sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Khamis, 29 Oktober 2015

Muzium Hidup di Villa Sentosa,Kampung Morten,Melaka


Ini kali kedua ana diberiNya kesempatan melawat kembali ke Villa Sentosa di Kampung Morten,Melaka.Jika kita menaiki Melaka River Cruise mudik disepanjang Sungai Melaka, kita akan melalui sebuah perkampungan Melayu tradisional Melaka yang terkenal iaitu Kampung Morten.Dan pastinya keunikan senibina rumah-rumah limas Melayu Melaka ini yang sangat menarik perhatian ana dan keluarga untuk singgah kembali ke sini kali ini. Yelah ketika ana ke sini lebih kurang sepuluh tahun lepas,belum ada blog untuk berkongsi cerita menarik tentang keindahan Villa Sentosa.Dan hari ini, Alhamdulillah , ana berkesempatan berkongsi dengan pembaca anajingga.com tentang keunikan dan keindahan budaya Melayu Melaka warisan adat turun temurun yang tidak harus dipinggirkan.Jom teruskan pembacaan tentang Villa Sentosa yang ana kagumi.


kampung morten,melaka



 Kampung Morten,Melaka


Villa Sentosa terletak di sebuah perkampungan Melayu tradisional Melaka yang masih terpelihara dan dijaga oleh Kerajaan Negeri Melaka.Sekitar Kampung Morten merupakan deretan rumah-rumah tradisional Melayu berciri limas dan penduduknya masih mengamalkan kehidupan cara kampung walaupun ia  terletak di tengah-tengah pembangunan pesat Bandaraya Melaka.Unik sama seperti Kampung Baru di Kuala Lumpur, Kampung Morten juga dikelilingi bangunan moden pencakar langit dan yang paling indahnya ia di saliri keliling oleh Sungai Melaka yang merupakan laluan River Cruise.Jika kita menyusurinya di waktu malam, sangat cantik pemandangannya di mana setiap rumah akan memasang lampu-lampu menerangi malam hari.

Kampung Morten , Melaka

jambatan kampung morten
Jambatan Kampung Morten ,Melaka

kampung morten
Sungai Melaka yang menjadi laluan River Cruise


Villa Sentosa


Jom kita sambung mengetahui apa yang ada di Villa Sentosa, Kampung Morten, Melaka ini. Apabila sampai ke laman Villa Sentosa, jangan segan memberi salam kepada tuan rumah dan In shaa Allah kita akan disambut mesra oleh penghuninya. Mereka akan mesra melayan setiap pengunjung tanpa jemu dan bercerita salah-silah keluarga, sejarah rumah pusaka yang telah didiami sejak tahun 1960 lagi ini, bersembang tentang barang-barang lama pusaka tinggalan keluarga, bercerita tentang seni budaya warisan turun temurun dan seribu satu kisah yang tak jemu difahami. Pendek kata ia satu lawatan seperti kembali ke zaman silam sambil melihat sendiri peralatan rumah yang dipamerkan di dalam rumah tradisional ini. Semuanya masih digunakan dan dijagai rapi.Alhamdulillah.


kampung morten

Ana teruskan sahaja penceritaan dengan berkongsi gambar-gambar yang sempat ana rakamkan di perkarangan dan di dalam Villa Sentosa. Untuk mengetahui kisah sejarah Villa Sentosa ini dengan lebih tepat bolehlah ke sini rumahwarisanibrahimhashimvillasentosa .Segala tentang Villa Sentosa ada dicerita di link blog yang ana sertakan ini dengan lebih tepat .





Sesuatu yang amat menarik perhatian ana tentang senibina rumah Villa Sentosa ini ialah  selepas kita menaiki anak tangga dari luar rumah, di bahagian tengahnya adalah ruang terbuka tanpa bumbung.Disini penghuni meletakkan pokok-pokok hidup seolah-olah satu taman bunga di dalam rumah. Menurut tuan rumah, sekiranya hujan, air akan di aliri terus keluar rumah tanpa bertakung di dalam ruang rumah ini. Konsep bumbung terbuka ini ialah untuk pengudaraan dan pencahayaan di dalam rumah. 






Antara pakaian koleksi pakaian lama milik keluarga



Terdapat sebuah pelamin tradisional Melayu, dan kalau-kalau rasa nak bersanding lagi pun dipersilakan .


Bilik pengantin tradisional Melayu Melaka


Di akhir lawatan, kita di minta untuk mengisi buku pelawat yang disediakan di anjung rumah tradisional ini. Sambil itu diletakkan juga tabung untuk kita menyumbang kepada keluarga ini, seikhlas hati. Tak salah untuk memberi kerana jika kita ke muzium manapun sekarang ni dikenakan bayaran. Apatah lagi , Villa Sentosa merupakan sebuah muzium hidup yang ada penghuninya iaitu keluarga Datuk Haji Hashim, pengasas Kampung Morten itu sendiri yang kini didiami oleh dua dari anak-anaknya yang masih ada dan merupakan warga emas yang masih segar ingatan mereka bercerita salah-silah keluarga yang amat di banggakan. 

