Cinta Si Wedding Planner


Mulai hari ini, bakal ditayangkan di slot Akasia Tv3 drama siri adaptasi novel, Cinta Si Wedding Planner setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6:58 malam. Erm ramailah yang akan mengikuti siri terbaru ini pastinya.Drama siri ini lakonan Adi Putra, dan sebagai peminatnya, ana coretkan juga di www.anajingga.com sinopsis dan pelakon dalam kisah Cinta Si Wedding Planner.Lama juga kita tak menyaksikan lakonan Adi Putra dalam drama siri kan. Kalau tak salah ana, kali terakhir ana menontonnya di dalam slot Cerekarama menerusi drama Teroka sempena Hari Kemerdekaan yang lalu. Jadi jom kita tonton pula drama siri terkini lakonan beliau di dalam slot Akasia ni, tapi... pastikan berhenti menontonnya apabila masuk sahaja waktu Maghrib kay, jangan lewat solat.. :) 


kredit foto:mediasensasi.com


Sinopsis Cinta Si Wedding Planner


Izara Batrisya (Zara), si wedding planner, tidak menduga cinta yang disulam bersama sepupunya, Bazli selama 4 tahun musnah kerana sebuah hakikat. Dalam hati Zara ketika itu, hanya ada Bazli, sepupunya sendiri. Namun Zara dan Bazli tidak pernah menyangka bahawa jodoh sebenarnya bukan milik mereka berdua. Kasih mereka yang selama ini dirahsiakan daripada pengetahuan Mak lang dan Pak Lang hancur si tengah jalan. Fariz Adryan (Fariz), pula bekas tentera laut pernah dicurangi Shirah, kekasih yang hampir menjadi tunangannya, sehingga tertutup pintu hati untuk sebarang wanita.

Keperibadian Zara memikat hati Puan Marina, salah seorang pelanggannya. Memandangkan Zara sebatang kara di KL, lantas Zara dijadikan anak angkat oleh Puan Marina yang telah mempunyai 4 orang anak. Pertemuan Fariz dan Zara kerana berebutkan tempat parkir telah mendatangkan satu perasaan kepada Fariz. Lebih menarik lagi, Fariz adalah anak kedua Puan Marina. Maka pertemuan demi pertemuan berlangsung antara mereka tanpa disedari mengukuhkan lagi perasaan Fariz terhadap Zara .

Mengetahui Zara cuba bangkit dari luluh kecewa cinta terhalangnya dan demi melindungi Zara dari terus-terusan diganggu Bazli, Fariz nekad menghulur tangan bagi memimpin Zara ke masa hadapan dalam sebuah ikatan perkahwinan. Puan Marina, mama Fariz yang berkenan akan keperibadian Zara terus menghantar pinangan hingga terjalinnya ikatan suci antara Zara dan Fariz. Zara rela menerima walau hatinya belum wujud getaran cinta buat Fariz. Fariz yang tidak pernah putus asa untuk mencuba, akhirnya berjaya. Hati Zara kini miliknya.

Fariz dan Zara hidup bahagia selepas berjaya melepasi tempoh penyesuaian mereka. Fariz yang baran, moody dan beku berubah menjadi romantik dan penyayang. Sementara itu, Zara pula mencuba menjadi isteri terbaik buat suaminya yang tercinta. Pada saat bahagia mula bersemi, cinta pertama Fariz kembali muncul menagih kasih. Zara menerima ugutan meminta dia meninggalkan Fariz. Sementara Shirah pula datang merayu untuk kembali kepada Fariz. Fariz menjadi tertekan sehingga mengabaikan Zara dan kembali menjadi mudah baran. Fariz silap percaturan dalam usaha menyelamatkan rumahtangganya hingga akhirnya tercetus perbalahan antara mereka hinggakan Zara menuntut perceraian dan membawa diri ke bumi Auckland.

Dengan bantuan Bazli, Zara dan Fariz kembali bersatu tetapi ancaman yang lebih hebat datang mengancam rumahtangga mereka. Kegilaan dan obsesi Shirah makin tidak terkawal sehingga nyawa Zara dan kandungannya menjadi taruhan. Apakah tindakan Fariz? Adakah bahagia menjadi milik Zara?

kredit :sinopsisdrama2u.blogspot.my

Drama 28 episod terbitan Primework Studio ini menggandingkan Adi Putra bersama pelakon baru Mira Filzah di bawah arahan Along Kamaluddin. Lagu OST pula dendangan Hyper Act berjudul Takkan Pergi. Jom sama-sama kita ikuti hingga ke episod akhir nanti. Drama permulaan tahun 2016.










38 Comments

  1. mira filzah ni dah selalu jadi heroin jugak kan kak Ana..^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke ros, kak ana pernah terbaca mira filzah juga seorang blogger :)

      Delete
  2. ewaahhh.. kalau drama lakonan Adi Putra cepat je kak ana up.. heheheheee... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..wajibbbbb up ain :) kan ada label adp kat AJ ni :)

      Delete
  3. macam best jer akasia ni kan kak ana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. best efa, jom hadap sama-sama nak hihi :)

      Delete
  4. betul kak ana..dah lama adi putra tak muncul di kaca televisyen kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan PC, selalu pun tengok drama-drama ulangan je di tv :)

      Delete
  5. Heroin comel, tu yang follow gak..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hamboi angpa .. tengok drama ka tengok heroin naa..layannn CP :) kak ana pun tengok hero dia hihi

      Delete
  6. nasib x byk episod.. memori cinta suraya x hbis2 lagi.. lama btoi nk habis

    lama cik en x lawat sini.. :)
    Happy new year

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha hat tu memang lama kan cik En, terima kasih masih sudi ke sini, selamat tahun baru buat cik EN juga :)

      Delete
  7. Kak Ana mesti layan ni ada Adi Putra. Hahah

    ReplyDelete
  8. lama tak singgah sini..... hye tuan tanah ~

    ReplyDelete
  9. lama tak tengok cerita yang bebetul ikut.. aishh..

    blog pun malas... tengok tv, apatah lagi...

    ntah apa ntah yang rajin.. ish2

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan rajin tak Zaf, kalau tak bahaya tuu hihi :)

      Delete
  10. Assalamualaikum, singgah ptg di sini, dan selamat tahun baru pada semua.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam Shikin, selamat tahun baru juga dari AJ :)

      Delete
  11. Aduhhh lama dah tak melayan drama siri melayu camni...kalau tengok ni mesti melekat...kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. silalah melekat di depan tv malinda haha :)

      Delete
  12. Adoyai!!! Mrs. A pun dah terr..ter.. ter... layanzz... citer nih! ;-)

    ReplyDelete
  13. hai Kak Ana Jingga.

    Anamizu singgah sini hehe.
    mak sy pon dah melekat dgn citer ni.
    Ekceli sy pun TERmelekat sekali tgk sbb comel betul Mira Filzah tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai anamizu, jom termelekat sekali depan tv kay hihi :)

      Delete
  14. aida x follow ni.
    serik. nanti nak follow tiap hari plak sebab ketagih!
    skang umah mlm hari x on tv dah.
    sedang cuba budaya kan x on tv...
    hi hi hi :)

    ReplyDelete
  15. Salam kak, tumpang tanye, Lakonan dorang kat sabah tu resort mane ye? Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. adoi soklan izuwan, tu kena tanya penerbit dan pengarah tu, AJ tak ada jawapannya hihi :)

      Delete