Vadei ni sejenis kuih tradisional orang India. Dulu-dulu memang selalu juga makan vadei ni di kantin sekolah. Sekarang ni nak beli pun was-was tentang pembuatannya yang mana kebanyakkannya dijual oleh mereka yang berbangsa India. Disebebkan teringin kembali nak makan vadei ni, ana Google resepinya. Terlintas pula pernah membacanya dari blog mama maszul. Terus dapatkan kembali cara-cara nak buat vadei ni dari mama maszul. Jom ana kongsikan semula step by step cara mudah sangat nak membuat vadei ni.

 

Resepi Kuih Vadei


Bahan-bahan untuk kuih vadei:


Kacang Dal - direndam sekurang-kurangnya empat jam sebelum memasak.
Cili Kering - ana gunakan cili api sahaja (dipotong dadu)
Bawang besar - dipotong dadu
Daun Kari - dicincang
Serbuk kari atau serbuk cili (jika perlu)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuat kuih vadei:


- Ambil sebahagian dari kacang dal yang direndam, kemudian dikisar bersama air.Campurkan air sedikit demi sedikit supaya tidak terlalu cair.
- Campurkan dengan lebihan kacang dal dan gaul rata.
- Toskan bahan sehingga agak kering untuk memudahkan proses membentuk kuih vadei,kerana jika terlalu basah, ia tidak akan membentuk seperti yang diingini atau relai.
- Gaulkan rata bersama cili dan bawang serta daun kari tadi.
- Rasakan dengan garam.
- Bentukkan seperti bulatan leper.
- Panaskan minyak dan goreng sambil balik-balikkan kedua-dua belah sehingga masak garing.
- Toskan minyak dan sajikan panas-panas untuk di makan seisi keluarga.

Ana kongsikan disini secara bergambar cara membuat kuih vadei tadi untuk lebih mudah dipelajari, In Shaa Allah.

Kacang Dal yang direndam,dikisar dan ditinggalkan selebihnya

Cili, bawang besar dan daun kari




Gaulkan semua bahan bersama

Bentukkan seperti di atas




Panaskan minyak dan goreng sehingga garing

Selamat mencuba

31 Comments

  1. laaa senang je rupanya.. nanti bole try buat jugaklahhh... hehehehe

    ReplyDelete
  2. Vadei ni makan panas2 sedap tau! yummy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah mummy,lepas goreng tu ngap terus awesome rangup gitu :)

      Delete
  3. salah satu kuih kegemaran ni....senang nak buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah azi, pertama kali buat pun jadi okay je tu shared sini simpan resepi kut2 ada yang cari kan hihi :)

      Delete
  4. Dah lama tak makan kuih ni, sedap sebab rasa kari. ☺ TQ share resepi. ♥

    ReplyDelete
  5. sedapnya kuih vadei. comei2 cam tuan dia gak...

    ReplyDelete
  6. sedapnya..pos ke Kedah leh tak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok sat lagi sampai kak ana antaq ikut pintu dapoq naa:)

      Delete
  7. waalaikumsalam yayac.. tq in shaa allah nnt singgah kay , all the best dear :)

    ReplyDelete
  8. feveret husna! adik ada try buat hari tu sbb dya teringin.. tak brapa nak jadi sbb kitorg tak blend smpai hancur.. lepas tu kena letak tepung gandum sikit bg melekat.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm husna kena blend hancur pastu tambah air dia sikit demi sikit takut cair sangat tak leh nak bentuk gak, pasni cuba lagi kay :)

      Delete
  9. Minta izin copy resepi. Hujung minggu ni nak buat.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. silalah ai, buat nanti update kat blog kay :)

      Delete
  10. Suka ni...lama tak buat...kat sini kita panggil masalodei..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kak Mala, mak ana pun panggil masalodei hihi

      Delete
  11. wangi bau daun kari dan rempah yg mengamit selera..

    ReplyDelete
  12. Sedap jugak kuih ni. Mkn panas2 sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Cik La, kak anasuka hat garing2 sikit :)

      Delete