sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Selasa, 12 April 2016

Semerah Biji Saga


gambar biji saga


Biji Saga


Tak tahu kenapa, ana ni suka sangat dengan biji saga. Baru-baru ni, ikut suami ke majlis resepsi perkahwinan kawannya di Sentul. Dalam perjalanan balik ke kereta tu, terpandanglah biji-biji saga bertaburan di jalanan, bawah  pokoknya yang rendang. Gigih pi kutip satu-satu, bawa balik rumah. Tak banyak pun dapat, semua yang dalam gambar tu sahaja. Jadilah..mengembalikan nostalgia biji saga.


Nostalgianya, dulu masa kecil-kecil bila pergi mengaji Al Quran dengan mak lang, singgah rumah tok sedara ralitlah kutip biji saga ni. Bukan boleh buat apa pun, saja je suka kumpul, buh dalam balang kaca. Cantik je warna merahnya yang bersinar tu. Jadilah..permainan anak-anak desa dahulu kala.

Paling tidak pun biji saga ni buat main masak-masak dengan sepupu sepapat. Tak pun buat buah jadi batu seremban, cuma tak best sebab ia kecil dan ringan berbanding lambung batu betul-betul tu lagi ngam main seremban. Ada juga kami buat buah main congkak dengan biji saga ni, tapi best lagi guna guli sebab bunyi bising kan.. :)

Biji saga ni lah di ambil namanya yang diberi kepada kereta Nasional kita yang pertama dahulu, Proton Saga. Kalau tak salah ana, orang yang menamakan nya dapat sebiji kereta Proton Saga sebagai hadiah. Masa tu pakai Proton Saga pun dah gah dah. Ana dan suami pun kereta pertama kami Proton Saga Aeroback.

Biji saga ni merah pekat sangat warnanya. Kukuh kulitnya dan pokoknya besar berdaun kecil-kecil. Bila ia masak, ia pecah dari sarungnya dan gugur ke bumi. Seronoklah bila mengutip biji-biji saga ni. Sekarang jarang ada dah kan..Agaknya ramai anak-anakpun dah tak kenal biji saga dan tak pernah ambil tahu pun.

Kami dulu semua benda pun di jadikan permainan. Kreatif je otak melakarkan idea dari segala tumbuhan boleh jadi permainan. Siap kena marah dengan mak-mak bila habis pokok-pokok bunga jadi kerabu main masak-masak punya pasal. 

Nostalgia demi nostalgia ana coretkan disini, setiap kali bertemu sesuatu yang membawa kenangan silam. Menulis dan terus berkongsi semoga ianya boleh jadi manfaat buat insan lain di luar sana, In Shaa Allah.

14 ulasan:

  1. teringat pantun
    yang kurik itu kendi
    yang merah itu saga
    yang baik itu budi
    yang indah itu bahasa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. cantikkan kak kamsiah, susunan khazanah pantun Melayu kita dengan kiasan

      Padam
  2. pokoknya mcm mana rupa kak Ana..

    BalasPadam
    Balasan
    1. besar Sha, tinggi macam pokok petai tu daunnya.

      Padam
  3. sekarang memang budak2 tak kenal dah kak..saya tanya anak saya tadi dia kata manik..heheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi kan DR, nak jumpa pun dah payah dah..yelah sekali pandang macam manik juga kan :)

      Padam
  4. Terkenang zaman kanak2 pula bila baca entry ttg biji saga ni. Lama benar dah saya tak jumpa biji saga ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. begitulah shameel, kita mengenang nostalgia silam di ruang waktu :)

      Padam
  5. yup..rasanya memang budak zaman gadjet tak kenai dh biji saga ni..Fida dulu selalu gak kutip lepas main lastik2..haha..agak kelakian..tapi itulah zaman dulu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah wah fida main lastik lagi, kecik je kan biji saga ni,kenapun tak sakit hihi :)

      Padam
  6. memang nostalgia sangat biji saga ni..dulu2 zaman bebudak rajin kutip. Suka tengok warnanya yang merah menyala.. Masa tu pun kami makan juga..bukan sedap pun keras pula tu, tapi waktu tu..apa jumpa org kata blh makan..makan sajalah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. eh eh boleh makan ye kak mala, tapi bukan ada rasa kan,keras je kulitnya hihi.. :)

      Padam