sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Selasa, 29 Disember 2015

PEMBERSIH MUKA UNTUK LELAKI AKTIF


Dashing - Pencuci muka khas buat lelaki





Jenama penjagaan peribadi lelaki No 1 Malaysia, pastinya Dashing telah bekerjasama dengan Manchester City Football Club bagi menghasilkan beberapa produk dan pengalaman menakjubkan khas buat pencinta sukan di tanahair.Portfolio produk Dashing terdiri daripada EDT, deodoran dan buih mandian termasuk pencuci muka, gel rambut dan bedak talkum. Selepas pelancaran rangkaian edisi terhad EDT dan Deodoran Dashing dan Manchaster City Football baru-baru ini, Dashing kini bersedia untuk merevolusikan penjagaan kulit di kalangan lelaki Malaysia. Jom teruskan membaca tentang produk hebat dan pengalaman suami ana menggunakan sendiri rangkaian pencuci muka Dashing.


Kebanyakkan lelaki masa kini amat prihatin dalam mempastikan keterampilan mereka sama hebat dengan wanita. Aspek yang pasti menjadi pandangan pertama pada seseorang lelaki maskulin ialah kebersihan wajah. Jika wanita sangat menitik beratkan kecantikan khasnya rupa paras, namun kaum Adam memilih untuk nampak bersih dan segar pada wajah mereka. Ia sesuatu yang positif dan sebagai sebagai seorang isteri ana sendiri bersyukur kerana suami sangat menjaga kebersihan wajahnya. Biar tidak sehandsome  Shah Rukh Khan asalkan paras wajah bersih, segak dan sedap mata memandang kan..

Antara jenama yang paling dipercayai oleh ramai lelaki hebat di Malaysia pastinya Dashing. Dashing dengan bangganya memperkenalkan rangkaian pembersih muka baharu yang diinspirasi dan disokong oleh Manchester City Football Club.Rangkaian pembersih muka ini dicipta khusus untuk cuaca dan kulit orang Asia.Kandungannya pula dipilih dengan terperinci bagi menangani masalah kulit yang sering di alami lelaki namun walaupun ia memiliki tindak balas efektif, ia tetap lembut pada kulit.




Rangkaian ini terdiri daripada lima produk dengan setiap satunya direka untuk melawan masalah kulit yang biasa dihadapi lelaki dengan gaya hidup aktif.Jika tak aktif bukalah lelaki namanya kan.. 

1. DASHING ICY FRESH 


Dashing Icy Fresh mengandungi Ice Glacier Water (air ais glasier) untuk kesegaran segera dan hidrasi kulit.Ia memberi kesegaran berpanjangan dan sensasi kesejukan kepada kulit dengan melegakan haba berlebihan secara pantas.Atasi kekeringan dan kick it cool seperti David Silva.

2.DASHING OIL CLEAR 


Dashing Oil Clear diformulasi dengan kandungan rahsia arang buluh yang menyingkirkan kotoran dan minyak berlebihan daripada kulit menjadikan wajah bebas minyak dengan berkesan.Memberikan perlindungan terkuat daripada minyak seperti pertahanan tengah, Vincent Kompany.

3.DASHING EXTRA WHITE


Dapatkan kulit cerah dan serlahkan diri bak penyerang, Samir Nasri.Diformulakan bersama tumbuhan pergunungan Alp Switzerland, Dashing Extra White memberikan lelaki hebat kulit lebih ringan,cerah dan tona sekata.Ia dilengkapi perlindungan UV bagi mengelakkan bintik-bintik gelap.


4.DASHING ACNE FREE


'Tiada siapa lebih mahir menggelecek dan menjaringkan gol setangkas Sergio Aguero!'.Hapuskan akne bersama Dashing Acne Free yang diformulasi istimewa dengan Zink dan Lempung (tanah liat) bagi menawan akne penyebab bakteria.Ia turut menjadikan kulit licin dan sihat dari luaran sekali gus memberi pembersihan pantas kepada kulit.


5.DASHING WHITENING SCRUB


Siapa kata lelaki tidak dapat memiliki kulit berseri?Dashing Whitening Scrub diformulasi dengan garam laut yang membersih jauh ke dalam dan membantu proses pengelupasan bagi memberikan tona kulit lebih sekata.Ia membantu membuka liang pori,menyingkirkan kekotoran dan bintik hitam.Ayuh dapatkan kulit berseri seperti Kevin De Bruyne!







Pembersih Muka Dashing boleh didapati dalam pek 100g pada harga RM10.90 dan 50g pada harga RM6.90.Harga yang sangat berbaloi untuk mendapatkan wajah yang bersih dan segak. Teruskan gaya hidup aktif anda diluar sana tanpa bimbang kerana Dashing akan mempastikan masalah kulit diselesaikan dengan sempurna.


Pengalaman bersama Pembersih Muka Dashing 




Terima kasih kepada Wipro Unza (M) Sdn Bhd, memberi ana peluang untuk mencuba salah satu produk terhebat mereka. Memandangankan ia satu produk penjagaan peribadi lelaki, ana meminta suami untuk mencubanya selama dua minggu dan kesannya, Alhamdulillah sangat ketara, berbeza sebelum penggunaan dan selepas menggunakannya. Suami merasakan kulit wajahnya semakin lembut, bersih dari cela dan tidak lagi berminyak. 

Rutin hariannya menunggang motor ke tempat kerja dengan terdedah kepada persekitaran yang sangat tidak sihat seperti asap kenderaan, cuaca yang tidak menentu serta pastinya menempuhi kesesakan trafik. Namun apabila pulang ke rumah membersihkan wajah dengan rangkaian Pembersih Muka Dashing, wajah kembali segar dan pastinya nyaman dan menghilangkan stress.In shaa Allah .

Dan dengan yakinnya dia berkata , pasti akan terus menggunakan produk ini dan tidak akan bertukar kepada jenama lain lagi, bak kata pepatah ' telah bertemu idaman hati '...pencuci muka okayyyyy..bukan yang lainnnn... :) 

14 ulasan:

  1. hehehe.. zaf punya tak siap2, lagi

    BalasPadam
  2. Kak pernah beli kat abang pembersih muka untuk lelaki sebab dia komen,,dia sorang saja basuh muka dgn sabun. Bila beli dia tak pakai sangat pun. Tengok dia duk lumur muka dia dengan sabun juga...Pasai tak pernah duk amal dari mudakan..jadi dia asyik terlupa nak guna bila mandi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi kelakar lak cite kak Mala ni, tapi yelah lelaki pun kena jaga muka jugakan sebab mereka lagi terdedah teruk pada persekitaran kan kak mala :)

      Padam
  3. Tak hensem tak pa janji jaga kebersihan kulit muka. Barulah nampak berseri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. CH bila muka dah bersih secara automatik akan jadi hensem kan hihi :)

      Padam
  4. eehehe skrang bukan gegurl je nak jaga muka kan Kak Ana =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan CT, wajib jaga kebersihan wajah ni :)

      Padam
  5. lelaki pun nak kelihatan cun..hihi

    BalasPadam
  6. Untung sapa yang dapat set ni kan kak..sekali 5 tube tuh ha...memang stok berbulan la ni kan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu SA, rezeki ..selain itu dapat menggunakan produk yang memang benar2 baik dan sesuai untuk suami kak ana, dia pun hari2 guna dah sekarang ni :) Alhamdulillah.

      Padam
  7. Bestnye.. Tapi suami Sha macam Sha juga.. X suka pakai pencuci.. Kalau x sha pun nak try gak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah Sha dan suami ada rahsia tersendiri menjaga wajah ni..share sikit :)

      Padam