Singgahlah ke sini ,sekiranya berada di Melaka Bandaraya Bersejarah dan melihat serta mendengar sendiri kisah-kisah warisan tradisional Melayu lama yang harus dibaja dan dijaga agar tidak lupus di telan arus permodenan.Waallahu a'lam.

30 ulasan:

  1. RN pun lum masuk sini walau duk melaka..hihi..tapi RN mmg suka menyusuri river cruise ni..jalan2 jonker walk pun best..hehe :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang selalu macam tu kan RN kalau orang tempatan memang tak pergi tempat2 menarik sekitar sana, yup river cruise dan jonker walk sangat menarik di melaka :)

      Padam
  2. tak pernah lagi ke sini.. slalu pegi jonker walk tu je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau eyda ke melaka nanti boleh lah ke sini pula :)

      Padam
  3. Belum pergi lagi, jambatan tu nampak cantik

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Shaa Allah ada rezeki nanti sampai lah Diya :)

      Padam
  4. lawaaanyaa.. sangan klasik dan tradisional :D

    BalasPadam
  5. Waaahhh.. kagumnye. memang teringin sangat nak bawa anak2 Zura melawat melaka. nak pergi ke semua tempat2 bersejarah di sana. InsyaAllah. mudah2an tercapai hajat di hati.

    Hai Kak Ana.. Zura terjah sini jugak yer. salam kenal jugak dari Zura~

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih zura, In Shaa Allah semoga dipermudahkan Zura ke Melaka bersama anak-anak satu hari nanti :)

      Padam
  6. hehehe..saya duduk melaka lama dah, tapi tak pernah tahu pun pasal rumah ni. hhehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. haaa tuu diaa , biasalah ejoy orang tempatan ni memang tak ambil port pun kan hihi :)

      Padam
  7. Bestnyaa. Cantiknyaaa. Tak pernah sampai sana lagi T_T

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti nani datang sini pula ye melancung :)

      Padam
  8. Saya mula baca pasal kampung Morten ni pada awal 70an lagi..kalau tak silap masa tu ketua kampungnya berketurunan portugis..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul Kak Mala, kampung Morten ni ada sejarah nya yang tersendiri ,sangat menarik untuk dikunjungi .

      Padam
  9. Mummy dah pi sini dah.. Living museum of Villa Sentosa .. Awat tak jumpa owner dia kak Ana.. Best! Macam2 pengalaman nanti dia share..

    BalasPadam
    Balasan
    1. jumpa mummy dah dua kali pakcik dan kali ni makcik adik kepada pakcik tu cuma kak ana tak ingat nama depa ni huhu :)

      Padam
  10. Bulan 11 tahun lepas, saya ke Melaka dan turut menaiki Melaka River Cruise. Alhamdulillah ketika menaikinya byk info ttg kampung morten yg dapat diketahui

    BalasPadam
  11. Salam Kak Ana... Cikla pernah naik river cruise ni tp belum berkesempatan melawat kg morten.. Nmpk mcm menarik, penuh dgn sejarah... Mmg legend lah...

    Ps : Cikla Ada tag Kak Ana tau...kalau senang2 joinlah ye...

    http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2015/10/segmen-jom-tingkatkan-followers.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok Cik La, tq dear dan goodluck kay :)

      Padam
  12. Salam..owhhhh ini muzium rupanya ye...sy pernah naik bot kat sg. melaka tu, mmg nampak rumah2 ni, tp mase tu xtau plak rumah2 tu muzium..kalau tau, dah singgah dah..haha bestnye!

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye Lynn boleh singgah dan masuk ke rumah di villa sentosa ni :)

      Padam
  13. Aduh malu plak saya kak ana...sebab nama je duk melaka tapi kewujudan villa sentosa ni pon saya tak tau...cam best je kan...lagi2 dapat tengok pinggan mangkuk lama tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan Malinda, pinggan mangkuk lama tu yang tak tahan nak tengok tu..haha biasalah Malinda orang tempatan ni memang tak ambil kisah pun tempat2 melancung ni kan , normal tuu :)

      Padam
  14. a great review ni ana.
    aida sendiri tak pernah bebetul gi kampung morten tau.
    h aha ha :)
    jadi tempat laluan utama dulu kala nak gi keje.
    lunch hour aje kami gi makan satay kat tepi sungai.
    lalu aje la. tak pernah masuk pun rumah2 ni.
    hi hi hi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasalah tu aida tempat biasa bagi orang Melaka dah tak ada apa-apa dah kan, kami yang pelancung ni sangat teruja untuk ke sana setiap ketika :)

      Padam