Konsep restoran atau kedai makan DIY ni dah bagaikan satu trend di negara kita masa kini. Peredaran masa dan kesibukan pelanggan yang nak cepat dalam setiap aspek di samping pengurangan kos modal oleh peniaga mendorong untuk terbukanya begitu banyak kedai makan dengan konsep DIY begini. 

Yang terbaharu, yang sempat kak ana kunjungi bersama suami dan Adik Ika baru-baru ni, adalah kedai makan mee segera yang beroperasi selama 24 jam dengan konsep DIY di Shah Alam. Maggie Queue nama kedai makan nih.



Maggie Queue - Shah Alam 


Kak ana sangat terpegun dengan konsep kedai yang dah rupa galeri di bahagian hadapannya apabila melangkah masuk sahaja ke Maggie Queue . Deretan susunan pelbagai jenis mee segera, macam-macam lah yang menjadi kesukaan anak-anak masa kini ada kat sini. 


Maggie Queue


Ada yang di datangkan dari luar negara dan ada juga mee segera tempatan. Hampir kesemua yang kak ana sempat tengok malam tu, ada mempunyai logo Halal. Kalau tempatan tu halal Jakim lah pastinya dan terdapat dari pelbagai pilihan mee segera yang terkenal di seluruh negara ada kat sini.

Dan kalau mee segera luar negara macam samyang bagai tu, ada tertera logo Halal dari badan iktiraf negara pengeluar masing-masing. Sambil duk pilih-pilih tu, korang belek-belek lah juga naa kandungan pada paket-paket mee segera yang ada di dalam rak dalam galeri mee segera tu, hehe :) 


Makan mee segera DIY di Maggie Queue 


Maggie Queue

Jom kak ana share kan pengalaman pertama kali kak ana makan mee segera di Maggie Queue, kebetulan kak ana berada di Shah Alam malam tu. Kedai Maggie Queue Shah Alam ni terletak betul-betul bersebelahan dengan IRDKL Mall. 

Dekat area nak ke Padang Jawa tak jauh dari Seksyen 7 sahaja. Alaaa students UiTM Shah Alam atau Unisel mesti tahu laa kan kat mana nih. Kak ana sampai dalam kul 9 malam lebih kurang. Parking pun banyak je depan deretan shop lot kat sini. 



Maggie Queue


Nanti , bila korang masuk dan rambang mata nak pilih mee segera mana yang korang nak makan. Ambil lah tray yang di sediakan dan buat lah pilihan di galeri mee segera yang kak ana kata tu.

 Memang banyak sungguh pilihan dan harga setiap sebungkus dah siap-siap tulis kat jalur rak lut sinar tu. Tarik se paket dari bawah nanti dia keluar lah buh dalam tray. 


Maggie Queue


Pastu korang masuk lah ke bahagian tengah , kat sini ada peti sejuk yang di dalamnya ada aneka pilihan add on topping. Setiap satu pek atau sebutir dalam tu berharga RM1 atau RM1.50 sahaja, ikut jenis laa. Rasa kak ana ada dua jenis sahaja yang RM1.50 iaitu scalop dan apa tah lupa dah tapi hat lain semua RM1 sahaja. Nak telur ayam pun ada. 


Maggie Queue


Dah siap pilih mee segera dan topping, korang bawa lah tray ke mesin self check out ni untuk scan item dan buat bayaran secara cashless sahaja kat sini. Di paparan juga korang boleh pilih air minuman dan juga ayam goreng XXL Friend Chicken Chop. 

Kak ana ambil seketul XXL Fried Chicken Chop ni harganya RM6 sahaja. Tambah air minuman dan total semua malam tu dalam RM36 sahaja. Scan bayar dengan debit dan kemudian ambil resit bawa ke kaunter.


Maggie Queue


Di kaunter ni nanti, staff akan berikan mangkuk, sudu garfu atau chopsticks, air dan ayam goreng yang kak ana order tadi.  Korang bawa ke meja dan letak lah air dahulu di meja makan yang di sediakan di dalam restoran yang berhawa dingin atau korang pun boleh lepak kat luar kedai yang terbuka tu. 


Maggie Queue


Tray berisi mangkuk dan mee segera pilihan bersama add on topping tu, bawa ke bahagian sinki . Potong lah bungkusan isi dalam mangkuk bersama serbuk perencah dan sebagainya mengikut pilihan korang. Kalau jenis tak berkuah macam mee segera goreng tu pun ada cara penyediaannya. Alaa tak yah risau ada staff kat sana boleh je bantu kalau korang tak faham. 




Kat kaunter sinki ni pun ada di letakkan pelbagai penambah perisa untuk menyedapkan lagi mee segera korang. Nanti dah siap masak boleh je renjis-renjis apa yang korang nak buh dalam menu mee segera korang tu. 


Maggie Queue


Dah siap buh dalam mangkuk semua bahan yang nak di masak tu,  beralih pula ke mesin memasak.  Kak ana rasa dah macam main masak-masak je kat dalam Maggie Queue ni, memang menarik. 



Maggie Queue


Sampai kat mesin, scan terlebih dahulu barcode pada mangkuk yang korang isi mee segera tadi. Nanti dia akan keluarkan berapa minit masa memasaknya secara automatik. Letakkan mangkuk di atas dapur yang di sediakan dan tekan start button, nanti akan mulalah proses memasak. 



Maggie Queue


Mula-mula akan keluar air dan mee segera akan di masak sampai lah mendidih dalam mangkuk. Dah siap sedia untuk di angkat dan bawa lah ke meja dan apa lagi makan lah dengan lafaz Bismillah...



Maggie Queue


Jadi kalau lapar nak makan mee segera sambil lepak dengan kengkawan tu boleh la ke mana-mana cawangan Maggie Queue yang berdekatan dengan korang. Ada beberapa cawangan di KL dan Selangor ni seperti di Metro Pudu , The Trillium Sungai Besi , Bandar Seri Permaisuri dan Rimba Raya, Shah Alam nih. Waze je In Syaa Allah sampai.. 


Maggie Queue Shah ALam


Kesemua outlet Maggie Queue dibuka 24jam setiap hari naa... Korang boleh juga dapat info terkini di socmed Maggie Queue di Tiktok , Instagram dan FB Maggie Queue Malaysia. 




5 Comments

  1. waa.. uniknya.. bestnya kalau dpt bawa anak anak ke sini

    ReplyDelete
  2. bukan sekadar anak2 suka, mak anak pun suka bab makanan segera ni.. terutama sekali bila malas nak duk dapur..

    ReplyDelete
  3. mi segera sedap n mudah nk sediakannya

    ReplyDelete
  4. Memang lagi banyaaaak konsep seperti ini 😄. Kalo sebelumnya macam konsep bakar daging ala jepang dan Korea atau Yakiniku. Sekarang nih lebih simple, mee rebus 😂😄.

    Di jakarta pun ada beberapa kak. Tapi sampai skr saya belum coba . Suami tak nak. Dia pilih masak di rumah hahahahah

    ReplyDelete