sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Selasa, 1 Mac 2016

Sandwich - Sarapan Pagi Yang Ringkas


 Sarapan Pagi Yang Ringkas


Sandwich


Paling ringkas dan senang nak di sediakan untuk sarapan atau bekalan anak ke sekolah tak lain tak bukan buat sandwich. Sandwich juga antara menu paling popular bila kita hendak bawa bekalan berkelah kan. Sebabnya ia mengenyangkan. Senang dibuat dan tak perlu nak masak memasak pun. 

Ana selalu menyediakan antara salah satu sandwich iaitu sama ada sandwich telur atau sandwich sardin. Paling feveret pastinya sandwich sardin atau tuna lah. Untuk sandwich telur, ana gunakan telur rebus yang dihancurkan dicampurkan dengan garam dan lada sulah kemudian dicampurkan mayonis .Bahan saladnya ialah tomato dan timun.

Untuk sandwich sardin atau tuna pula, ana suka masukkan hirisan bawang merah dan cili api dan titiskan air asam limau sedikit. Untuk mengurangkan rasa ikannya. Kemudian campurkan juga sedikit mayonis dan untuk sayurnya ana lebih gemar letakkan daun salad segar dan tomato. Mudah dan ringkas.

Jika sebagai bekalan anak ke sekolah, biasanya ana siapkan malam hari, simpan dalam bekas bertutup di dalam peti sejuk. Esok pagi-pagi anak terus bawa ke sekolah. Jom kongsikan idea apa bahan yang kengkawan gunakan untuk buat sandwich.Dapat juga kita tukar-tukar idea disini kan... :)

20 ulasan:

  1. Selamat bersarapan Kak Ana,

    bonde tag akak tau :

    http://www.bondezaidalifah.com/2016/03/pencarian-bloglist-bulan-mac.html

    BalasPadam
  2. selalu buat menu ni untuk makan2 dalam kereta kalau road trip :)

    sedap dan kenyang!

    hanisamanina.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah kan ,selalu juga buat macam tu :)

      Padam
  3. nak rasa sandwich kak ana jugak..heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. meh datang sini zatie, setakad sandwich tu sepuluh minit je siap haha :)

      Padam
  4. Wah.. Mmg nmpk sedap. Jd menu diet boleh jugak ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan cik la sesuai untuk menggantikan nasi hihi :)

      Padam
  5. Sandwich sardin feberet mak saya...yg kiteorang pulak semua jenis pon sebat...kikiki...suka sangat kalau dpt makan sandwich yg dalamnye ada sayo2 segar...kalau sayo dah lembik2 terus potong kan kak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu malinda, kak ana suka letak sayur lebih dalam sandwich ni :)

      Padam
  6. sandwich teeelur dapnyaa.. dengan mayo banyak2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah smalah CT, kak ana pun suka buh mayo banyak2 baru lemak merdu rasanya :)

      Padam
  7. Waa sedapnyer pagi2 ni rasa lapar

    BalasPadam
    Balasan
    1. erm senang je kan Lya nak buat bekalan ke sekolah pun mudah nak siapkan.

      Padam