Sejak anak kak ana, Ika duk ajar makan shabu-shabu ni, kerap juga dah kami pi menikmatinya. Cuma kak ana akan pastikan restoran yang berstatus halal baru lah kami pii makan. Sekarang ni ada beberapa restoran yang merupakan muslim's owned lagilah rasa seronok untuk makan dan support, kan.
Baru-baru ni , tak lah baru sangat sebab kak ana memang lambat dan jarang dah update blog hehe! Adik Ika ajak kak ana teman dia makan tengahari di Shabuyaki By Nippon Sushi di Aeon Rawang . Outlet ni baru sahaja di buka di sini .

Venue viral kesukaan anak-anak muda sekarang ni, kalau weekend atau dinner memang kena queue lah nak dapat giliran makan. Tapi sebab Ika cuti hari bekerja masa tu, kami pi tak ramai pelanggan dan terus masuk dapatkan meja untuk makan.
Shabuyaki By Nippon Sushi di Aeon Rawang

Ia berkonsep buffet sama seperti yang kak ana pernah makan di Shabu-Shabu Yakiniku di Shabu-Shi , Eco Ardence yang pernah kak ana terbitkan di SINI . Pelbagai pilihan menu di tawarkan di meja buffet untuk kita pilih bersama aneka sos yang perlu kita adunkan sendiri.
Untuk hidangan kepingan shabu-shabu aneka daging perlu order dengan pekerja dan akan di hantar ke meja kita. Ini bagus untuk mengelakkan pembaziran, berapa pinggan yang kita rasa kita boleh makan baru kita order.
Jika di letakkan di meja buffet, selalunya pelanggan akan ambil dalam kuantiti yang banyak kan. Bila di sajikan secara pinggan begini depa dah limitkan beberapa helai daging shabu-shabu untuk setiap pinggan.
Harga buffet Shabuyaki By Nippon Sushi
Selain pilihan buffet shabu-shabu, juga ada hidangan sushi, dessert seperti bingsu , air minuman dan sebagainya. Agak berbaloi lah dengan harga untuk setiap pax. Kak ana dah lupa berapa harga untuk seorang tetapi hasil carian di internet di nyatakan " RM39.90++ (weekday lunch) hingga RM49.90++ (weekend/dinner) bagi dewasa. Konsepnya adalah all-you-can-eat shabu-shabu dan yakiniku (grill) .
Memang sedap sangat sekali-sekali makan nak nak yakiniku grill kan, cicah dengan sos yang kita adunkan sendiri pilihannya. Adik Ika yang pandai buat sos pencicah ni, kalau kak ana main hentam sahaja ikut citarasa sendiri.
Kak ana tak de lah nak review sangat pasal restoran ni cuma nak kongsikan pengalaman makan di sini berdua bersama anak. Bagi peminat makanan sebegini memang sanggup lah kan nak beratur untuk masuk.
Menu begini juga sesuai untuk yang sedang diet protein. Makan lauk sahaja walau pun boleh juga kita ambil nasi jepun tu, tapi kak ana kurang suka sangat. Lebih suka bershabu-shabu dan yakiniku grill dengan pilihan protein yang pelbagai.
Kak ana kongsikan di bawah ni beberapa foto yang kak ana ambil semasa makan di sini. Tak tahu nak tulis apa dah hehe! Kalau yang berdekatan Aeon Anggun Rawang ni boleh maii mencuba kat sini pula. Kalau hari bekerja tu memang agak lengang dan senang dapatkan meja , In Syaa Allah..

0 Comments