sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Ahad, 1 Mei 2016

Kembali Menjejak Funfair


Berpuluh tahun rasanya tidak jejak ke mana-mana Funfair atau kini dipanggil Expo Hiburan dan Jualan. Mana taknya lepas sekolah, zaman bekerja, berkahwin sehinggalah ke saat ni, tak tergerak hati pun nak singgah masuk di mana-mana funfair yang di adakan. Tak tahu nak cari dan buat apa sebenarnya, anak-anak pun tak berminat. Namun balik Teluk Intan bulan lepas, bersama adik-beradik dan sepupu sepapat, kami pakat terjah funfair yang kebetulan terletak tak sampai 1 km dari rumah. Funfair yang berada di lokasi stor TNB berhadapan Hospital Daerah Teluk Intan ni agak meriah dan besar jugalah dengan pelbagai tarikan untuk seisi keluarga.





Apa yang menarik di funfair


Jika dahulu, adalah sesekali abah bawa kami ke funfair ni untuk bersuka ria di zaman kanak-kanak. Paling best kalau pi funfair ni tengok konsert rock lah. Kat sini lah dapat tengok kumpulan Search, Blues Gang dan lain-lain masa tu. Kan main lagi abah junjung nak tengok artis sebab kan orang ramai kat tapak funfair ni. 

Kalau  sekarang ni, tak hairan dah anak-anak kita nak ke funfair. Anak-anak ana ikut malam tu pun sebab semua pakat pergi, tinggal opah dengan tok je tak ikut, mak usu, pak usu , sepupu-sepupu pun kami pergi ramai-ramai, jadi yang lebih seronoknya nak berjimba dengan adik-beradik je lah. 




Tarikan utama di mana-mana funfair pastinya buaian tinggi Ferris Wheel tu, dari jauh dah nampak dengan lampu yang berwarna-warni. Ramai juga yang beratur nak naik Ferris Wheel ni. Kami memang tak lah nak naik, gayat ya amat rasanya. Anak-anakpun tak berani nak mencabar diri. Adik Ika, Kak Long dan sepupunya sempat main Bumper Cars dan buaian pusing yang ala-ala kapal angkasa tu sahaja. Tak mahal seorang cuma dua token atau RM4 sahaja. Okalah tu enjoy sesekali sekala dengan sepupu mereka.




Dalam funfair ni juga ada Rumah Hantu, namun tak berminat juga budak-budak ni masuk. Dan kalau nak pun memang ana tak benarkan. Bimbang juga hantu ambil kesempatan kat anak-anak, banyak juga terbaca dan mendengar cerita tentang kes-kes yang tak enak berlaku di dalam rumah hantu ni. Anak-anak pun tak suka sangat tentang hantu-hantu jadi baik tak yah masuk kan. 

Funfair dan unsur perjudian



Sesuatu yang sangat negatif tentang funfair ialah kebanyakkan permainan atau games yang ada adalah berunsur perjudian dan pertaruhan, Pastikan kita yang berakal dengan waras tidak terjebak dalam permainan sebegini. Contoh, membeli token kemudian bertaruh untuk mendapatkan hadiah. Belum tentu menang, dan jika menangpun sekadar hadiah yang tidak bernilai. Jadi disini terdapatnya unsur pembaziran yang hanya menguntungkan pihak penganjur. Jadi berfikirlah dahulu sebelum terlibat dalam permainan yang ada unsur-unsur perjudian ni.

Namun, dari tinjauan ana malam tu, tak ramai malah tak ada pun orang kita yang terjebak dalam permainan sebegini. Kebanyakkannya yang datang bersama keluarga sekadar bermain dengan permainan-permainan buaian dan lain-lain untuk berhibur. Alhamdulillah kesedaran masyarakat kita hari ini, makin tinggi dalam memilih hiburan yang lebih baik untuk anak-anak.




Malam tu, kami sempatlah layan beberapa buah lagu dari dendangan live band yang di datangkan dari Kuala Lumpur. Tak ingat nama kumpulannya tapi not-bad lah kata orang kan. Terdapat juga gerai-gerai jualan dan makanan ringan di sini yang menjadi tumpuan orang ramai. Malam minggu lah katakan. Apapun pada ana, suatu pengalaman throwback yang seronok juga bersama keluarga singgah sebentar ke funfair selepas sekian lama tidak menjejak kaki. Jadilah insan yang bijak memilih untuk berhibur. Jangan sampai terlebih berhibur sehingga mendatangkan kemudaratan dan keburukan pada diri sendiri. Waallahu a'lam.

6 ulasan:

  1. Mrs. A pun dah lama tak jengah fun fair.

    Pergi sekali konvoi memang happening ler...kan ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah tu yang bestnya mrs A, bila gi dengan sepupu sepapat semua, gelak ketawa je kan :)

      Padam
  2. salam kak ana, seriously yana pun dah lama dah pi , macam tak pernah jejeka pon ada

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam Yana, erm mana satu tak tak pernah gi ke dah tak ingat bila hihi :)

      Padam
  3. wahhh Kak Ana pi funfair tak hajak pun..hehheee

    Mummy selalunya pi yang kat EXPO Penang ja.. tu pun dh lama tak pi sbb cukai hiburan tuk hero2 tinggi.. hehhee :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah kan mummy lebih kurang expo Penang lah funfair ni, dulu kami panggil Pesta Penang ,siap buat rombongan nak pi Pesta Penang ni :)

      Padam