Tak tahu la macam mana, rezeki kak ana malam tu, bila Adik Ika bagitau dia dapat beli kan ibu Dendeng Nyet Berapi Khairul Aming dekat Shopee. Memang tiap kali nak beli sold out memanjang kan. 

Kak ana teringin sangat nak rasa, sebelum ni pun kak ana suka sangat makan sambal Nyet Khairul Aming tu, dua kali Adik Ika dapat belikan untuk ibunya. Kan kena cepat-cepat kan sebab tiap kali dia buka jualan laju je sold-out nya. 

 

Dendeng Nyet Berapi Khairul Aming


Sedap ke Dendeng Nyet Berapi Khairul Aming ?


Tak lah lama sangat menunggu, dalam 3 ke 4 hari lepas beli tu sampai lah parcel ke rumah. Macam biasa lah tiap kali beli produk Khairul Aming , akan diberikan photo card gambar nya sekali. Kak ana tak makan terus pun, lepas dua tiga hari baru terasa nak makan dengan nasi goreng. 



Dendeng Nyet Berapi Khairul Aming


Sedap ke tidak Dendeng Nyet Berapi Khairul Aming nih ? Pada kak ana semestinya lah sedap dan kena pada selera kak ana. Ia tidak terlalu pedas berapi dan sesedap rasa seadanya. Cuma , pada kak ana yang selalu makan dendeng daging yang di masak home cooked pasti ada perbezaan dari segi rasa berbanding dengan masak pengeluaran production begini. 

Isi daging elok cukup lembut, bahan-bahan ramuan pun ada rasa tetapi beza dengan masak dendeng di rumah ialah tekstur kelembapannya. Masakan dendeng di rumah lebih rasa lemak pekat pada kuah dendeng berbeza dengan dendeng Khairul Aming ni agak ceroi dan kurang rasa lemaknya, pada kak ana lah... secara peribadi. 



Dendeng Nyet Berapi Khairul Aming

Pada harga RM14.99 untuk 180g dah munasabah sangat dah pada harga pasaran barang mentah yang tinggi, kos memasak dan production. Cukup lah untuk sekali makan kami sekeluarga, Alhamdulillah... 

Kalau nak tahu anggaran banyak mana tu, ia di isi dalam mangku putih saiz kecik Ikea yang putih tu, haa boleh muat 3/4 mangkuk kecil Ikea Oftast putih tu laa, hat paling kecil tu heheh :) Tapi cukup lah kan nak buat rasa-rasa.

Kak ana tak makan habis pun malam tu, simpan semula dalam petisejuk dan makan beberapa lepas tu, panaskan dalam microwave. Jangan panaskan overheat nanti ia kering terus. 

Apapun terima kasih kat Adik Ika lanjer ibu Dendeng Nyet Berapi Khairul Aming. Cukup sedap dan ada rasa dendeng , ada isi daging dan aroma daun limau purut kalau silap sebab kak ana jumpa helaian daun macam daun limau purut dalam dendeng ni. 

Semoga bisnes Khairul Aming akan terus sukses dan cemerlang dalam kehidupan dunia akhirat. Nak repeat atau tak ? Mesti lah nak... In Syaa Allah... 

4 Comments

  1. WAH SUDAH ADA PRODUK SENDIRI MESTI SEDAP TU

    ReplyDelete
  2. Dah pernah rasa juga dendeng KA ni

    ReplyDelete
  3. xpernah rasa lagi dendeng kerul aming..

    ReplyDelete
  4. Dah sering kali saya dengar produk ini, tapi susah lah nak beli 😅. Apalagi kalo dari shoppee Malaysia kan. Tak ada dijual secara offline ya kak. Penasaran juga

    ReplyDelete