berbijiian halus dan banyak didalamnya.Rasanya agak pahit sedikit tapi bila di masak bersama kerang tumis sangat sedap rasanya.Ada juga yang memasak dengan ikan bilis sebagai sambal tumis.Dan sering kali dijadikan ulam-ulaman bersama sambal.Untuk di makan sebagai ulam, buah terung pipit ini perlu dicelur terlebih dahulu.

Ana yakin ia mengandungi khasiat yang banyak cuma ana tak pasti dari segi kandungan zat dan khasiat tetapi apa saja jenis ulam-ulaman tradisional ni pasti memberi kebaikan kepada tubuh badan, In Shaa Allah.Untuk yang tinggal di bandar, rasanya boleh didapati di pasar-pasar segar atau pasar tani berhampiran tempat masing-masing.Inilah perkongsian ana kali ini tentang buah terung pipit yang comel ni.


~berkongsi kisah disini~