Nasi Mmanggey Di Warung Cikgu,Bukit Puchong

by - Thursday, November 19, 2015


Nasi Mmanggey Di Warung Cikgu,Bukit Puchong 




Sabtu lepas kami ke Serdang melawat rakan baik suami yang di masukkan ke hospital. Selepas makan angin ke Putrajaya seketika kami singgah sekali lagi ke Warung Cikgu di Bukit Puchong untuk mencuba menu nasi mmanggey yang agak terkenal di media sosial masa kini. Jika sebelumnya ana pernah ceritakan makan colek ayam menu istimewa Warung Cikgu di bulan Ramadan di SINI , kali ini ana kongsikan pula kisah nasi mmanggey yang pertama kali ana nikmatinya.

Nasi Mmanggey di Warung Cikgu ni memang disajikan di dalam kertas bungkusan walaupun untuk makan di sini. Dan ianya satu-satu menu yang ada di waktu malam kerana menu-menu lain yang dipamerkan adalah mengikut waktu-waktu tertentu.Contohnya nasi lemak dan nasi berlauk untuk sajian sarapan pagi sahaja.Oleh itu, pengunjung yang datang ke Warung Cikgu untuk makan malam atau tengahari hanya ada pilihan nasi mmanggey ni sahaja.

Nasi Mmanggey di sertakan kuah kari ayam, sambal dan ayam goreng kunyit berempah yang di potong kecil-kecil. Dari segi rasa pada selera ana, biasa-biasa sahaja.Lebih kurang menu nasi kukus yang sering dijual di merata tempat. Sambal memang pedas dan untuk kanak-kanak lebih baik tidak meletakkannya ke dalam sajian yang di pesan. Disini semuanya layan diri, jadi kita perlu ke kaunter untuk mengambil makanan.





Harga untuk nasi mmanggey sebungkus hanya RM4.50 dan sangat berbaloi kerana ia memang mengenyangkan.Salah satu keistimewaan Warung Cikgu ialah menu air kelapa baldinya serta coconut shake yang teramat sedap. Sebaldi kecil air kelapa baldi ni boleh diminum untuk dua orang. Kita boleh memilih untuk menambah air gula dan ais batu atau minum air kelapa sahaja. Sedap sangat. Air kelapa baldi berharga RM 3.50 manakala coconut shake RM 3.






Warung Cikgu terletak No: 1, Jalan BP 6/7, Bandar Bukit Puchong, Selangor.Tanpa bantuan Waze atau GPS memang boleh sesat jika pertama kali ke sini. Namun bagi yang sudah biasa dengan lokasi ini tentu tidak ada sebarang masalah , In Shaa Allah.



You May Also Like

42 comments

  1. lunch ni memang nak pi beli coconut shake pon kat situ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah Zee duk dekat Puchong ye hihi :)

      Delete
  2. Macam2 tempat jenis air dibuat sekarang ye Ana..
    Aiskrim dalam tempurung lah..
    Ni Baldi pulak.. memang unik..
    Tak pernah mencuba nasi manggey ni..
    Nak mencari juga ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah CH kalau dekat, di Sungai Buluh pun ada cawangannya nama Warung Kita

      Delete
  3. Salam singgah sini ana....uniknya nama minuman dia tu...air kelapa baldi...murah juga harga makanan kat warung cikgu ni ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih MD, haah murah lah kan harga menu disini :)

      Delete
  4. tu nama Nasi Mmanggey... 1st time mummy dengaq.. hehhehe sodap ka? tapi mummy suka ayaq nyioq tu .. meleleh ayaq liuq..hehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasi dia biasa je pada kak ana Mummy, tapi ayaq nyoq tuu memang sedappp :)

      Delete
  5. hi sis ☺
    I'm newbie and feel free to visit my page.
    hv a nice day..
    smartiesmoo.blogspot.kr

    ReplyDelete
  6. nasi berlauk tu sgt menggiurkan. makan masa nasi panas2. konfem x cukup. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hat tu kena datang pagi baru ada nafira hihi :) suka ye.. haha

      Delete
  7. nama unik..rasa mesti sedapkan..macam memanggil je nak pi sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. mai sini CP try nasi mmanggey..memanggil lah kut kan nama dia kasi adjust nampak unik sikit kut kak ana rasa :)

      Delete
  8. Nak try. Cara diceritakan amat menarik selera. 2 hari dah panas ni sedap je basuh kain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dekat boleh lah anis pi try..alahai kat sini area rumah kak ana ni hujan tapi apapun syukur alhamdulillah pagi sempat jemoq kain :)

      Delete
  9. Nasi mmanggey minum air kelapa dalam baldi...mcm2 la ..hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi tu lah kak Mala, strategi pemasaran sekarang ni perlu kreatif kan :)

      Delete
  10. Unik betul nama dia. Nasi mmanggey + air kelapa baldi. Menimbulkan perasaan ingin tahu betul, hehe :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Sha, semakin keatif orang sekarang berniaga :)

      Delete
  11. wak pon pestaim dengar nasi mmanggey nih., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. pestaim ye wak, nanti boleh le cuba wak :)

      Delete
  12. MMMM ...... abc oreo nampak menatik....sedap tu...

    ReplyDelete
  13. Agaknya mana sedap coconut shake Klebang dgn warung Cikgu.

    Bunyinya macam nasi wanggey yg famous kat Ipoh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha lebih kurang je coconut shake ni Kak Zai, haah mula-mula ana ingatkan nasi vanggei kat Ipoh juga :)

      Delete
  14. terliur tgk cocunut shake tu..adesss...

    ReplyDelete
  15. Salam...
    tak jauh dr umah nur ni...nmpk sedap tu
    terliur gak tgk coconur shake tuu

    ReplyDelete
  16. salam singgah .pepagi tengok post akak terliur aih

    ReplyDelete
  17. ceq tau Ipoh ada Nasi Vanggey je.. ni first time dengar Mmanggey ehehe..

    ReplyDelete
  18. Replies
    1. jom Suzie cuba nasi mmanggey pula :)

      Delete
  19. sedap nasi manggey tu...tp bila makan dah rasa mcm nak bergaduh...pedas gila sambalnya tp x bole nak stop..layannn...dh konpius samada makan atau berjongging...peluh menitik2 kepedasan..rasa mcm nk mandi ngan air kelapa tu...heee terbaik laahhh kedai ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kelakar baca komen Lori Kedah, tapi memang pedas sambal tu, Aj makan asingkan ke tepi takut gak berbahang bibir, tapi serius memang sempoi dan sedap hidangan nasi mmanggei tu kena pula dengan kelapa baldinya kan.. wow :)

      Delete
  20. Replies
    1. nasi kak wok AJ belum pernah try lagi Maslinda :)

      Delete