sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Selasa, 5 April 2016

Jom Buat Kuih Vadei





Vadei ni sejenis kuih tradisional orang India. Dulu-dulu memang selalu juga makan vadei ni di kantin sekolah. Sekarang ni nak beli pun was-was tentang pembuatannya yang mana kebanyakkannya dijual oleh mereka yang berbangsa India. Disebebkan teringin kembali nak makan vadei ni, ana Google resepinya. Terlintas pula pernah membacanya dari blog mama maszul. Terus dapatkan kembali cara-cara nak buat vadei ni dari mama maszul. Jom ana kongsikan semula step by step cara mudah sangat nak membuat vadei ni.

 

Resepi Kuih Vadei


Bahan-bahan untuk kuih vadei:


Kacang Dal - direndam sekurang-kurangnya empat jam sebelum memasak.
Cili Kering - ana gunakan cili api sahaja (dipotong dadu)
Bawang besar - dipotong dadu
Daun Kari - dicincang
Serbuk kari atau serbuk cili (jika perlu)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuat kuih vadei:


- Ambil sebahagian dari kacang dal yang direndam, kemudian dikisar bersama air.Campurkan air sedikit demi sedikit supaya tidak terlalu cair.
- Campurkan dengan lebihan kacang dal dan gaul rata.
- Toskan bahan sehingga agak kering untuk memudahkan proses membentuk kuih vadei,kerana jika terlalu basah, ia tidak akan membentuk seperti yang diingini atau relai.
- Gaulkan rata bersama cili dan bawang serta daun kari tadi.
- Rasakan dengan garam.
- Bentukkan seperti bulatan leper.
- Panaskan minyak dan goreng sambil balik-balikkan kedua-dua belah sehingga masak garing.
- Toskan minyak dan sajikan panas-panas untuk di makan seisi keluarga.

Ana kongsikan disini secara bergambar cara membuat kuih vadei tadi untuk lebih mudah dipelajari, In Shaa Allah.

Kacang Dal yang direndam,dikisar dan ditinggalkan selebihnya

Cili, bawang besar dan daun kari




Gaulkan semua bahan bersama

Bentukkan seperti di atas




Panaskan minyak dan goreng sehingga garing

Selamat mencuba

32 ulasan:

  1. laaa senang je rupanya.. nanti bole try buat jugaklahhh... hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan mummy senang bangat tuu hihi :)

      Padam
  2. Vadei ni makan panas2 sedap tau! yummy..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah mummy,lepas goreng tu ngap terus awesome rangup gitu :)

      Padam
  3. salah satu kuih kegemaran ni....senang nak buat

    BalasPadam
    Balasan
    1. samalah azi, pertama kali buat pun jadi okay je tu shared sini simpan resepi kut2 ada yang cari kan hihi :)

      Padam
  4. assalamualaikum..nampak entry ni kat list following terus klik sini...tajuk nye menarik perhatian yaya.. hihi...

    sambil2 tu jom jenguk & join contest dari yaya ni..

    Contest : 'Jemputan ke Majlis Pertunangan Yaya dan Anis'

    http://www.yayacendana.com/2016/04/contest-jemputan-ke-majlis-pertunangan.html

    tq ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam yayac.. tq in shaa allah nnt singgah kay , all the best dear :)

      Padam
  5. Balasan
    1. silalah nayfatimah.. cuba kay :)

      Padam
  6. Dah lama tak makan kuih ni, sedap sebab rasa kari. ☺ TQ share resepi. ♥

    BalasPadam
  7. sedapnya kuih vadei. comei2 cam tuan dia gak...

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. alaa suki senang je nak buat ni kan..:)

      Padam
  9. sedapnya..pos ke Kedah leh tak hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok sat lagi sampai kak ana antaq ikut pintu dapoq naa:)

      Padam
  10. feveret husna! adik ada try buat hari tu sbb dya teringin.. tak brapa nak jadi sbb kitorg tak blend smpai hancur.. lepas tu kena letak tepung gandum sikit bg melekat.. hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. erm husna kena blend hancur pastu tambah air dia sikit demi sikit takut cair sangat tak leh nak bentuk gak, pasni cuba lagi kay :)

      Padam
  11. Minta izin copy resepi. Hujung minggu ni nak buat.. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. silalah ai, buat nanti update kat blog kay :)

      Padam
  12. Suka ni...lama tak buat...kat sini kita panggil masalodei..

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah kak Mala, mak ana pun panggil masalodei hihi

      Padam
  13. wangi bau daun kari dan rempah yg mengamit selera..

    BalasPadam
  14. Balasan
    1. ramai gak yang suka kuih ni kan Mar

      Padam
  15. Sedap jugak kuih ni. Mkn panas2 sedap...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan Cik La, kak anasuka hat garing2 sikit :)

      Padam